Khai dah putuskan supaya aku sambung belajar. Memang tak la aku nak sambung belajar but instead of aku menyangkal idea bodoh dia, hari ini tanpa sebab yang nyata aku mengikuti dia untuk mengambil ujian ulangan untuk kemasukan ke institusi tinggi. Entahlah kenapa, aku tak membantah.
"Ready?" Soal Khai.
"Ni semua mengarut" bisikku perlahan.
"Q kita dah setuju kan?"
Aku diam. Malas nak panjangkan hujah dengan Khai disebabkan aku sudah kat sini, biarlah aku teruskan kat sini. Aku buka seatbelt dan dan keluar dari kereta. Belum sempat aku berdiri betul tiba-tiba telingaku dihujani dengan suara suara fikiran. Terlalu ramai terlalu bising. Aku jatuh terjelopok sambil menutup kedua belah telinga. Arhhh, terlalu bising!!
Kepalaku mula berpusing-pusing. Terasa tekakku mual.
'Banyaknyer kerja harini.....'
'Hais kelas Puan Tengku pukul sepuluh, malasnyer.'
'Repeat test masuk apa agaknya yer? '
'Tina kat mana ni!? Setengah jam aku tunggu!!'
Damn! Make it stop! Terlalu lama tidak berada di khalayak ramai buat aku lupa bagaimana untuk kawal ability aku. Aku terhenyak di situ, tunggu masa kalau tidak gegendang telingaku yang pecah, mungkin kepala aku.
"Q !? Kau kenapa!?" Khai meluru dapatkan aku. Ditarik semula tubuh aku masuk ke dalam kereta.
"Damn Khai aku tak boleh!"
"Asal pulak? Waktu dulu bukan kau boleh je ke?"
"AKU TAK BOLEH KAU FAHAM TAK!?"
Dia diam bila aku tinggikan suara.
"It's too loud. Being there is killing me!"
Dia hela nafas. "Okay,"
Handphone diambil dan disambungkan ke wayar earphone lalu dilekatkan ke kedua belah telingaku. Lagu Heathens dari kumpulan 21 pilots. Volume ditingkatkan lagi.
Aku pandang dia. Dia cuma angguk. "Kita cuba."
Dia bawak aku keluar dari kereta. Telingaku masih dapat menangkap bunyi suara suara fikiran mereka. Aku tingkatkan volume pada paras paling maksimum. Aku fokuskan untuk mengasingkan satu persatu suara suara tersebut sehinggalah hilang dari pendengaranku. Akhirnya, cuma bunyi lagu tersebut sahaja pada pendengaranku. Aku hela nafas lega. ternyata teknik earphone Khai berkesan.
Ye, hati-hati bila bersama orang yang selalu memakai earphone. Mungkin jugak, diorang semua seperti aku?
Dua blok dari tempat parking adalah bangunan pentadbiran. Bangunan yang paling tinggi antara bangunan bangunan yang lain. 3 lorong untuk masuk ke sana, pusing kanan dan ianya terletak betul betul berhadapan dengan kafe. Aku cuma tunggu di luar, sambil Khai uruskan bahagian pendaftaran dan lain lain.
Bahu aku tiba tiba dicuit buat aku tersentak dan terdorong ke tepi, hampir jatuh dari tempat yang aku sedang duduki. Bodohlah! Tak reti tegur dulu ke?
Seorang gadis yang sedang menjinjing dua buah buku yang agak tebal tersenyum lembut padaku. Aku tarik earphone dari telinga. Tanpa rasa nak membalas senyumannya, aku soal "nak apa?"
"3 kali saya panggil awak tapi awak tak dengar,"
'Itula... Dengar lagu kuat kuat sangat.'
"Awak datang sini buat repeat test jugak ke?"
Aku diam, tak respond dengan soalan gadis itu. Aku harap dia blah lepas respond aku yang tidak berminat tapi harapanku hancur bila dia mula melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Dia mula membuka sebuah dari buku tebal yang dia sedang pegang, membeleknya beberapa kali.
"Awak nak pimjam tak? Dalam ni ada koleksi beberapa soalan soalan lepas, maybe boleh jadi rujukan untuk exam nanti."
Aku tak respond jugak. Dingin betul? Tapi kisah apa, aku bukan jenis orang yang kononnya buat buat ramah, senyum plastik semata-mata untuk jaga hati orang. So fuck it. Aku tak kisah kalau orang benci aku. Tak kisah langsung.
"Hmm... Okay... Mungkin awak tak perlukannya. So, kenapa nak repeat test? Nak baiki result ke? Or awak tak attend exam lepas? Saya pun sama jugak. Last time punya, saya accident teruk so that tak boleh ambik exam. Ikutkan hati tak nak je exam lagi sebab dah lama tinggal belajar tapi bila fikirkan untuk masa depan, tak salah kot kalau saya ambil exam, betul tak?"
Dia gelak perlahan. Kedengaran jengkel pada telinga aku.
'Hmm...aku nak borak apa lagi ye dengan mamat? Kalau tak cakap kan, awkward pulak!'
"Lagi elok kalau kau diam je." Sinis nada aku.
"Ohh, sorry." Ujarnya sambil jarakkan sedikit kedudukan dari aku. Terasa kot. Hmm bagus jugak. Atleast, aman sikit dunia aku.
Khai keluar dari bilik pengurusan. Di tangannya terdapat sekeping fail yang aku tak pasti isi dalamnya tapi yang pasti berkaitan dengan pengajian aku.
"Okay, settle," ujarnya. Kemudian kalih pandang gadis sebelahku yang sebenarnya tengah memerhati kami. Mereka saling berbalas senyuman.
"Polis ke?" Tak habis lagi rupanya minah ni! Aku mendesis.
"Detektif"
"Alah, lebih kurang la tu." Dia gelak manja sambil silang kaki. Buku- buku ditangannya diletakkan ke tepi.
Khai juga turut gelak. " macam mana awak tahu?"
"Well, sebenarnya saya ada sixth senses. Tengok orang je saya dah tahu kerja apa."
"Hmmm. Menarik!"
Kemudian keduanya gelak serentak.
"Sebenarnya saya nampak abang masa parkir kereta kt depan tadi. Sempat jeling dekat sticker dekat cermin kereta." Terangnya santai. Sudah seratus peratus tak peduli kewujudanku di situ.
"Ohh, patutlaa" Khai angguk. Janggut sejemput di dagunya di usap perlahan.
"Khai, gerak." Bisikku sambil bagi isyarat.
Abang ramah. Adik je yang tak berapa nak bersosial...
Nak je aku sound dia tapi sebab aku ikut akal rasional (taktahu sejak bila aku jadi rasional) aku decide untuk blah je.
Aku sumbat balik earphone dalam telinga.
Ed sheeran - shape of you.
Volume up sampai max kemudian melangkah tanpa emosi.
YOU ARE READING
PR0F1LE
Mystery / ThrillerKalau kau nak cari kisah cinta, blah dari cerita ni. Kalau kau nak cari cerita cinta ala islamik, sorry, ni bukan tempat dia. Kalau motivasi, kau salah tempat, aura negativity je ada kat sini. Ni cerita aku dan bagaimana aku ceritakan cerita ni, te...