Aku mungkin seorang pembunuh. Tetapi aku tak gila. Jadi secara logiknya, aku bukan pembunuh. Sebab pembunuhan dan kegilaan itu berkaitan. Itu yang aku dengar dari professor aku. Teorinya, hanya orang gila sahaja yang membunuh. Dan mereka yang tidak gila dan melakukan pembunuhan, mereka sebenarnya gila. Sebab tiada siapa yang melakukan pembunuhan dalam kesedaran akal waras mereka.
Tapi aku tak gila. Serius. Jadi aku boleh simpulkan yang teori professor aku tu salah. Maksudnya, seorang pembunuh tidak semestinya gila.
Tapi kegilaan itu memjerumus pada rasa membunuh!
Cerita selepas ini, anggap sahaja ianya sebelum semuanya bermula. Cerita 'sebelum sebelum tu' seperti yang aku janjikan sebelum ni.
YOU ARE READING
PR0F1LE
Mystery / ThrillerKalau kau nak cari kisah cinta, blah dari cerita ni. Kalau kau nak cari cerita cinta ala islamik, sorry, ni bukan tempat dia. Kalau motivasi, kau salah tempat, aura negativity je ada kat sini. Ni cerita aku dan bagaimana aku ceritakan cerita ni, te...