PART 1

6.8K 135 13
                                    

"Tapi adik tak nak lah ayah. Adik boleh jaga diri sendiri. Adik ni bukan macam abang tu. Pergi mana-mana mesti ada orang jaga. Tak bebas tahu tak. "

Tan sri Muzakir mengeluh kemudian merapati satu-satunya anak perempuan yang sejak azali memang keras kepala. Kerjanya nak membantah cakap orang je.

Susah nak dengar pendapat walaupun untuk diri sendiri. Dalam otak dia cuma ada 'aku boleh berdikarilah'. The power of mindset huh?

"Hanny. Ayah buat semua ni sebab keselamatan family kita terancam tau. Adik tahu kan ayah ni buat bisnes bukan calang-calang bisnes. Ramailah nak dengki"

Ceh. Macam riak je bunyinya ayah ni.. Hahaha.

"But i can take care of myself. Bodyguard? I don't need one. Ayah tengok bodyguard yang ayah upah untuk adik selama ni. Semua tak boleh jaga adik kan? Semua ayah dah pecat kan?

Ayah tengok pula keadaan adik bila keluar sorang, tak ada apa yang jadi kan? So don't worry okay? No bodyguard. Love you! "

Hanny mencium pipi ayahnya kemudian mula melangkah menaiki tangga untuk ke biliknya.

Ayah tak cakap apa-apa. Maknanya boleh la aku keluar tanpa bodyguard? Wohoo! Ni yang sayang kat ayah ni.

Cepat kakinya melangkah masuk ke bilik sebelum Tan Sri Muzakir ubah fikiran.

*-*-*
Siapa pula lah yang ikut aku dari tadi ni. Serabut betul. Jangan-jangan...

Hanny menyorok di belakang tiang dan memerhatikan tingkah seorang lelaki yang berpakaian santai.

Haih! Cari aku la tu. Tak boleh jadi ni.

Hanny terus meluru ke arah lelaki itu dan mencekak bajunya.

"Awak siapa ha? Bodyguard ayah saya ke? Baik awak jawab"

Keras nada suara Hanny.

"Woah woah.. Chill. Merepek apa ni? Bodyguard apa pula. Tiba-tiba datang kat aku meroyan entah apa-apa. Bodyguard? Pftt.. "
Lelaki itu tergelak kecil.

"Alah.. Tak perlu la nak berlakon depan saya. Saya tau ayah yang upah awak kan? Baik awak mengaku. Kalau tak.. "

"Kalau tak apa ha? Pfft.. Setakat perempuan bagi amaran, sikit pun aku tak goyang la. Dah la. Meroyan la kau sorang. Aku ada banyak lagi hal daripada aku layan kau. "

Sempat dia tersenyum sinis kepada Hanny sebelum melangkah pergi.

Eee.. Tak guna. Tak mengaku pula dah. Ayah ni kan..

Hanny melangkah menuju ke arah kedai buku dengan segera. Memang niatnya dari tadi nak ke sana. Nak beli novel. Hoho lama dah beb kumpul duit untuk beli novel.

Bukannya tak nak minta duit dengan ayah tapi aku ni berdikari orangnya. Ehem. Bukan riak, saja nak bagitau ehehe..

Tak de lah ramai sangat orang. Terus kakinya diatur ke kaunter.

Terjenguk-jenguk duk cari bestfriend dia.

"Afie! Oh Afie! "

Dah macam tarzan dah duk terjerit cenggitu. Ramai pelanggan tengok tapi aku peduli apa. Suka hati aku la.

"Weh weh! Dah kenapa kau ni nak jerit bagai. Tak malu ke orang tengok. "

Afie yang entah datang dari mana terus tampar pipi hanny dengan pen.

"Ish.. Sakit lah. Tak de lah. Aku malas nak cari kau, aku jerit je la. Peduli apa aku orang pandang ke apa ke. Macam baru hari ni kau kenal aku. "

Pipinya yang kemerahan diusap lembut. Tak sakit mana pun sebenarnya. Saja nak mengada. Hehehe. Dengan Afie je la aku boleh mengada but still.. Ada batasnya.

"Yelah.. Haa ada hajat apa tuan puteri ke mari? Di manakah hulubalang tuan puteri? Mengapa tuan puteri cuma sendiri? "

Dah mula dah perangai gila si Afie ni. Hanny yang tadinya ralit dengan pen tergelak kecil.

"Bodyguard dah tak de. Aku minta ayah pecat diorang sebab.. Kau tau lah kan. Aku ni ada banyak plan nak suruh diorang kena pecat. "

Masih lagi ralit dengan pen. Afie pula menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nakal kepada Hanny.

Terasa dirinya diperhatikan, Hanny mengangkat kepala memandang Afie.

"Apa? " Tanya Hanny.

Wajah Afie mendekat. Masih lagi dengan senyuman nakal.

"Sungguh nakal ya tuan puteri nan seorang ni. "

Bahu Afie menjadi sasaran ketam Hanny. Kedua-duanya tergelak.

"Eee.. Mengada la kau ni. Dah la. Tak payah nak berzaman melayu melaka sangat. Jom makan. Dah lunch hour ni. Aku cari kau sebab nak lunch sama-sama lerr.
"
Afie terus memanggil salah seorang pekerja untuk menggantikan tempatnya.

Alang-alang budak tu pun berpuasa, boleh la gantikan aku. Lagipun kedai ni aku punya. Suka hati aku la nak arah orang pun HAHAHA.

Afie keluar dari belakang kaunter dan terus ke pintu bersama Hanny.

Belum sempat Hanny nak buka pintu, Afie dah halang.

"No.. Let a gentleman do this for you and that gentleman is me. "

Ah sudah.. Tukar watak pula. Hanny tergelak lagi. Pintu dibuka tapi Afie masih tak bergerak.

"Ladies first.. Thank you for coming. Have a nice day with your boyfriend. "

Boyfriend kejadahnya pulak. Haih Afie, Afie. Macam-macam perangai dia.

Baru la Afie keluar dan berjalan seiring dengan Hanny.

"Patutlah kau ni takde awek. Perangai macam budak tadika. Macam mana la bakal isteri kau nanti. "

Hanny menggeleng.

"Laa.. Buat apa aku nak ada awek. Aku setia dengan kau je. Kalau kau cakap macam tu, kau je la jadi bini aku. Amacam?"

Afie mengangkat keningnya. Berkerut-kerut dahi Hanny memandang Afie.

"Ish.. Tak nak la aku. Maunya bosan aku hadap kau hari-hari. Kalau ada anak nanti, tak boleh aku nak bezakan yang mana anak dan yang mana bapaknya. "

Meletus juga tawa Afie mendengar ayat tu.

"Waa.. Anak eh? Hmm sounds good to me. Jauh betul kau fikir. Dah ready nak kahwin ke haa? Dah ada calon? Dah sedia nak jadi ibu? Ooh kau ni diam-diam ubi berisi eh.. "

Tengok la. Mengalahkan budak-budak. Banyaknya cakap!

Lepas dah pusing satu mall ni cari kedai yang sedap, akhirnya makan kat McDonald je. Tak de la lama nak tunggu makanan sampai. Dah nama pun fast food.

BODYGUARDWhere stories live. Discover now