DALAM PERLARIAN (Hari ketujuh)
Aku tahu sewaktu dia mula-mula muncul di hadapan pintu rumah aku, aku tak patut patah balik. Aku tak patut pergi kembali ke kehidupan aku dengan harapan yang semuanya akan kembali kepada asal.
Tapi itu yang aku buat. Aku termakan dengan pujukan Khai, dengan rayuannya yang mintak aku untuk 'kembali' menjadi adik dia.
Dan pengakhiran kepada semua itu adalah sekarang. Aku menjadi perlarian yang dikehendaki atas tuduhan membunuh. Lebih sakit lagi, dakwaan sebagai pembunuh bersiri.
Haha. Manusia bodoh!
Sebelum itu aku hendak berterima kasih kepada Mie. Sebab bagi ruangan iaitu di sini untuk aku meluahkan kepada umum walaupun secara hakikat, cara ini tidaklah terlalu umum. Terima kasih juga sebab Mie sendiri memberi kepercayaan kepada aku walaupun pada dasar hakikat juga yang kami tidak pernah berjumpa apatah lagi berbual.
Aku harap yang aku tidak membebankan Mie.
YOU ARE READING
PR0F1LE
Mystery / ThrillerKalau kau nak cari kisah cinta, blah dari cerita ni. Kalau kau nak cari cerita cinta ala islamik, sorry, ni bukan tempat dia. Kalau motivasi, kau salah tempat, aura negativity je ada kat sini. Ni cerita aku dan bagaimana aku ceritakan cerita ni, te...