Hanny's pov
Aku terjaga dari tidur apabila aku terasa kereta berhenti. Aku pandang sekeliling. Hutan tebal disekeliling, ada sebatang jalan raya dan satu surau kecil di depan mata aku. Aku cuba cari Izz tapi tak ada.
Rasa cuak tu ada lah sikit. Mana tak cuak kalau dah aku ditinggalnya seorang diri kat jalan yang sunyi dengan macam-macam bunyi binatang ni. Dalam otak dah fikir macam-macam dah. Walaupun hari masih siang tapi aku tetap takut!
Perlahan-lahan aku keluar dari kereta. Mata masih lagi memandang sekeliling. Aku mengatur langkah ke arah surau kecil itu.
Jam tangan aku kelih dan baru aku perasan sekarang dah masuk waktu zohor. Izz pergi solat agaknya.
Aku ambil beg yang berisi kain sembahyang aku di dalam kereta dan terus masuk ke dalam surau. Sempat aku menghadiahkan senyuman kepada 2 orang wanita yang aku agak umurnya lewat 50-an.
Sudah siap berwudhuk, aku terus menunaikan solat zohor dan tak lupa juga berdoa setelah selesai solat. Ayah selalu cakap orang yang tak berdoa selepas solat ni seolah-olah sombong kepada tuhan. Dari kecil aku dah biasakan berdoa. Paling kurang pun aku doakan untuk kesejahteraan ibu dan ayah aku.
Aku melangkah keluar dari surau. Kasut converse high cut aku sarungkan di kaki sebelum langkah di atur ke arah kereta.
Mata aku terpaku pada susuk tubuh yang sedang berdiri di tepi kereta sambil menyilangkan tangan di dada.
Dia memalingkan wajah menghadap aku. Senyuman ringkas diberikan.
Oh walaupun senyuman ringkas hati aku tetap berdegup laju. Adakah ini cinta? Hahahaha.
Perlahan-lahan aku mengatur langkah dan berdiri di sebelah Izz yang masih lagi memandang aku.
"Ready to go princess?" Lembut Izz bertanya. Sebelah tangannya diletakkan di atas kepala aku.
Okay. Ni yang nak marah ni. SUSAH TAU NAK BAIKI TUDUNG NI!
"Ish. Jangan laa main tudung orang." Aku pusing menghadap side mirror untuk betulkan tudung.
Malu laa jugak sebab Izz panggil princess. Rasa dimanjakan. Perempuan mana je tak suka dimanjakan. Kan kan kan?
Aku lipat. Aku tiup. Buka pin. Pinkan semula tudung. Masih tak jadi dan nampak serabai. Aku mula nak bad mood. Aku merenung Izz semula.
"Tengok. Dah tak jadi dah." Aku merungut. Bahu Izz aku tampar lembut.
Izz cuma mencebik. Aku ni apa lagi. Nampak reaksi dia macam tu, makin berasap je kepala aku. Tanpa sedar aku mencebik tak puas hati. Izz ketawa perlahan.
"Eee jangan laa gelak! Tudung aku..." Belum sempat aku habiskan ayat, Izz mencelah.
"Haa haa. Dah jangan bahasakan diri aku kau dah. Kalau buat jugak, abang bagi 'denda', " Izz senyum senget.
Wajahnya mula mendekat. Nafasnya dapat aku rasakan pada wajah aku. Tak boleh biar ni. Dia nak buat lagi laa ni.
Tanpa rasa segan aku melekapkan kedua-dua tapak tangan aku pada pipinya. Aku tekap dengan kuat menyebabkan bibir Izz memuncung.
"Ni. Bibir ni kan, tak reti duduk diam-diam eh? Gatal!" Aku jentik bibirnya sebelum berlari masuk ke dalam kereta.
Dapat aku rasakan Izz merenung aku tajam tapi aku abaikan. Aku ketawa kuat. Seronok juga sekali sekala kenakan Izz ni. Asyik aku je diusiknya. Apa salahnya kalau aku pula yang usik dia.
*-*-*-*-
Aku pandang Izz yang sedang mengeluarkan bagasi kami dari kereta dengan pelik. Dah pagi tadi kata nak balik Kuantan. Apa pula rancangan dia ni haih. Ada ada jelah.
YOU ARE READING
BODYGUARD
RomanceBukanlah kehidupan namanya kalau tiada cabaran. Walau apa pun taraf kehidupan, sentiasa ada rintangan. Dan bagi gadis muda yang masih mentah dia sudah kehilangan segalanya dalam hidup. "Aku rasakan dah cukup banyak aku kehilangan orang yang aku saya...