Lepas dah puas pusing-pusing area Kolumpoq (Kuala Lumpur) ni, Izz bawa kami makan. Dah malam kan. Perut tak diisi dari petang tadi. Mestilah lapar.
Dia ni macam banyak duit je. Hari ni saja dah dua kali isi minyak. Yeah.. KL. Siapa je yang tak tahu betapa sesaknya jalan-jalan kat sini. And mostly, kami cuma duduk dalam kereta. Sebab ni lah. Sesak!
Haa bukan setakat duit minyak, kasut rollerblade tu tadi dia kata dia belanja kami. Aku pun tak tau betul ke tak. Entah-entah dia 'rembat' orang punya kan kan kan.
Lagi.. Dia nak belanja makan di restoran yang aku agak mewah la kot. Yelah dah nama pun restoran kan. Aku ni pun sebenarnya tak makan sangat makanan orang kaya ni. Dah la sikit, mahal pulak tu. Bukannya boleh memuaskan selera makan aku yang macam gajah ni. Hahahaha. Kutuk diri sendiri sekali sekala apa salahnya.
"Makan kat kedai mamak tepi jalan pun ok dah tu Izz."
Cadang Afie yang duduk di passenger seat sebelah Izz. Hanny di belakang mengangguk setuju kemudian menggerakkan badannya ke hadapan, di ruangan kosong antara seat Afie dan Izz.
"Ha.. Betul. Aku setuju. Makan kat kedai tepi jalan je la. Murah pun murah. Banyak pun banyak. Dapat lah juga puaskan perut aku yang lapar ni."
Hanny mengusap perutnya yang sedang mengadakan konsert tak berbayar dari tadi.
"Kalau mahal pun tak apa. Aku ikhlas nak belanja kau orang."
Sambil menjawab, mata Izz masih lagi fokus ke arah jalanraya. Kalau tak nanti semua arwah malam ni.
"Tak apa. Makan kat kedai tepi jalan je. Belanja yang murah pun ok. Aku tak kira. Nak makan kat kedai tepi jalan juga. Kalau tak aku tak nak makan."
Afie mengarahkan 'thumbs up' di kedua-dua belah tangannya kepada Hanny bila dia mula mengugut. Senyuman bangga ditayangkan kepada Afie seolah-olah nak kata 'aku tau aku bijak'. Terus tak jadi Afie nak puji.
"Yelah yelah. Makan kat kedai tepi jalan."
*-*-*-
Setelah membuat pesanan, mereka memandang antara satu sama lain. Masing-masing memikirkan topik perbualan.
"Um.. Izz. Aku ada satu soalan.. Eh no! Baaanyaaak soalan nak tanya ni."
Izz yang baru je nak 'menelaah' phone terus tak jadi. Tangannya naik menopang dagu dan matanya betul-betul tepat memandang Hanny memandangkan Hanny duduk bertentangan dengannya.
"Weh Afie! Tak nak dengar ke? "
Kaki Afie ditendang dari bawah meja. Baru tahu nak mengaduh haa.
"Alah. Kau borak je lah dengan Izz. Aku nak main game Crisis Action aku ni. Dah jangan kacau!"
Matanya tak lepas dari memandang handphone yang ada ditangannya. Amboi, khusyuk benor.
Hanny mengeluh sebelum memulakan bicaranya.
"Ok. First, mana abang Hud eh? Dari pagi tadi tak nampak. Aku nak call tapi tak boleh sebab dalam contact aku ada nama kau dan Afie je. Tu pun aku minta nombor Afie tadi. Kau tukar nombor aku ke? Haa.. Pagi tadi. Aku kat rumah siapa? Macam mana kau tahu aku kat situ? Aku ingat aku dah kena jual dengan bapa ayam, kau tau tak?"
Senafas Hanny bertanya. Macam lah Izz tu robot yang boleh scan satu-satu apa yang dia cakap. Lepas tu jawab semua soalan at the same time.
"Hm.. Aku cuba jawab."
Izz membetulkan duduknya dan berdehem sedikit. Tangannya kembali naik menopang dagu. Mengamati ciptaan tuhan di depannya. Haih.. Indahnya ciptaan tuhan.
YOU ARE READING
BODYGUARD
RomanceBukanlah kehidupan namanya kalau tiada cabaran. Walau apa pun taraf kehidupan, sentiasa ada rintangan. Dan bagi gadis muda yang masih mentah dia sudah kehilangan segalanya dalam hidup. "Aku rasakan dah cukup banyak aku kehilangan orang yang aku saya...