Hanny's pov
Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan balik ke Kuantan. Dalam hati ni macam-macam soalan nak ditanya. Tapi apakan daya, diam sajalah yang mampu.
Mana taknya. Pagi tadi nak kejutkan dia untuk bangun solat subuh tapi bila pandang je muka dia nampak tak ceria macam selalu. Tidur pun nampak tak tenang macam selalu. Macam mana aku tahu tak tenang macam selalu? Sebab kadang-kadang aku ternampak dia tertidur atas sofa dan aku dengan gatalnya tilik anak teruna orang.
Biasanya pagi-pagi wajah dia yang paling bahagia. Tapi pagi ni tak. Nak tak nak aku kejutkan juga.
Dia pun bangun tanpa bercakap apa-apa. Air muka dia pun aku tak boleh nak baca. Well, that's what they said about men. Pandai sembunyikan perasaan disebalik wajah.
Dah siap-siap solat pun dia tak bercakap apa-apa. Senyuman tipis je dia sempat berikan pada aku. Aku pun apa lagi, senyum la balik.
Sebelum balik dia cium tangan ummi macam biasa. Anak soleh gitew. Tapi setakat yang aku perasan, depan Izyad muka tak angkat apatah lagi nak bagi senyuman atau bersalaman. Ada apa-apa yang jadi ke semalam?
Kenapa lah bila aku tidur baru nak ada benda menarik yang jadi. Kalau aku tidur tu laa baru nak buat birthday party, kawan-kawan ajak makan, rumah sebelah terbakar ke apa ke. Ok tu contoh ya.
Ni dah dalam kereta pun tak bercakap apa-apa lagi. Secara jujurnya sepatah haram pun tak keluar dari mulut dia lagi! Apa ni?
Radio tak on. Tak ada orang nak diajak berborak. Bosannyaaaaa..
Aku berdehem untuk menarik perhatian Izz. Aku cuba-cuba intai Izz dari hujung mata aku. Okay.. Tak ada reaksi langsung. Mata dia tepat pandang depan. Tapi nampak macam otak fikir benda lain.
Aku terus mendengus.
"Izzzzz.. Bosan lah. Kau tak bercakap lagi hari ni tau tak? Jom lah berborak dengan aku." Aku cakap terus terang tanpa perlu disuluh.
Aku menarik-narik lengan bajunya perlahan. Kalau tarik kuat nanti terpusing pulak stereng tu. Aku belum puas hidup lagi ni. Belum bertaubat lagi. Belum ada anak dengan Izz lagi ni. Eh? Hehehe.
Izz pandang aku sekilas. Sebelum kembali fokus pada pemanduannya.
"Please Izz~" Sengaja aku mengalunkan suara aku.
Aku yang mendengar ni pun terasa nak muntah. Tak pernah-pernah aku gedik macam ni. Buang tebiat dah kalau macam ni. Tapi aku buat ni pun sebab nak tarik perhatian Izz. Kalau bukan sebab ni takkan pernah aku buat macam ni.
Aku nampak Izz tersenyum sedikit. Mungkin terhibur dengan perangai aku? Atau mungkin dia cair? Dalam hati dah berbunga bila rasa diri ni mampu buat Izz tersenyum bila dia ada ada masalah.
"Okay." Sepatah je? Sepatah?! Tak apalah. Asalkan dia bercakap.
Tapi aku ni jenis yang tak banyak bercakap. Bila Izz dah setuju nak berborak ni aku tak tahulah pula nak berborak pasal apa.
Tangan aku naik menggaru kepala yang berlapik tudung bawal. Aku ketawa janggal sambil menoleh secara perlahan ke arah Izz.
"Ingat comel ke buat macam tu? Rasa nak bagi kaki je tau tak?" Izz turut sama ketawa sambil meneruskan pemanduan.
"Haa kan comel ketawa macam tu," aku melentokkan kepala ke kanan, seolah-olah aku sedang melihat crush aku ketawa.
Dah lah ketawa sebab aku pulak tu. Perempuan kat luar sana tu berapa ramai berusaha nak buat crush dia ketawa dan kalau kata crush dia ketawa sebab lawak yang dia buat, fuh tak tidur malam beb!
YOU ARE READING
BODYGUARD
Roman d'amourBukanlah kehidupan namanya kalau tiada cabaran. Walau apa pun taraf kehidupan, sentiasa ada rintangan. Dan bagi gadis muda yang masih mentah dia sudah kehilangan segalanya dalam hidup. "Aku rasakan dah cukup banyak aku kehilangan orang yang aku saya...