PART 5

2.5K 89 14
                                    

Hari ni dapat la juga aku survey camera. Kalau ikutkan hati, dah lama dah aku kaut kamera DSLR bawa balik. Biarpun aku tak pandai tangkap gambar. Peduli hape!

Mana tau rezeki aku hari ni, Izz belanja aku kamera ke kan. Hehehe..

Haih.. Naik juling mata aku tengok kamera-kamera ni. Nak satu.. Huhuhu.. Tak ada orang nak belanja ke? Kalau abang Hud ada, memang aku cekau duit dia.
Belakang aku ada Izz yang setia ikut langkah. Aku dapat agak yang dia bosan sebab dah banyak kali dengar dia mengeluh.

Eleh.. Dia patut bersyukur tau aku tak bawa dia pergi shopping mall. Kalau tak, lagi lenguh kaki dia. Tapi aku pun bukannya kaki shopping. Setakat tengok je boleh la.

Bukannya kedekut nak keluarkan duit. Cuma.. Orang kata save money for future and for some emergency. Kita tak tau kan apa yang akan jadi pada masa akan datang nanti? Kan?

Haa.. So aku dah get ready awal-awal.

"Eh adik. Merayau lagi hari ni eh? Tak lekat kat rumah langsung."

Seseorang menegur Hanny. Macam ku kenal suara kerepot itu. Badanku pusing menghadap belakang.

Huhuhu.. Maaf ayah. Panggil ayah kerepot.

"Hehehe.. Bosan lah duduk kat rumah tu ayah. Dah la sorang-sorang. Tv pula tak ada cerita best. Sebab tu lah adik keluar hari ni. Ayah buat apa kat sini?"

Sebaris gigi putih bersihnya ditayang kepada Tan Sri Muzakir. Kejap lagi membebel pasal kerja la tu. Tau sangat ayah ni.

"Hm yelah. Ni ayah saja je nak singgah. Tadi tiba-tiba tergerak hati nak datang sini. Ni alang-alang adik dah kat sini dah 'ter'gerak pula hati ayah ni nak belanja camera satu. Adik dah lama nak kan?"

Mata Tan Sri Muzakir menilik satu-persatu kamera yang ada dalam display box. Bercahaya terus mata Hanny bila dengar perkataan 'belanja'. Wah.. Memang rezeki aku gamaknya hari ni. Tapi tak ada pula ayah sebut pasal kerja. Hari ni pun tiba-tiba baik nak keluarkan duit untuk aku. Dah nak meninggal ke ayah ni? Orang kata kalau perangai orang tu makin pelik pun boleh jadi tanda-tanda nak meninggal.

Puih! Hanny puih! Mulut celupar. Anak tak guna betul kau ni. Huhuhu.

"Adik nak satu set DSLR tu boleh?"

Perlahan je aku bercakap. Yelah DSLR tu mahal kot. Ayah aku ni pula jenis susah nak keluarkan duit. Mana tau dia melenting ke nanti.

Dari tadi Izz lebih selesa memerhati dua beranak tu. Malas nak mencelah sekali. Nanti dicopnya penyibuk. Sesekali mulutnya mencebik. Boleh tahan minah ni. Asal orang belanja terus dia minta yang mahal. Fuh! Kalau la Tan Sri Muzakir tak datang tadi memang duit aku dah melayang dulu dah.

"Ha ambik lah yang mana adik suka. Hari ni ayah belanja. Apa salahnya ayah belanja anak ayah kan. Rasanya jarang ayah belanja adik kan?"

Mata Hanny dijulingkan ke atas.

"Mana ada jarang. Sekali pun tak pernah eh. Biasanya abang Hud yang belanja. Memandai je ayah ni."

Tan Sri Muzakir ketawa perlahan. Ada betulnya juga apa yang Hanny katakan tu. Bukannya kedekut. Cuma tak nak biasakan Hanny dengan kehidupan mewah. Kalau dikeluarkan duit banyak, Nanti dia fikir apa yang dia nak semua dia boleh dapatkan. Cuba kalau tak dapat? Maunya dia lari rumah. Haa.. Tan Sri Muzakir tak nak lah jadi macam tu.

Sesudah Hanny memilih, mereka ke kaunter untuk membuat pembayaran. Di belakang, Izz sentiasa setia berdiri. Ceh.. 

"Ayah.. Lambat lagi ke nak siap bayar ni?"

Tanya Hanny yang dari tadi sedikit gelisah. Senyuman ringkas diberikan kepada Hanny tanda menyuruhnya bersabar. Tangan Izz mencuit bahu Hanny. Tak ambil masa yang lama untuk Hanny menoleh dan mengangkat kening sebagai isyarat apa-dia.

BODYGUARDWhere stories live. Discover now