240 HARI SEBELUMNYA
Hampir seminggu aku duduk di apartment Khai. Jelas dekat sini lebih selesa berbanding dengan tempat aku tempoh hari. Apartment yang sederhana besar, 2 bilik dan 1 bilik tetamu, ruang tamu, dapur, bilik air pada ruang yang berbeza-beza.
Ye, memang selesa tapi tidak bagi aku. Tempat tinggalnya yang berada di tengah-tengah bandar buat aku rasa terdedah. Terlalu.... Umum? Aku tak boleh tahan mendengar suara-suara fikiran yang muncul setiap kali ada orang melintas di hadapan pintu rumahnya.
Tidak ada apa yang berubah di sini. Aku tetap aku. Setiap hari yang dipenuhi dengan berjaga lebih banyak berbanding tidur. Khai yang terlalu sibuk bertugas. Setiap pagi aku ditinggalkan bersama sarapan (yang mungkin dia beli dari kedai sebab aku tahu yang abang aku tu tak pernah reti memasak). Dan sekeping nota mengingatkan aku untuk bersarapan.
Malam pula, bila dia balik dari kerja, menjadi rutin untuk mengetuk bilikku tapi aku cuma diam dan selepas 3 atau 4 kali ketukan, dia akan beredar, mungkin menyangka yang aku sudah pun tertidur. Bukan senang aku nak mula balik semuanya. Berlagak seperti tak ada apa yang berlaku. Hakikatnya, aku cuma ada Khai dan Khai cuma ada aku.
Mungkin tak benar. Khai ada Farah (kekasih Khai dan merupakan seorang polis). Dia juga ada perkerjaan tetap, ada sahabat, jiran-jiran . dia ada sebuah kehidupan yang normal.
Yang mana aku tak ada. Dan ini menjadi satu lagi sebab kenapa aku patut benci Khai.
Jam dinding menunjuk pukul 8.40 p.m. Dalam sepuluh atau 20 minit lagi Khai balik. Aku baring sekejap, dalam 5 minit kemudian aku bangkit, menuju ke bilik air. Aku perlu mandi.
Cermin di bilik air itu memantulkan bayang seorang remaja lelaki. Aku pandang wajah yang sedang merenungku itu. Seorang remaja lelaki yang kelihatan sangat menyedihkan. Matanya bundar bersama lebam dan garis-garis hitam di bawah mata tanda tidur yang tidak mencukupi. Kelihatan rambutnya mencecah paras tengkuk, jambang dan misai halus tumbuh meliar, tidak terurus.
Aku pejam mata sebelum menghela nafas panjang. Tak boleh nak nafikan apa yang Khai katakan tempoh hari. Aku makin teruk. Looks like shit! Akhirnya aku capai pisau cukur dan shaving cream yang Khai sediakan beberapa hari lepas. Mungkin dah tiba masanya untuk aku mula concern dengan keadaan diri aku.
Aku dapat dengar pintu gril dibuka dan dikunci dari dalam bilik air. Kemudian bunyi kunci dilempar di atas meja. aku tak ambil kisah. Lebih menikmati air sejuk yang membasahi dan meresap ke dalam kulitku, membuatkan kesegaran terasa luar biasa.
"Q," suara Khai di luar bilik air memanggilku. Aku merengus. Ah, kacau betul! Tuala yang tergantung kucapai dan kulilit dipinggang sebelum pintu bilik air kubuka. "Kau nak apa?"
"Q, err... esok kau ikut abang pergi rumah sewa Tasnima. Abang nak soal siasat kawan serumah dia."
Aku cuma pandang dia sambil mengemaskan pegangan pada tuala mandi, hanya sebagai langkah berjaga-jaga agar ianya tidak terloroh di situ. Dan itu merupakan perkara yang terakhir yang aku harap akan terjadi. Lebih lagi dihadapan Khai.
"Kau nak aku buat apa?"
Dia peluk tubuh sambil menyendengkan bahu pada pintu bilik air. Entah kenapa aku rasa seperti ada senyuman disebalik wajahnya yang cuba diseriuskan. Entah apa yang kelakar, aku sendiri tak pasti. Keadaan aku yang bertuala aku rasa bukanlah suatu yang luar biasa. Aku lelaki, bergitu juga dengannya. Bodohlah kalau dia tengok aku boleh bernafsu pulak!
"Abang nak kau tolong err..." Dia angkat bahu, "Well... err ... buat perkara yang macam... contohnya macam baca fikiran diorang? Kau kan boleh baca fikiran?"
Aku ketawa sinis. Tidak menyangka yang insan yang pernah cuba hantar aku ke hospital sakit jiwa sekarang mintak bantuan untuk gunakan kebolehan aku yang dulu dia pernah kategorikan sebagai satu kegilaan. Shame on you lah Khai! Nampak macam ada orang dah jilat balik apa yang diludahnya dulu.
"Kau percaya aku boleh baca fikiran orang?"
"sejujurnya, tak. Tapi abang perlu percaya sebab hanya dengan cara tu mungkin pembunuh Tas dapat ditangkap. Kau dan kebolehan tu."
Aku mendesis. "tak guna aku balik untuk semata-mata jadi bahan ujian kau, Khai."
"kalau abang pilih untuk percaya?" dia pandang aku. Seakan mencabar.
"maksudnya kau dengan aku tak ada beza. Sama-sama gila."
Khai kemudiannya ketawa dan sumpah aku meluat gila mendengarnya. "Sudahlah Q. kita ada tugas esok. Abang harap kita tak pulang dengan tangan kosong sebab abang dah penat berakhir di jalan mati. Jalan buntu."
Dia berpusing membelakangi ku. Dua tiga langkah diatur meninggalkan aku yang masih berdiri di bilik air. Kemudian, dia berhenti. "Oh ya, abang lupa nak cakap,"
Kembali menghadap aku. "kau....nampak...lebih okay bila potong rambut dan bercukur. Maksud abang, nampak lebih 'normal'" ujarnya seraya tersenyum.
"Pergi mati!" sumpahku sambil menjeling. Pintu bilik air sengaja aku hempas kuat tanda protes. Yang hanya kedengaran kemudiannya ketawa Khai yang menjengkelkan. Sial la! Sumpahku lagi sebelum pili shower aku buka, ingin menyejukkan diri yang kembali terasa panas.
Tapi aku tak terus meloloskan diri di bawah pancuran pili hujan itu sebaliknya aku cuma merenung, tidak berganjak dari tempat aku berdiri.
Nampak lebih normal.
Kata-kata Khai buat aku sedar tentang sesuatu. Aku pandang pantulan pada cermin. Seorang lelaki dalam versi berbeza dengan yang mula-mula tadi. Begini ke rasanya jadi normal sebab ternyata aku sudah agak lupa bagaimana rasa menjadi seorang yang normal.
Dan betapa aku rindu untuk jadi normal semula.
YOU ARE READING
PR0F1LE
Mystery / ThrillerKalau kau nak cari kisah cinta, blah dari cerita ni. Kalau kau nak cari cerita cinta ala islamik, sorry, ni bukan tempat dia. Kalau motivasi, kau salah tempat, aura negativity je ada kat sini. Ni cerita aku dan bagaimana aku ceritakan cerita ni, te...