248 HARI SEBELUMNYA.
23 hari berkurung dan 4 hari berjaga tanpa tidur buat dinding-dinding hijau muda bilik ni nampak berlumut. Permukaannya pula seakan-akan retak dan beberapa ekor ulat tanah mula muncul dari celah-celah retakan itu. Siling kelihatan berputar bersama dengan kipas tiga bilah yang tergantung.
Aku tahu sekarang aku mengalami delusi. Satu keadaan yang biasa bila korang kekal berjaga selama hampir 100 jam tanpa henti. Apa yang aku lihat tak selari dengan apa yang nyata. Sebab tak mungkin kipas dan siling berputar dan sangat mengarut bagaimana ulat tanah boleh keluar melalui dinding-dinding konkrit. A bunch of shit!
Aku pejam mata,percubaan untuk tarik diri sendiri kealam luar sedar kali ke berapa puluh, (atau ratus)... entahlah. Aku hilang kiraan.
Akhirnya, aku ke dapur cari benda-benda yang boleh dimakan. Buka peti sejuk, buka kabinet. Kosong. Apa kau expect untuk ada sesuatu untuk dimakan bila kali terakhir kau keluar dari rumah hampir tiga minggu yang lalu? Aku ketawa, kesal dengan kebodohan sendiri. Dan mungkin jugak cuba tutup rasa kecewa sebab satu, aku lapar nak mati dan dua, memang tak ada apa-apa untuk dimakan.
Ketukan bertalu-talu pada pintu kayu rumah (apartment) setinggan mengejutkan aku yang dari tadi berdiri merenung peti sejuk yang kosong. Tiba-tiba seluruh badan aku seolah-olah menggeletar. Aku tak dapat mengagak siapa yang mungkin akan datang cari aku sebab tiada siapa yang tahu aku dekat sini, apatah lagi untuk ada tetamu.
Terus aku buka laci kabinet dan sebilah pisau aku capai. Perlahan-lahan dan berhati-hati aku berjalan menuju ke pintu, pin rantai kunci pada peyangkutnya dan kemudian tombol pintu kupulas. Bunyi klik apabila tombol itu dipulas sepenuhnya. Pisau tadi kugengam erat, bersedia jika keadaan memaksa. Mungkin pisau ni nampak macam keterlaluan tapi, aku tak ada pilihan. Bayangkan bila kau hidup dan dapat baca dengan jelas fikiran manusia, apa yang bermain di fikiran mereka tak kiralah benda baik atau buruk. Ianya agak.... Jijik dan menakutkan.
Dan sesaat kemudian, terpancul wajah yang aku langsung tak terfikir untuk ada di hadapan pintu rumah aku, berdiri di situ sambil pandang wajah aku yang cuak. Mungkin aku ada terfikir yang dia akan datang cari aku tapi setiap kali aku fikir sedemikian, aku wujudkan satu penyelesaian yang releven bahawa dia takkan pernah datang.
"Q?"dia cuba tolak pintu tapi tersekat pada rantai kunci yang aku pin kan tadi. Aku cuma pandang dia tanpa ada rasa untuk buka pin itu. Tak perlu pun sebenarnya sebab dia bukanlah tetamu yang dinanti-nantikan. Faktanya, aku tak mahu terima sebarang tetamu.
Dia mengeluh. "Q, please? Abang ada benda nak bincang ni."
"Abang nak apa?"
Tak perlu sebenarnya soalan itu diutarakan sebab secara literalnya aku seorang remaja lelaki yang pelik dengan ability yang pelik. Iaitu boleh baca apa yang bermain di minda orang lain.
Dan aku sememangnya akan buat kalau aku boleh buat. Tapi yang pedihnya ialah
Dia abang aku dan....
AKU LANGSUNG TAK BOLEH BACA FIKIRAN DIA!
YOU ARE READING
PR0F1LE
Mystery / ThrillerKalau kau nak cari kisah cinta, blah dari cerita ni. Kalau kau nak cari cerita cinta ala islamik, sorry, ni bukan tempat dia. Kalau motivasi, kau salah tempat, aura negativity je ada kat sini. Ni cerita aku dan bagaimana aku ceritakan cerita ni, te...