PART 23

653 52 8
                                    

Hanny's pov

Tetamu pun semua dah balik. Tinggal lah kami sekeluarga untuk membersihkan pinggan mangkuk. Nasib baik buat kecil-kecilan je. Tak ada lah banyak sangat pinggan mangkuk nak dibersihkan.

Aku masuk ke bilik yang aku gunakan sejak aku menumpang di sini untuk menukar pakaian. Susah pula nak buat kerja kalau pakai baju kurung ni. Haa pengantin pun perlu buat kerja tau! Tak boleh relaks. Baru jadi pengantin takkan nak acah raja dah.

Setelah siap menukar pakaian, aku turun ke bawah untuk membantu ummi mencuci periuk belanga yang orang kampung gunakan untuk masak lauk. Dari tadi ummi mencuci baru satu kuali yang dah siap dibilas. Aku mendekati ummi.

"Ummi naik lah dulu. Rehat. Biar Hanny siapkan kerja ni. Susah-susah je tadi ummi dah tolong masakkan, biar Hanny pula lah basuhkan ya?" Aku menarik span yang masih di tangan ummi dan letakkannya di bawah sebelum tangan ummi aku pimpin ke dalam rumah.

Aku memberikan senyuman kepada ummi dan terus melangkah semula ke arah periuk yang menanti untuk dicuci. 

Huhu banyaklah pula. Mana Izz ni? Mana aci aku cuci seorang.

Dalam aku membebel, aku terdengar bunyi orang bersiul dari arah belakang. Aku menoleh.

"Hai. Bini siapa rajin sangat ni?" Izz yang sedang mengangkat meja menegur aku.

Jelingan maut saja yang mampu aku berikan. Izz tergelak sebelum meneruskan langkahnya. Aku nak cepat siapkan kerja ni sebab lepas tu nak tidur. Kalau aku layan Izz tu tadi sah-sah lambat siap.

Setelah hampir satu 45 minit aku duduk mencangkung semata-mata sebab nak cuci periuk belanga akhirnya siap juga. 

Nafas lega aku hembuskan. Tangan yang masih basah aku kibaskan, biarkan merecik. Bukannya ada orang pun. Aku terus masuk ke dalam rumah dan duduk di atas sofa di ruang tamu. Aku pejamkan mata untuk seketika.

Dah menikah dah aku ni. Senyuman tipis aku ukir.

"Hanny. Abang Izz cakap rehat lah dulu. Nanti dia naik." Aku tersentak. 

"Ya Allah Ijat ni. Terkejut saya! Haa Izz mana? " Tangan kanan aku naik mengurut dada yang dah berdegup terlampau laju. Kerja overtime, tak gitu?

"Hehe sorry. Tak sengaja. Abang Izz ada tu haa kat bawah. Tak habis kemaskan khemah lagi ni. Nanti dia naik lah tu." Aku anggukkan kepala.

Lagi sekali aku pejamkan mata, menikmati saat untuk berehat. Kalau ikutkan hati nak je aku baring atas sofa ni. Tapi takut tertidur lah pula. Dah nak asar dah. Kalau aku tidur ni sampai isya' karang belum tentu aku bangun.

Tiba-tiba aku terfikirkan keadaan abang Hud. Aku di sini dengan selesanya duduk berehat. Abang Hud tu cukup ke rehatnya? Aku di sini makan sedap-sedap. Abang Hud dah makan ke?Apa khabar dia ya? Kat mana aku nak cari dia ni..

Kalau aku bagitahu Izz yang aku nak terlibat sama dalam rancangan dia, mesti dia marah kan? Aku bukannya nak degil. Cuma abang Hud tu keluarga aku. Aku nak cari dia sendiri. Selagi tak jumpa, selagi tak nampak batang hidung dia, aku tak tenang.

Tambah pula, keadaan aku yang sangat bersenang-lenang sekarang ni cukup untuk buat aku rasa serba salah. Haihh.

Jari aku naik memicit dahi yang aku rasakan agak sakit. Mungkin terlalu banyak berfikir.

Aku rasa peha aku memberat. Laju mata aku terarah pada 'benda' di atas peha aku. Oh. Dia rupanya.

"Hai." Izz menghadiahkan senyuman kecil sambil meletakkan kepalanya di atas peha aku sesuka hati dia. Aku cuma mengangguk.

"Kenapa ni? Kenapa picit dahi? Penat sangat eh?" Tanya Izz sambil berbaring.

Aku menggeleng lemah. Risau yang aku rasakan dalam hati ni terlampau kuat. Sesekali datang rasa takut. Takut kalau perkara yang sama akan berulang semula. Aku rasakan dah cukup banyak aku kehilangan orang yang aku sayang. Peritnya tak terkata dan aku tak nak rasakan perasaan tu dah. Tak nak.

"Hey. Kenapa ni hm?" Terus Izz angkat kepalanya dan duduk menghadap aku. Aku tetap sama,  tunduk menekur lantai.

 "Pandang sini. Pandang aku." Izz bersuara lembut sambil tangannya menarik dagu aku supaya wajah aku mengahadap wajahnya.

Anak matanya aku pandang sebelum meneruskan bicara.

"Takut.." Dengan suara yang bergetar, itu saja yang mampu aku katakan. Macam-macam perasaan yang aku rasakan tapi satu perkataan saja yang keluar dari mulut.

Izz memegang dan mengusap tangan aku lembut. Rasa berdebar juga sebab tak pernah buat macam ni dengan bukan mahram. Tapi perbuatan Izz ni membuatkan aku rasa sedikit bersemangat untuk menyambung kata-kata aku. Walaupun dalam hati dah rasa tak kuat, dah rasa nak menjerit, dah rasa nak meraung tapi aku telan je semua.

"Kalau.. Abang Hud jadi macam ayah? Macam mana? Kalau sekarang ni abang kena seksa, macam mana? Kalau keadaan abang sekarang lemah, tak mampu nak melawan, macam mana?Nak tolong dia. Nak bawa dia balik. Nak cari abang Hud, Izz. Nak abang. Kita cari dia ya Izz?" Tanpa aku sedar aku merengek saperti seorang budak kecil yang kehilangan anak patung.

Air mata dah bertakung tapi sedaya upaya aku cuba tahan. Apa pun aku perlu kuatkan semangat. Ya aku perlu.

"Shh. Jangan cakap macam tu. Kita belum cari. Belum mencuba pun lagi. Kalau awal-awal kau dah fikir negatif, macam mana nak berjaya kan? Kau janganlah risau. Aku yakin Hud tu kuat. Dia mesti kuat sebab nak jumpa kau. Kau kan adik kesayangan dia." Izz menyapu air jernih yang mengalir di pipi aku dengan ibu jarinya.

Ya aku tewas dan kali ni teruk aku kecundang. Aku menangis teresak-esak mengenangkan nasib aku. Izz tarik kepala aku ke dada bidangnya dan mengusap perlahan belakang badan aku. Ubun-ubun aku diciumnya sekilas.

"Tapi kenapa mesti dia yang seksa abang? Kat mana salahnya sampai kejam macam ni sekali dia sanggup buat?" Makin galak aku menangis.

"Siapa? Kau dah tau?" Tanya Izz.

Aku mengangguk perlahan. Kepala aku masih di dadanya, menghamburkan segala rasa yang terbuku dalam hati. Sungguh aku tak kuat. Bajunya aku genggam erat. Aku juga tak mahu kehilangan dia. Salah seorang insan yang aku sayang.

Kemudiannya Izz cuma diam dan berusaha untuk meredakan tangis aku. Entah bila, tanpa sedar aku dah tertidur dalam pelukan dia.  

BODYGUARDWhere stories live. Discover now