Kegembiraan tu takkan datang bila diseru. Tak akan hadir dalam hati yang sunyi. Kegembiraan itu takkan boleh dicapai.
Hanya yang ada cuma satu isyarat yang dihantar ke minda. Untuk beritahu yang "every single thing is good and wonderful things tho."
Dalam pelarian (hari ke 70)
Ya aku masih survive. Cuba nak bertahan hidup dekat bumi ni. Luka tembakan tempoh hari masih sakit. Pedih. Tapi makin berkurang.
Mie yang rawat aku dulu. Ya. Aku masih ingat.
Aku masih ingat waktu dia datang pada aku. Masih jelas jugak waktu aku tinggalkan dia keesokan harinya.
Maaf Mie. Aku terpaksa. Aku taknak libatkan kau dalam masalah aku. Taknak kau sama dapat susah. Biar aku buat dan biat aku sendiri yang tanggung.
Biarlah. Itu lebih baik.
Hampir seminggu aku berhijrah ke sini. Ke mana? Biarlah tu jadi tanda tanya. Seminggu jugak aku dah berjaya dapatkan kerja iaitu sebuah kedai roti dan kek di bandar ini. Kerja aku, buang roti roti yang telah rosak atau tidak habis dijual. Gajinya tidaklah lumayan. Tapi aku tak kisah memandangkan keperluan makan aku diorang tanggung.
Duit tak menjadi isu. Aku hanya perlu makanan untuk kekal hidup.
Kak Zaa (bukan nama sebenar) simpati dengan keadaan aku, sebab itu dia ambil aku bekerja dengan dia. Anak perempuannya Ann, umur aku tidak pasti, bekerja sebagai pembantu Kak Zaa.
Pertemuan aku dengan dia adalah sewaktu aku sibuk selongkar roti roti lama yang telah pun dibuang di belakang kedai mereka.
'Ya Allah! Kesiannya!'
Aku pusing. Seorang gadis lebih kurang sebaya aku sedang pandang aku dengan pandangan simpati.
Aku tak perlukan simpati sesiapa. Aku angkat kaki, nak blah dari situ.
"Awak!"
Menonong jalan tanpa pusing belakang. Dia nak apa panggil aku? Semak je!
"Awak!"
Dia berlari. Aku dapat rasa yang dia makin dekat dengan aku. Sampailah dia sentuh baju aku. Shit! Aku tepis kasar.
"Kau nak apa!? Aku tak perlu simpati kau!"
'Kasarnya! Salah ke aku cuma nak tolong je.'
"Roti tu dari kedai saya. Lagipun dah tak elok. Nanti sakit pulak perut awak. Kami ada yang masih elok untuk dimakan."
"Berambus!!" Aku pandang dia tajam. Lagak seperti harimau ingin menerkam mangsa.
Dia terkejut. 2 tapak berundur dari aku. Kemudian aku membelakangi dia, sambung balik melangkah tanpa hiraukan dia yang masih lagi pegun kat situ.
"Awak! Nak kerja dengan kami tak??"
Kerja? Bodohnya dia tawarkan pekerjaan pada si pembunuh ni.
"Kedai kami ada kerja kosong."
'Kenapa dengan aku ni! Bila masa pulak kedai mama nak pekerja baru."
Heh, penipu!
Perempuan lembab!
Aku berhenti melangkah. Pusing pandang dia balik.
'Macam mana ni! macam mana ni!'
Aku tak mintak tapi kau yang tawarkan, budak. Aku senyum sinis. Okay, let's play.
"Aku terima tawaran kau."
'Alamak aih! Macam mana nak explain dekat mama ni!'
YOU ARE READING
PR0F1LE
Mystery / ThrillerKalau kau nak cari kisah cinta, blah dari cerita ni. Kalau kau nak cari cerita cinta ala islamik, sorry, ni bukan tempat dia. Kalau motivasi, kau salah tempat, aura negativity je ada kat sini. Ni cerita aku dan bagaimana aku ceritakan cerita ni, te...