Kenyataan yang aku tak boleh baca fikiran dia betul-betul buat aku rasa marah, kecewa dan... entah. Aku rasa susah, aku rasa ingin tahu apa ada dalam otak dia. In his f**king mind! Kenapa orang lain aku boleh tapi tidak dia? Itu persoalan yang aku tak ada jawapan.
Tiba-tiba dia ketawa. Kemudian berhenti. Dan ketawa lagi kemudian berhenti. Dia tenung aku. Dalam mata hitam pekatnya yang penuh tapi kelihatan kosong. Aku lihat bagaimana penumbuk kiri dia gengam dan gigi atasnya mengigit-gigit bibir bawah sehingga terkoyak dan berdarah.
Aku menarik nafas panjang sambil menguatkan gengaman pada pisau sehingga aku dapat rasa yang tangan aku basah dengan peluh. Aku cuba bertahan untuk tidak menjerit sewaktu aku perlahan lahan tanggalkan rantai kunci pada pin, dan sewaktu aku mengangkat tangan kanan sambil menghunus pisau, bersedia untuk menusuk tepat, mungkin ke bahagian jantungnya.
Tapi aku tak boleh dan aku menyeringa, menjerit selantang mungkin yang pada mulanya aku ingat ianya hanya berlaku dalam minda aku saja. Tapi kemudian aku sedar bila dia turut sama, sepantas mungkin mengangkat tangannya dan menghalang tangan aku dari menikamnya.
Sesaat kemudian, aku di situ, terbaring sambil Khai di atas, menekan tubuhku dengan tubuhnya. Sepantas kilat pisau di tanganku dirampas dan dicampak sejauh mungkin.
Ianya terlalu tiba-tiba, terlalu pantas. Sehingga otak aku tidak sempat memproses apa yang sedang berlaku. Kepantasannya betul-betul mengagumkan. Tak mustahil selepas bertahun-tahun berlatih. Dan bertahun-tahun juga jadi seorang detektif.
Aku pandang wajah dia. Mata dia yang hitam penuh tadi dah pun hilang, berganti dengan warna coklat hazel yang juga sama dengan warna milik aku. Tiada darah pada bibirnya. Tiada luka, tiada koyakan.
Oh, shit! Aku berhalusinasi lagi rupanya.
"kau dah makin teruk Q," dia bangun dari menindih aku.
"kau peduli apa!"
"Abang nak kau ikut abang balik."
Hahahaha! Lawak lah wei! Percaya tak dia betul-betul nak bawa aku balik? Macam mana aku nak percaya kalau dialah abang paling shit sekali yang wujud atas muka bumi ni. Paling tak guna.
"sejak bila kau peduli pasal aku?"
"Q..."
"Kau buang aku."
"tak! Abang tak buang kau, kau yang lari, Q."
"Oh, lepas panggil therapist and then daftarkan aku ke pusat sakit mental siap tukar nama aku sekali! Tu bukan namanya sama je ke dengan kau buang aku dari hidup kau huh?"
Aku dengar dia mengeluh. Kemudian, dia berjalan kehadapan sebelum pandang aku. "ok, fine. Abang mintak maaf, okay?"
Maaf? Ianya langsung tak membantu aku untuk rasa tenang. Lagi-lagi selepas satu perkara yang dia dah buat pada aku. Tak. Bukan satu tetapi beberapa banyak perkara.
Dan kemudian dengan mudah dia mahu aku maafkan dia? Ugh, forget it.
Jujur aku kata memang ada terlintas juga di fikiran aku untuk tikam dia kemudian koyakkan kulit dan daging-daging dia lapisan demi lapisan. Bila ingat balik perbuatan dia hari tu, mahu je aku potong-potong dia kepada beberapa bahagian dan anggota-anggota tersebut aku buang ke hutan, menjadi santapan haiwan liar.
Tapi waktu itu aku masih berfikiran waras.
Tapi, untuk masa yang akan datang, aku tak janji yang aku akan sewaras ini.
YOU ARE READING
PR0F1LE
Mystery / ThrillerKalau kau nak cari kisah cinta, blah dari cerita ni. Kalau kau nak cari cerita cinta ala islamik, sorry, ni bukan tempat dia. Kalau motivasi, kau salah tempat, aura negativity je ada kat sini. Ni cerita aku dan bagaimana aku ceritakan cerita ni, te...