Kringg!!!!!
Dah 3 kali alarm ku berbunyi....
Semua ku bagi snooze...mengganguku tidur pagi-pagi ni.
Aku mengangkat tangan ku untuk memberhentikan alarm itu...aku membawa jam itu ke tepat ke muka.....Oh My Gosh!!!!!!!
Mata ku terbeliak apabila melihat jam....aku ada 10 minit sahaja lagi untuk bersiap ke sekolah....
Dengan pantas,aku mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik mandi.....cuci muka,berus gigi....aku mandi tidak sampai 5 minit....dan keluar dari bilik mandi,aku mengambil uniform sekolah dan memakainya...Dengan pantas aku meyisir rambut ....gaya rambut ku agak simple kali ni kerana tidak mempunyai masa untuk berhias....Bunyi hon kereta ayah dah 2 kali berbunyi....menunggu ku...
Haaaaahr!!!!!...aku lambat,semestinya ayah pun akan lambat....
Aku mengambil beg dan berlari turun tangga....
Kali ni,aku tak sempat mengambil sarapan tapi aku sempat membebel pada mak yang tak bangunkan ku....
Alasannya.....Dia ingat aku tengah bersiap....sebab aku tak pernah lambat sebelum ni...Aku hanya mengeleng kepala...
Aku mengambil keputusan untuk memakai kasut dalam kereta...Di dalam kereta...
"Kenapa lambat?"Aku dengan sibuk memakai kasut menjawap juga....
"Lambat bangunlah...mak tak bangunkan saya tadi...""Bukankah kamu selalu bangun awal..?...atau pun lupa set alarm?"
Aku menjawap...
"Erhhh....dah set...tapi.....saya bagi snooze...hehehe(ketawa kecil)....tidur lambat lh semalam""Emm..."
Ayah hanya bagi jawapan ringkas....Sesampainya di sekolah....
Aku turun juga dari kereta...
Rasa malu pula bila datang lambat ni....sorang-sorang pula tu...
Aku melihat jam tangan ku...
.Wow...Lambat 25 minit ....
Aku merapi-rapikan baju sekolah ku sambil berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah...Nasib baiklah semua pengawas dah masuk kedalam kelas....
Jadi,aku selamat daripada menulis nama dalam rekod pelajar datang lambat ke sekolah...Aku berjalan menuju ke kelas...
Terpaksa tebalkan muka sahaja lah bila masuk kelas nanti....Sesampainya di hadapan pintu sekolah....aku agak teragak-agak untuk membuka pintu pada masa itu...Rasa ingin patah balik sahaja dan pulang ke rumah...
Tetapi,memandangkan aku dah ada di hadapan pintu....masuk saja lah....
Sebelum masuk,aku mengetuk pintu dahulu kemudian masuk dan.....Semua pelajar termasuk cikgu memandang ku....aku berjalan ke hadapan cikgu Fay...yang mengajar subjek kimia..
"Haahh...Rachel,apa alasan awak datang lambat?"
Aku harus mencari alasan untuk selamat....tapi mulut ku seakan susah untuk dibuka...Bukan apa,tapi rasa berat hendak menipu
Kalau aku guna alasan bangun lambat,pasti akan kena denda...
"Bangun lambat"
Automatik mulut ku bercakap..Cikgu Fay menghembus nafasnya..
"Haahh...nasib baiklah mood cikgu baik hari ni...tak palah...
Awak boleh duduk.."Aku tersenyum....
"Terima kasih cikgu.."Aku memandang Nick semasa aku berjalan menuju ke meja ku.
Dia memandangku tetapi kemudian melarikan pandangannya....
Takpalah....biarlah Dia marah tanpa sebab....Kali ini,aku malas hendak memujuk orang..........
Hari ini,tumpuan belajar ku agak terganggu...Asyik terfikir tentang pertunangan tu...Aku betul-betul tak sanggup nak bertunang dalam masa yang singkat ni....Habislah zaman bujang nanti,bukan apalah tapi belum ready untuk ke alam berkeluarga....Hmmmm....
Ditambah lagi dengan perangai si Nick ni...Aku betul-betul tak faham dengan perangainya...Kali ini,aku membiarkan sahaja..Kami tak berlayan seperti yang sebelumnya...
YOU ARE READING
First Love & First Kiss
RomanceRachel Lee ialah seorang gadis remaja yang cantik dan bijak.Di sekolah,dia cukup disegani oleh para guru serta pelajar.Namun begitu,dia tidak pernah mencintai atau menyukai seseorang yang bergelar lelaki.Dia berpendapat bahawa seseorang yang bernama...