Izz's pov
Aku melangkah keluar dari balai polis dengan penuh yakin. Ya. Kali ni aku bekerjasama dengan polis untuk memastikan tiada sesiapa yang tercedera dalam misi aku kali ni.
Kalau selama ni memang aku tak ambil peduli langsung pasal orang yang tercedera. Yang aku kisahkan cuma keselamatan orang yang upah aku. Kerja aku ni tak mudah.
Aku masuk ke dalam perut kereta dan mula menghidupkan enjin. Selang beberapa saat telefon aku berdering. Sementara menunggu enjin kereta panas ni aku menjawab panggilan dari Hanny.
Nak apa perempuan ni call aku malam-malam buta macam ni? Dah pukul 12 tengah malam kot. Sepanjang perkenalan aku dengan dia tak pernah pulak dia ganggu aku lepas pukul 10 yang mana aku anggap dia tidur awal. Well.. Sebenarnya aku yang ganggu dia.
Disebabkan rindu aku pun menjawab panggilannya tanpa ragu-ragu. Bibir aku awal-awal lagi dah mengoyakkan senyuman bahagia.
"Hello my sweety Honey bunny sugar plum."
Aku mula nak buat dia rasa annoying dengan aku dan memang itu je kerja aku selama ni. Comel je dia kalau buat mimik muka.
Lagi-lagi bila dia tayang muka merah macam tomato dia tu. Mak aih. Nasib baik dia bukan mahram aku je tu. Kalau tak dah lama aku tarik-tarik pipi dia. Comel sangat!
"Hud. Diorang dah dapat Hud.."
Belum sempat pun Hanny habiskan ayat. Aku dengar esakan kecil. Cukup jelas pada pendengaran aku. Cukup untuk buat aku rasa tak keruan. Aku tak ada dengan dia. Fikirkan itu je pun dah buat aku serba tak kena.
"Aku tahu. Aku minta maaf sebab tak bagitahu kau awal-awal sebab aku tak nak kau jadi macam ni lah. Aku minta maaf sangat-sangat."
Aku meraup rambut kebelakang. Rasa kusut sebab aku tak mampu nak tenangkan Hanny sekarang. Aku sendiri serabut dengan misi aku kali ni. Lagi rumit dari misi-misi aku yang sebelum ni.
Telinga aku masih dapat menangkap bunyi tangisan Hanny yang semakin lama semakin kuat pada pendengaran aku. Seolah-olah dia berada betul-betul di sebelah aku. Muka aku raup dengan kasar.
"Please don't cry. I'm begging you. Tolong jangan menangis bila aku tak ada dengan kau. Jangan menangis bila aku tak mampu nak buat apa-apa. Aku tahu aku bukan penghapus sedih kau yang paling baik. Tapi aku sanggup buat apa saja supaya kau berhenti bersedih macam ni. Tolong aku please. Jangan menangis?"
Aku cuba sedaya upaya untuk redakan sedih dia, pujuk dia. Apa lah sangat yang aku boleh buat dengan jarak antara aku dan dia yang jauh bezanya.
Tangisannya masih kuat.
"Hanny.."
"Apa lagi yang kau tak bagitahu aku? Cakap." Suaranya bergetar.
Dahi aku mula mengerut menghasilkan pelbagai jenis lipatan. Aku diam memikirkan apa yang dimaksudkan Hanny.
"Cakap lah. Apa lagi yang kau tak cakap pada aku." Suaranya mula naik seoktaf. Marah benar nampaknya tu.
Aku semakin bingung dan mula lost dalam pemikiran aku sendiri dan tanpa sedar aku menghasilkan satu silent treatment sementara.
"Kau.. Kau nak kahwin kan? Kenapa tak cakap?"
Aku dah tersenyum sendiri. Ingatkan apa lah tadi.
"Oh. Yang itu ke? Okay. Meh aku..."
"Seronok ke buat aku macam ni? Ha? Seronok? Dah buat aku sukakan kau lepas tu nak tinggalkan aku?"
Aku terkejut. Sumpah aku terkejut. Tak sangka pulak aku yang dia ada perasaan pada aku. Senang lah kerja aku macam ni. Senyum aku melebar.
YOU ARE READING
BODYGUARD
RomanceBukanlah kehidupan namanya kalau tiada cabaran. Walau apa pun taraf kehidupan, sentiasa ada rintangan. Dan bagi gadis muda yang masih mentah dia sudah kehilangan segalanya dalam hidup. "Aku rasakan dah cukup banyak aku kehilangan orang yang aku saya...