Hanny's pov
Aku terjaga dari tidur setelah terdengar pengumuman bahawa feri yang aku dan Izz naiki telah sampai ke destinasi.
Sebaik saja aku buka mata wajah risau Izz menyapa pandangan.
Eleh. Takut lah tu aku marah dia.
Perlahan-lahan aku bangun dan meninggalkan Izz di belakang aku. Walaupun cuak laa juga bila sekali lagi aku perlu lalu jambatan kecil tu. Tapi nak marah punya pasal, redah je laa dan alhamdulillah tak jadi macam tadi.
Aku ambil beg pakaian aku sebelum langkah aku atur menuju satu tiang. Aku sandarkan badan pada tiang sambil tangan disilangkan di dada.
Dari jauh aku perhatikan Izz yang sedang berjalan ke arah aku. Sesekali dia tersenyum.
Ceh. Dia ingat kita cair ke senyum macam tu?
Aku hentak kaki, tanda protes. Aku berpaling dari Izz dan bagasi aku yang berat itu aku angkat. Mula lah terkial-kial nak angkat. Dah lah ramai orang. Majoriti semua main langgar je aku kat tepi tiang ni. Tahu lah aku ni kecil je. Huhu.
Aku atur langkah dengan berhati-hati. Kalau terjatuh ni mati lah aku dipijak manusia- manusia ni.
Satu tangan merentap bahu aku. Terhuyung-hayang aku dibuatnya tapi Izz sempat tahan aku dari jatuh. Yeah he better catch me.
"Woah woah. Sorry abang tak sengaja." Kata Izz sambil memeluk pinggang aku.
Bagasi tadi entah ke mana dah. Sekarang yang penting manusia depan aku ni.
"Tak payah lah tahan orang dari jatuh. Tadi boleh je biarkan atas jambatan tadi.." Sambil membebel aku meronta sedikit untuk melepaskan diri.
"Hanny." pelukan pada pinggang makin kuat.
"..bukan setakat biarkan. Siap boleh senyum pula tu. Dah jatuh tadi semua orang tengok. Malu tau tak? Lepas tu ada hati pulak nak tolong kita masuk dalam feri. Suruh duduk.." Aku tak hiraukan panggilannya dan terus membebel.
"Sayang!" Terus aku berhenti. Anak mata Izz aku pandang tepat.
Izz tersenyum tapi matanya terarah pada bibir aku. Ah sudah. Dah kenapa ni?
"Say another word, those luscious lips will met mine. Abang dah lama geram ni. Jangan uji abang." Ibu jarinya naik mengusap dua ulas bibir aku.
Dapat aku rasakan wajah aku membahang. Lagi sekali aku meronta. Dadanya aku tolak.
"A-apa ni. Orang tengok lah. Jangan lah buat macam ni kat sini." Aku tolak lengannya lebih kuat.
"Okay then. Nanti abang buat macam ni dalam bilik okay? It's a deal." Izz kenyitkan mata sebelum melepaskan pelukan.
Eh? Bukan tu yang aku maksudkan. Aduh. Susah betul cakap dengan orang macam ni.
Bagasi aku diangkat dengan susah payah. Berkerut-kerut wajahnya. Apalah anak jantan macam ni. Aku tarik beg baju kecil miliknya dari tangan.
"Biar saya bawak beg a-abang. Berat sangat beg saya tu." Aku angkat beg Izz dan tak mengendahkan pandangan Izz.
"Jangan lah pandang orang macam tu. Tukar panggilan karang." Dah sedepa dah muncung haa. Siapa suruh pandang pelik.
Izz tertawa perlahan. Tiba-tiba bagasi aku diletakkan ditepi. Aku perhati gerak geri dia sampai lah kedua-dua belah tangannya naik mencubit pipi aku.
"Ee comel laa bini abang ni!!" Bukan setakat cubit, ditarik-tariknya lagi.
Mata aku ni dah berair tahan sakit. Bukan menangis ya. Aku tepuk berkali kali tangan yang sedang mencubit aku. Barulah dilepaskan.
YOU ARE READING
BODYGUARD
RomanceBukanlah kehidupan namanya kalau tiada cabaran. Walau apa pun taraf kehidupan, sentiasa ada rintangan. Dan bagi gadis muda yang masih mentah dia sudah kehilangan segalanya dalam hidup. "Aku rasakan dah cukup banyak aku kehilangan orang yang aku saya...