230 HARI SEBELUMNYA
Boleh je aku cabut branula pada belakang tapak tangan aku ni kalau aku nak.
Boleh je jarum ni aku tanggalkan kalau ikutkan hati aku.
Tapi aku lebih memilih untuk diam dan mengkaji gadis yang sedang tersenyum sambil perhatikan aku -sebenarnya turut mengkaji aku. (Ya, aku tahu.)
"Farah Ain" bisik aku perlahan dengan suara yang masih lagi serak. Biarpun sudah 2 hari berlalu, tekakku masih terasa perit.
Betullah apa yang Khairul cerita. Pasal adik dia ni...
Aku gelak sinis. "Aku dah agak. Khai memang tak boleh simpan mulut." Bidasku.
"Bukan salah Khairul. Dia cerita pasal Q pada saya sebab dia percayakan saya. Saya tunang dia, bukan orang lain."
"Tapi dia tak pernah percayakan aku. Adik dia sendiri!"
Pessimistic
"Ya, memang aku seorang yang pessimist pun." Wajah dia tenang, sama tenang dengan riak muka aku. Nampaknya dia tak terkejut yang aku boleh baca fikiran dia.
Ohhh, aku lupa. Kan Khai sudah ceritakan semua pasal aku dekat dia. Tak hairan dia tak terkejut.
"Kadang kepercayaan tu tak sama bila kita ungkap dengan bila kita buktikan. Saya lebih cemburukan kepercayaan Khai pada awak kalau nak bandingkan kepercayaan dia pada saya."
Aku diam.
"Dan kalau pasal abiliti awak, Q.... Awak tak boleh salahkan dia seratus peratus. Normal people cannot read other minds, that the fact, basis as human being."
"Kalau saya, sebagai orang normal, bukan boleh terima seratus peratus cerita tu eventhough diberitahu oleh orang yang saya percayai. All we need is time. Acceptance needs time. Healing process needs time."
Dia pandang aku. Aku pun pandang dia. Sama bertentang mata, tunggu siapa yang beralah.
Tapi pandangan dia tak setajam aku. Pandangan dia lebih pada memujuk, pandangan sayu. Seperti menarik aku dari satu ruang persegi dikelilingi kuboid putih ke arah satu lagi ruang yang bewarna warni.
Ruang kehidupan.
"Khai jugak perlu masa. Masa untuk terima hakikat yang adiknya punya ability untuk baca fikiran orang."
" so sama jugak situasi dia dengan aku. All i need just time. Masa untuk terima dia balik lepas semua perkara dia buat pada aku "
Aku pejam mata. Tak mampu nak kata lebih lebih. Bukan tak mampu tapi tak mahu. Malas. Bosan. Tak berminat.
Kata kata gadis polis merangkap tunang Khai ini tak bawak aku kemana mana. Tak bawak aku pada penyeselaian. At last, aku still terperangkap antara hubungan kekeluargaan yang mengikat kami serta perbezaan tahap kenormalan pada diri kami.
Akhirnya dia mengeluh. Membawa diri ke tepi tingkap dan melabuhkan pandangan pada entah apa permandangan di luar, aku tak tahu.
Awak dengan Khairul tak ada beza...
Dua dua sama je. Sama sama degil!
YOU ARE READING
PR0F1LE
Mystery / ThrillerKalau kau nak cari kisah cinta, blah dari cerita ni. Kalau kau nak cari cerita cinta ala islamik, sorry, ni bukan tempat dia. Kalau motivasi, kau salah tempat, aura negativity je ada kat sini. Ni cerita aku dan bagaimana aku ceritakan cerita ni, te...