PART 24

626 45 7
                                    

Izz's pov

Aku masuk ke dalam bilik tidur setelah selesai makan malam. Hanny yang sedang nyenyak tidur di atas katil aku dekati. Nasib baik tak susah sangat nak bangun dari tidur untuk solat tadi. Lepas solat isya' terus dia tidur balik. Penat sangat agaknya.

Lama aku perhatikan wajah dia, insan yang berjaya menggetarkan jiwa, membuatkan aku berdebar setiap kali terfikirkannya. Juntaian rambut aku selitkan perlahan di belakang telinganya. Baru pertama kali nampak dia tak bertudung.

Walaupun hidung masih lagi kemerahan akibat banyak menangis tadi, masih nampak cantik. Hari-hari wajah ni yang akan aku tatap. Ya Allah berikanlah kekuatan dalam dirinya untuk menempuhi dugaan-Mu. Aku sendiri tak sanggup melihat wajah sedihnya. Permudahkanlah segala urusannya ya Allah.

Pipinya aku usap penuh kasih sambil berdoa dalam hati. Aku cium kepalanya dan melangkah ke ruang tamu. Aku duduk di atas sofa.

Jauh fikiran aku melayang, terfikirkan plan untuk selamatkan Hud. Afie dah lesap. Arahan commander pun aku dah abaikan. Sikit pun aku tak rasa menyesal. Sekarang ni semua nak kena fikirkan sendiri lah ni. Tapi masalahnya otak aku tak berapa nak berfungsi dengan elok pula dah.

Ikutkan hati nak desak Hanny untuk dapatkan maklumat tentang siapa yang culik Hud. Tapi emosi dia pun tak betul. Takut nanti dia sebut je nama siapa dia nak.

Kalau ikutkan minggu depan dah boleh mula operasi tapi satu masalah, macam mana aku nak track dia orang?

Aku mengeluh. Baru aku sedar keputusan aku untuk abaikan arahan commander tu agak bodoh. Aku perlukan bantuan dia. Haish! Rambut aku raup kasar.

Sedang aku termenung, Izyad datang dan terus duduk di atas sofa di depan aku.

"Kau fikir apa bang? Kusut je aku tengok kau ni?" Tanya Izyad.

Aku teragak-agak untuk menjawab soalan Izyad. Malas nak heret orang lain sekali dalam masalah ni.

"Pasal Hanny kan? Jarang kau bawa client datang rumah. Kalau dah sampai tahap macam ni, mesti masalah rumit kan?" Sambung Izyad.

Aku masih diam. Sesekali aku mengeluh perlahan. Mata Izyad tetap memandang wajah kusut aku.

Ya memang aku tak pernah bawa balik client dan kalau aku bawa ke rumah ni memang misi aku susah. Aku tak mampu nak melindungi client aku sendiri.

"Tu lah bang. Kau patut berhenti jadi perisik dari dulu lagi. Itu kan kerja kau di perth dulu. Sekarang kau kat Malaysia. Carilah kerja yang normal. Aku dan ummi, dah lama berhenti. Kau nak ke peristiwa yang sama terjadi pada walid dan adik berulang semula?" Izyad mula mengungkit.

Sikit pun tak melegakan aku. Makin aku rasa tertekan ada la.

"Bukannya aku tak nak berhenti. Aku.. Aku suka kerja ni. Kerja yang aku rasa sesuai dengan aku dan satu lagi. Kau jangan nak mulakan tentang hal walid dan adik. Bukan sekarang. " keras nada suara aku.

"Habis tu sampai bila kau nak sedar bang. Kalau aku tak mengungkit sampai bila-bila pun kau tak akan sedar. Kau lupa ke semua ni salah siapa?"

Wajah aku menegang. Tajam mata aku memandang Izyad yang sama tajam merenung aku. Terus aku berdiri. Terasa panas hati aku.

"Aku dah pesan kan jangan mula mengungkit. Kau ingat walid dan adik tu family kau seorang je ke haa? Kau ingat kau seorang je terkesan dengan peristiwa tu? Kau ingat kau seorang je sayang diorang? Fikir sikit sebelum bercakap tu."

Suara aku masih lembut. Dalam hati sudah terasa panas. Marah tu tak perlu aku cakap. Bila-bila masa saja boleh meletup.

"Memang. Memang tu family kau. Memang kau pun terkesan dan memang kau sayangkan walid dan adik. Tapi kalau bukan sebab keras kepala kau tu, diorang masih hidup sekarang tau tak!"

Suara Izyad naik seoktaf.

"Aku ni, aku ni abang kau tau. Satu salah aku, kau dah tak hormat aku dah? Elok-elok sikit bila bercakap. Kau nak tolak takdir? Kau sedar tak kau tolak takdir? Kalau bukan sebab aku pun, diorang akan mati la. Bila-bila je Allah boleh tarik nyawa diorang. Semua ni masih salah aku ke?"

Dalam marah aku rasa agak kecewa. Rupanya selama ni adik aku sendiri salahkan aku seratus peratus. Aku ingatkan dia dah maafkan aku, dah lupakan tentang hal tu. Tapi hakikatnya dalam hati dia masih berdendam.

"Ya. Memang salah kau! Dari dulu memang salah kau!" Suaranya masih tinggi.

Dapat aku lihat dengan jelas matanya memandang aku dengan penuh rasa benci.

"Habis tu kau nak aku buat apa?! Kau nak aku buat apa? Nak aku mati dulu baru kau maafkan aku?!"

Dada aku turun naik, nafas aku kencang. Perasaan aku bercampur. Aku tak boleh nak fikir dengan waras. Semua beban kesalahan dia letak pada tanggungan aku seorang. Aku tertekan. Sangat tertekan.

"Huh. Memang aku harap kau mati lah! Sebab kau aku hilang adik dan walid. Pandai-pandailah bertanggungjawab." Izyad menjeling aku yang dah pun terduduk mendengar kata-katanya.

Luluh hati aku bila darah daging aku sendiri masih tak dapat terima aku walaupun salah yang aku buat tu dah lama berlalu. Aku duduk merenung meja di depan aku. Tak sanggup aku nak pandang wajah Izyad.

"Aku ingat kau faham. Aku silap. Tapi aku pun manusia Yad. Aku pun buat salah. Kau darah daging aku, family aku. Rasanya kalau kau pun tak boleh terima aku, aku tak tahulah nak bergantung pada siapa lagi. Terima kasihlah buat aku sedar yang betullah kata orang hidup di dunia ni kita cuma sendiri."

Aku tersenyum lemah. Aku bangun dari sofa dan terus mengatur langkah ke arah bilik. Wajah ummi yang baru keluar dari bilik menyapa pandangan aku. Aku mencapai tangannya dan aku kucup lembut.

"Maafkan Izz, ummi. Maafkan Izz sebab Izz jadi penyebab ummi kehilangan anak dan suami. Izz tak berniat. Sumpah Izz tak berniat. Maafkan Izz, ummi. Maafkan Izz."

Air mata jantan aku jatuh setitik demi setitik. Terasa diri ni bagai dibuang keluarga. Sebak hati ni bila terfikirkan dendam yang wujud dalam diri ahli keluarga aku sendiri. Aku mengaku aku salah. Aku tak pernah nafikan salah aku yang satu tu. Tapi tak layak ke aku ni dimaafkan?

Belum sempat ummi kata apa-apa aku melangkah masuk ke dalam bilik.

Sempat aku dengar ummi sebut nama Izyad dengan nada suara yang keras. Tapi aku tak berminat nak ambil tahu apa yang akan ummi katakan pada Izyad.

Aku baring di sebelah Hanny dengan perlahan. Tak mahu mengejutkan dia dari tidur.

Aku tatap wajahnya. Dalam hati berharap supaya dia tak akan pernah tinggalkan aku kecuali ajal datang menjemput. Tak lama kemudian aku terlelap. Penat berlawan dengan perasaan sendiri. Aku perlu rehat.

BODYGUARDWhere stories live. Discover now