LANGKAH

81 5 1
                                    


239 Hari Sebelumnya

Siapa je yang tak rasa kehilangan sebagai kesedihan dan kerinduan sebagai kehilangan. Tapi bila kau hilang insan yang paling rapat dengan kau dan itu tidak mendatangkan apa sekalipun perasaan,

Lupakan je yang fakta kau anggap dia kawan rapat.

Keesokannya aku ikut Khai ke rumah sewa Tasnima. Banglo dua tingkat yang agak tersorok pada laluan jalan mati.

Memang tempat yang strategik sebagai sasaran perompak

Waktu kami tiba, hanya seorang sahaja yang berada di rumah itu. Aku dapat tahu dari Khai yang rumah itu dahulunya didiami oleh 10 orang pelajar, namun 6 daripadanya telah keluar kerana tamat belajar. Jadi selebihnya 4. Ya, ya aku tak perlu pun beritahu berapa baki penghuni rumah itu kan? Korang boleh kira sendiri.

Dan pada ruangan dalamnya,rumah ni agak kemas dan tersusun bagi pelajar pelajar yang sibuk.

Aku kenal Tas orangnya bagaimana. Dan aku tahu bagaimana Khai boleh jatuh hati pada dia.

Tapi bila melihatkan kawan serumahnya yang sedang duduk santai dihadapan kami tika ini, aku pasti ada sesuatu yang tak kena.

Syamrin Syarmila. Cantik. Tapi kalau bukan disebabkan make up tebal mengalahkan opera china ataupun patung pucat arsenik yang terpamer di sudut kedai cenderamata, aku rasa dia biasa biasa saja.

Dia pandang aku tajam sambil dua tiga kali sedut hembus rokok jenis apa, aku tak tahu. Yang pasti aku harap sangat kandungan nikotin dalam puting rokok itu akan bunuh dia serta merta dalam keadaan yang tragis.

Walaupun hakikatnya aku sebagai secondary smoker lebih tinggi risiko untuk mendapat kesannya.

"Aku ingat semua dah settle."

Dia tak alih pandangan dari pandang wajah aku walau ucapan itu sebenarnya dituju pada Khai.

"Selagi kami tak dapat pembunuhnya, kes arwah Tasnima takkan selesai" ujar Khai.

Detektif bodoh! Kau ingat kau dapat settle ke kalau terus terus datang sini! Dasar lembap!

Aku ketawa sinis. Perlahan je tapi cukup untuk buat mereka berdua renung aku. Lantas, kutarik papan chess di atas meja kopi yang sebenarnya dari tadi telah menarik minatku.

"Pernah main chess tak?" Soalku.

"Q" seru Khai tapi aku buat bodoh je.

"Aku tak main permainan minda macam ni. It sucks. And stupid."

"Sama la. Aku pun tak main permainan minda macam ni" ujarku sambil senyum sinis.

Tapi aku 'baca' permainan ni. Aku sambung dalam hati.

Dia jeling pada buah buah chess yang aku tengah susun mengikut petak rumahnya.

Pandai pulak susun.

"Aku akan ambil buah putih sebab putih lambang kebenaran, kebebasan manakala hitam makna kejahatan. Aura gelap."

"Aura membunuh."

Terbeliak mata dia bila aku kata begitu. Terkejut tapi dia tak suarakan apa apa, hanya mendesis.

Aku pusingkan papan catur tu, biar sebelah hitam berada dekat dengan dia.

Heh, kalau nak putih, kenapa dari awal lagi tak susun putih sebelah dia? He's weird!

"Ya, aku memang pelik"

"What?"

"Takde pape. Kau start"

"Kan aku kata aku tak pandai main! Ak faham bahasa ke?!"

"Gerakkan pawn ke depan," arahku.

Dia mengangkat bidak catur paling hujung, dua petak ke hadapan menggunakan hujung jari telujuk dan ibu jari.

Aku terus mengeluarkan bishop sebelah kiri.

Licik. Akalnya berbisik.

"Lagi?"

"Just move any others pawn. Kalau kau nak gerakkan barisan yang belakang, just move either two of the bishop with L movement."

Dia still tak keluarkan mana mana buah catur yang lain sebaliknya terus membawa buah yang sama ke hadapan.

"Turn kau"

Aku tak boleh menang. Aku kena kalah dengan mudah!

Aku sengaja mendedahkan bishopku tapi terus memerangkap king hitamnya.

"Check"

Laju laju Syamrin Syarmila bawa kehadapan salah satu kuda hitam miliknya seterusnya menendang keluar kuda putih aku. Dia tersenyum sinis.

"Oh, macam tu rupanya."ujarku.

Dia angkat kening. Tak jelas dengan statement aku.

"Senyuman tu. Bukan ke itu senyuman bila kau dah berjaya singkirkan sesuatu?"

"Sama jugak senyuman tu bila kau berjaya singkirkan Tasneema dari life kau."

"JANGAN MEREPEK!" Dia terus berdiri tegak. Khai yang tersentak turut sama berdiri.

"Kau jangan suka hati je nak tuduh aku! Kalau betul aku bunuh Tas, mana bukti kau, huh!??"

"Maknanya betullah kau bunuh dia?" Bidasku. Still tenang lagi duduk bersilang kaki.

"Kau ada bukti ke yang aku bunuh dia huh, budak!?? "

Aku abaikan soalan dia sebaliknya jariku menarik pawn paling tengah dan menggerakkannya 2 petak ke hadapan.

"Okay, you turn"

Dia mengangkat papan chess tersebut dan menghempasnya ke lantai bermozek. Berterabur buah catur di merata rata.

"Aku takde masa nak main main dengan kau! Sebelum aku bertukar jadi pembunuh macam yang kau cakap, baik kau berambus dari rumah aku!"

Aku gelak. Kutip papan chess di lantai dan baca tulisan yang dicetak di belakangnya.

Syamrin syarmila Johari
Chess master
And the beauty with intelligence.

"Cemburu takkan bawak kau kemana. Setiap kemenangan disusuli dengan kekalahan."

" dan kau kena ingat, banyak mana sekalipun kau menang chess against Tasneema, kau tetap loser pada dia."

"Kau loser. Kau loser saat tunang kau jatuh ke tangan sahabat baik kau sendiri"

"BUDAK TAK GUNA!!!"

Syamrin Syarmima bertempik. Tangannya mencapai mug kaca di meja dan mensasarkan tepat pada aku namun Khai cepat cepat merentap tangannya dan mug itu tersasar ke tepi, berkecai apabila melanggar dinding.

Khai menangkap kedua belah tangannya dan menggari kemas kebelakang.

"Aku bukan pembunuh Tas!"

Aku tak bunuh dia! Aku tak bunuh perempuan siall tu!!

Aku dengar suara hati dia.

Dia bukan pembunuh sebenar Tasneema.

"Q..." Khai pandang aku, tunggu jawapan dari aku.

"Ye. Dia pembunuh Tasneema."

PR0F1LEWhere stories live. Discover now