Firstly, Syamrin Syarmila bukan pembunuh Tasneema.
And, yes. Aku tipu Khai.
Tapi aku peduli apa.
Aku dah bersiap nak blah dari rumah Khai. Rasanya dah tak ada guna aku terus stay dekat sini. Tak ada fungsi. Dan sebenarnya dari awal lagi aku tak patut berada kat tempat ni.
"Q!!"
Khai dah balik dari balai. Lepas je aku beritahu dia yang Syamrin Syarmila bukan pembunuh Tasneema, waktu sesi soal siasat, aku terus blah dari situ dengan teksi, tinggalkan dia yang terpaksa menjelaskan semua yang berlaku pada pihak atasannya.
Aku tak heran dan tak nak ambik tahu macam mana sekalipun dia beri explaination pada diorang semua meskipun dia terpaksa libatkan aku.
Sebab kalau dia beritahu yang akulah punca kekalutan itu, silap haribulan, dia yang akan dipenjara.
Dumm! Khai hempas pintu bilik tidur aku ( yang sebenarnya bukan bilik tidur aku). Aku nampak bagaimana wajah cemberutnya, yang merah seperti biji saga pandang aku tajam. Dadanya turun naik tahan rasa marah yang meruap sambil kedua belah tangannya digenggam sehingga timbul jelas urat venanya pada belakang tangan.
"Kau ingat benda ni kelakar ke?"
Aku tak jawab sebaliknya terus mengemas barang aku yang sememangnya tak seberapa banyak. Khai bengang dan terus rentap baju t-shirt yang kupakai (yang sebenarnya baju tshirt lamanya).
"Aku takde masa nak main-main dengan kau sekarang! Kau tahu tak apa yang kau dah buat Q?! Sebab perangai bodoh kau tu aku dah kena gantung kerja kau tahu!"
"Takde reason kau nak salahkan aku Khai! Aku dah bagi warning dekat kau dari mula lagi! Kau yang bodoh percaya kata-kata aku!"
Makin kuat genggaman pada tshirt yang kupakai.
"Abang mintak tolong kau sebab abang percaya dekat kau. Kes Tasneema ni dah lama, abang dah tak boleh nak drag benda ni lagi! Sampai bila, Q?!"
"Kenapa kau tak usaha sendiri!? Apa guna title kau sebagai seorang detektif kalau kau nak harapkan aku semata, huh?! Aku dah penat Khai! Aku dah penat jadi bahan gunaan kau! Aku dah penat dengan semua ni!"
Aku tolak kasar tubuh dia. "Aku nak blah!"
"Kau nak balik ke tempat jijik tu?! Hidup macam tikus makan tidur tak menentu, kau suka life macam tu!?"
"Lagi elok dari jadi bahan gunaan kau!" Aku mendengus sebelum melangkah, tekad mahu keluar dari rumah ni.
"No, Q! Abang tak benarkan!"
Khai rentap beg sandang yang aku sedang galas, sehingga menyebabkan talinya terputus. Shit! Sumpahku.
Aku balas pandangan tajamnya sambil mengetap bibir. Hati aku rasa panas menggelegak. Aku dekatkan diri padanya.
"Fuck you!"
Penumbuk kuhayun tepat mengenai batang hidungnya. Khai terdorong kebelakang sambil menyeringa. Aku terus merampas beg dari tangannya tapi entah macam mana, ketangkasan Khai memang tidak,dapat diragui. Dia menarik tangan aku dan hujung sikunya tepat singgah di perutku. Senak.
Aku jatuh terduduk. Belum sempat aku recover dari serangan awal tadi, Khai terlebih dulu menarik tangan kiri aku sekali lagi dan dia mengeluarkan sesuatu dari poket belakang jeans nya.
Sesaat kemudian, aku tergari diantara tangan kiri dan katil besi. Cerlung mata aku pada Khai.
"Abang takkan biar kau keluar dari rumah ni. Abang takkan benarkan kau lari lagi, Q"
"Kau boleh pergi mampus Khai!"
"Abang takde niat nak buat macam ni tapi kau yang paksa. I have no choice."
"Lepaskan aku! Buka gari ni Khai!"
Dia terus blah dari bilik tu. Biarkan aku macam banduan tergari dekat katil. Gigih aku tarik gari besi tu biar aku sendiri sedia maklum yang benda tu takkan terputus walau dengan segala kudrat aku guna.
"Khai!!" Aku jerit lagi walaupun bayang dia dah terus hilang dari bilik tu. Khai memang tak guna!
"Kau tak guna Khai!" Bisikku. Dada aku yang berombak tadi makin surut.
"Aku benci kau!"

ANDA SEDANG MEMBACA
PR0F1LE
Mystery / ThrillerKalau kau nak cari kisah cinta, blah dari cerita ni. Kalau kau nak cari cerita cinta ala islamik, sorry, ni bukan tempat dia. Kalau motivasi, kau salah tempat, aura negativity je ada kat sini. Ni cerita aku dan bagaimana aku ceritakan cerita ni, te...