Mati.
Aku cuma harap salah seorang dari kami mati saat ni. Kalau bukan aku, biar Khai yang mati.
Aku tak sanggup. 7 hari digari Khai. Menjadi tahanan seperti pesalah. Area pergelangan tangan aku sudah kebiru biruan menandakan tisu tisu di kawasan itu sudah mati ataupun rosak.
Masuk hari ketujuh juga badanku mula memberontak. Pusat kawalan suhu di otak aku sudah tidak dapat berfungsi dengan baik menyebabkan seluruh tubuhku terasa panas dan tak bermaya. Aku menggigil.
Sepatutnya aku berpeluh bukan?
Tapi disebabkan tubuhku yang terlalu panas, aku jadi menggigil. Bibirku pecah pecah dan tekakku rasa terbakar tanda setitis air pun aku tidak telan sepanjang 7 hari ini.
Seperti biasa setiap 6.40 pagi Khai akan terpancul dimuka pintu bersama sarapan yang berbeza beza setiap hari, tapi aku langsung tidak jamah.
Aku bukan haiwan belaannya!
Tapi hari ini, dia tak terus keluar selepas hantar sarapan sebaliknya dia menunggu di situ. Memerhati fizikalku yang terbaring lemah tunggu masa untuk mati.
"Q...."
Aku tidak respon biarpun aku dengar panggilannya.
"Hei, Q!" Tubuhku pula digoncang.
Tangannya yang dingin sentuh wajahku menyebabkan badanku makin menggigil gigil.
"Ya Allah! Panasnya!"
Aku cuba geleng tapi aku tak pasti sama ada kepala aku bergerak ataupun tidak. Aku cuba buka mulut tapi aku tak pasti aku bukak ataupun tidak.
Keadaan sekelilingku mula berpusing pusing apabila aku dapat rasa yang Khai mengangkat kepalaku dan meletakkannya atas sesuatu yang lembut. Dia bukak bibir mulutku. Shit! Pedih! Perit!
Aku tak sedar waktu bila air berlumba lumba masuk melalui kerongkongku sehinggalah aku tersedak dan peritnya sampai hingga ke kepala.Aku terbatuk dan bila aku cuba telan balik, aku dapat rasa air liurku sudah bercampur darah.
Aku tahu aku menangis. Tapi tiada suara yang keluar. Tiada air mata yang menitis. Hanya bibir aku je tersedu sedu.
Bodoh! Kenapa aku menangis!
Bodoh! Bodoh!
"Hello, Farah Ain! Datang rumah saya sekarang! My brother is so sick! He's dying! Please, i need your help!"
Dia letak telefon ke tepi dan pangku kepala aku.
"Q! Hei! Jangan tidur! Stay dengan abang, please! Q!"
Pipi aku ditampar lembut tapi aku rasa pedih macam disiat siat. Kalaulah aku punya tenaga waktu ni dah lama aku tumbuk muka Khai. Tak guna!
Nafas aku rasa makin tersekat sekat sehingga aku terpaksa bernafas melalui mulut.
Adakah ini petanda yang aku akan mati?
Adakah bergini saat kematianku?
Mati dipangkuan orang yang paling aku benci.
Adakah ini takdir hidup aku yang telah ditetapkan.
"Q! Jangan tidur! Please Q... Stay awake!"
Aku tak pasti sama ada badan aku yang terlalu panas atau tubuh Khai yang terlalu dingin sehingga aku rasa sentuhannya sama seperti ketulan ais.
Rangkulan Khai yang makin kuat buat aku makin selesa walaupun dalam kesakitan.
Terasa bagai tubuhku sudah mengalah dengan keadaan apabila aku langsung tak mampu menahan mata aku untuk terus terbuka.
Aku penat.
Aku nak pejam mata. Nak tidur.
Sekejap je, Khai. Sekejap je.
YOU ARE READING
PR0F1LE
Mystery / ThrillerKalau kau nak cari kisah cinta, blah dari cerita ni. Kalau kau nak cari cerita cinta ala islamik, sorry, ni bukan tempat dia. Kalau motivasi, kau salah tempat, aura negativity je ada kat sini. Ni cerita aku dan bagaimana aku ceritakan cerita ni, te...