PART 19

752 48 25
                                    

Hanny's pov

Malam tu aku berehat je dalam bilik. Aku dengar bunyi riuh di luar. Saudara-mara Izz dan jiran-jiran wanita semua berpakat nak datang malam ni.

Dah nak mula kupas-kupas bawang la tu. Aku nak tolong tapi ummi tak bagi. Maka di sinilah aku bagaikan puteri menanti sang putera yang jauh nun di Kuantan. Kahkah! Buang tebiat.

Haa bercakap tentang Izz, aku ada tanya pada ummi yang majlis ni untuk siapa. Ummi cakap untuk Izz. Majlis nikah Izz. Tak bagitahu pun dah nak nikah.
Tapi kan.. Kenapa eh? Hati aku. Sakit sangat. Rasa macam Izz baru lepas tinggalkan aku, khianat aku.

Rasa macam dia ambil pedang katana dan tikam tepat ke hati aku. Tikam lagi dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam dan tikam. Okay that's enough. Hahahahaha.

Sakit gila rasanya. Kalau aku boleh keluarkan hati aku, dah lama aku tunjukkan pada kau orang macam mana rupa hati aku. Hancur berkecai macam daging cincang. Tapi kenapa?

Tiba-tiba handphone di atas meja di sisi katil berbunyi. Laju tangan aku mengangkat panggilan tersebut.

"Hello?" Aku bersuara bila tiada bunyi langsung.

"Cakap la sial! Aku bagi kau peluang sebelum kau aku hapuskan and there will be no other chance for you."

Satu jeritan halus aku dengar sebelum suara seorang lelaki memaki-hamun menyapa telinga.

Hati aku berdebar tiba-tiba. Adakah ini jodoh? Ok tak tak.

Aku yang dari tadinya terbaring terus bangun. Aku beristighfar perlahan bagi meredakan perasaan di hati.

"Adik.." Satu suara lemah memanggil aku.

Lutut aku terasa bergoyang. Aku terhenyak semula di atas katil setelah mengecam suara yang memanggilku. Hud..

"Abang. Kenapa ni? Abang kat mana? Cakap dengan adik sekarang."

Bergetar suara aku. Mendengarkan suara Hud yang lemah begitu membuatkan hati aku remuk, retak seribu dan lebih perit berbanding apa yang aku rasa tadi.

Tak pernah Hud selemah itu. Siapa punya kerja ni? Berani dia kacau keluarga aku? Apa tak puas lagi ke lepas dah bunuh ayah aku dulu?

"Hoi! Kau siapa ha?! Kau nak apa?! Lepaskan Hud! Jangan sampai aku report pada pihak polis! "

Marah mula menguasai diri. Mengenangkan nasib keluarga aku begini cukup untuk buat hati aku meruap kepanasan dengan rasa marah.

Kenapa? Kenapa keluarga aku? Apa salah kami?

"Heh! Aku siapa? Kau cukup kenal aku dan cukup lah kau tahu sampai situ. Aku nak apa? Aku nak ahli keluarga kau, seorang demi seorang mati di tangan aku. Biar aku yang cabut nyawa kau orang dan jangan sesekali kau nak libatkan polis. Kalau kau melawan, abang kesayangan kau ni.. Bam! Gone hahahahaha!"

Kata lelaki itu seolah hilang pedoman dan pegangan agama. Mana pergi iman dalam diri? Hilang dek rasa dendam?

"Kau bukan malaikat yang berhak nak cabut nyawa manusia. Itu bukan tugas kau. Kau cuma manusia biasa. Keluarga aku pun manusia biasa. Apa salah keluarga aku pada kau? Dan aku tak kenal lah mana-mana manusia yang sanggup buat macam ni pada aku. You're sick!! Jangan kau sentuh abang aku!"

Marah masih menguasai diri. Dadaku berombak menahan rasa marah. Makin difikirkan, makin remuk hati aku. Lepas seorang, seorang pergi tinggalkan aku. Kenapa?

"Aww. Don't be mad princess. He's gonna be just fine. I'm not gonna touch him unless you made me do it. Ikut je arahan aku dan abang kau selamat. Is that clear?"

Kali ni suaranya tegas. Seolah-olah memberi amaran. Suara ni.. Panggilan tu..

"Kau?"

Lelaki tu terdiam sebelum ketawa kuat dan terus mematikan talian.

Tak. Tak mungkin dia. Takkan dia tergamak buat macam ni pada aku. Dia tak pernah lukakan hati aku. Dia lah yang selalu ada untuk aku. Takkan dia nak tikam belakang aku. Dia takkan buat kan? Kenapa..

Air mata mula mengalir laju mengenangkan nasib aku yang tak ubah seperti orang yang jatuh ditimpa tangga. Sadis. Hidup kau sadis.

Aku membaringkan kepalaku yang terasa berat dan sakit. Mata aku pejamkan bersama linangan air mata yang masih laju mengalir, berharap yang semua ini cuma mimpi. Hud, Afie? Semua nak tinggalkan aku? Aku tak boleh terima.

Izz aku perlukan kau..

*-*-*-*-*-
Ok so, setakat ni lah dulu mampu nak taip. Saya nak mula guna pov. Saja nak cuba try test tengok. Sorry lama gila tak update. Sumpah tak tipu hamba sibuk. Kalau tuan hamba tak percaya, tak mengapa. Sesungguhnya rakan² hamba mengetahui tentang kebenaran kata² hamba ini. Kahkah! Happy reading gais. Goodnight. 💕

BODYGUARDWhere stories live. Discover now