Malam ni aku tak duduk seorang diri kat rumah ni. Hud tu haa entah apa mimpi dia sampai sanggup tinggalkan kerja dia kat pejabat, balik rumah awal semata-mata nak jaga aku katanya.
Alahai.. Aku ni bukannya lumpuh. Tapi rasa agak terharu la sebab dia sanggup buat macam tu.
Yang buat aku rasa agak bengang sekarang ni, apahal abang ajak dua mangkuk tu datang sini sekali?! Nak kata aku ni berat sangat untuk dipapah, bagi sentuh pun aku takkan pernah bagi. Dah la datang rumah orang, buat macam rumah sendiri pulak tu.
Aku tadi sedap-sedap tengok running man, abang cucuk PS2. Ok agak ketinggalan zaman la tapi benda tu je kenangan yang ayah bagi pada abang sebelum ayah... Hmm.
Sofa pulak dah di'kuasai' oleh makhluk adam 3 orang tu. Makanan, aku masak. Minum, aku buat. Pinggan dan gelas ditinggalnya bersepah-sepah atas meja, lantai. Satu gelas dah pecah. Izz tersepak. Lepas tu pandang aku dengan muka tak bersalah sambil pegang joystick dan cakap..
"Sorry babe."
Lepas tu pandang skrin tv semula. Hah kepala hotak dia sorry babe. Rasa macam nak baling semua pinggan dengan gelas ni kat lantai. Saja nak jadi attention seeker kan kan kan. Lantak lah apa diorang nak cakap. Sebab aku rasa diabaikan.
Dah siap basuh pinggan dan cawan, Hanny pergi ke sofa semula. Betis Afie ditepuk kuat sebagai tanda suruh dia duduk. Nasib baik Afie faham walaupun Hanny tak bersuara. Punggungnya dihempas kuat disebelah Afie dan dapat lah juga perhatian dari Afie sebab dia pusing untuk pandang Hanny sekejap. Tapi sekejap je la. Lepas tu fokus main game semula.
"Abang.. "
Bukan setakat tak layan, boleh pulak dia bergelak sakan dengan 2 orang manusia ni lagi. Sorang pun tak layan. Haih ni yang rasa macam nak merajuk ni.
"Abaaaang.. "
Panggil Hanny bersama kerutan di dahi. Tapi macam tu juga lah reaksi Hud.
"Huh.. Abang ni lain kali tak payah balik awal pun tak apa. Kata nak jaga adik. Ni adik pulak jaga dia. Malas la nak layan."
Hanny terus bangun dari duduknya dan berlalu ke biliknya di tingkat atas dengan muncung yang dah boleh dibuat sidai baju. Hahaha..
Sudahnya, masing-masing menggaru kepala yang tak gatal. Game ditutup dan Hud berlalu naik ke atas. Afie dan Izz hanya menonton televisyen. Entah cerita apa pun tak tahu. Langsung tak menarik minat.
Tiba-tiba Izz teringat sesuatu.
"Haa Afie. Kat hospital hari tu kau ada benda nak bagitahu aku kan. Kau cakap halfway je hari tu. Sambung la cakap. Apa dia. "
Dengan segera pandangan mata Afie beralih ke wajah Izz, cuba untuk ingat apa yang nak dikatakan hari tu.
"Oh yang tu. Tak.. Aku nak kata yang aku ni sebenarnya.. "
"Hanny! Buka pintu ni! Kalau tak abang pecahkan! Buka sekarang dik!"
Terhenti terus kata-kata Afie bila suara Hud yang kuat kedengaran hingga ke tingkat bawah. Apa dah jadi tu? Izz dan Afie pandang antara satu sama lain sebelum telinga masing-masing menangkap bunyi yang pelik dari arah dapur.
Terus mereka bertindak. Langkah diatur perlahan menuju ke arah dapur. Mereka menyorok di belakang dinding bila ternampak dua orang yang gayanya dah macam pencuri dah. Tapi pakaian serba hitam dah macam ninja. Nampak mata je. Kat tangan ada sebilah pisau yang nampak agak tajam. Ni kalau sekali rodok kat perut, mesti dalam lukanya.
Afie bagi isyarat mata pada Izz. Sedia nak menyerang. Dalam kiraan 3 terus mereka meluru ke arah dua penjahat tadi dan membelasah secukupnya. Bahu Izz terkena tusukan pisau salah seorang penjahat tadi.
Tapi Izz masih kuat dan akhirnya kedua-dua penjahat tadi dah separuh mati dikerjakan Izz dan Afie. Haa walaupun badan mereka tak boleh nak dikategorikan sebagai sado, tapi buah-buah silat tu masing-masing tahu tau..
Bila dah pastikan yang dua orang penjahat tadi betul-betul dah pengsan, Izz terus meluru ke bilik Hanny di tingkat atas manakala Afie menghubungi pihak polis. Sampai je di tingkat atas, mata Izz menangkap dua susuk tubuh yang sedang berpelukan.
Hud yang sedang memeluk Hanny memandang Izz di muka pintu. Kemudian dia mengangguk.
"We're okay. Tapi Hanny pengsan lepas aku dapatkan dia tadi. Penjahat tu dah lari.. Ikut tingkap."
Jarinya menunjuk tepat pada tingkap bilik Hanny yang luas terbuka. Perlahan-lahan nafas dilepaskan. Alhamdulillah.
Afie yang terkocoh-kocoh naik, menepuk bahu Izz seakan cuba untuk mengetahui keadaan dua beradik itu. Setelah Izz mengangguk, baru lah dia dapat bernafas dengan tenang.
Hanny masih lagi dipangkuan Hud. Mereka bertiga hanya mampu mendiamkan diri sambil duduk menekur lantai. Tiba-tiba Hud mengeluh berat sebelum meluahkan kata.
"Aku risau la. Sampai bila aku dan adik aku nak hidup macam ni? Aku tak kisah sangat pasal diri aku. Yang aku risaukan sekarang, adik aku ni. Sampai bila nak biar dia hidup dalam ketakutan macam ni? Kalau aku dah tak ada nanti macam mana?"
Kepala Hanny yang masih beralaskan tudung diusap perlahan. Wajah adiknya ditatap sayu. Sungguh aku sayangkan adik aku. Ya Allah..
"Eh bro. Jangan cakap macam tu. Apa-apa hal Hanny perlukan kau sebagai semangat. Kalau kau sendiri tak boleh bertahan, inikan pulak Hanny yang bergantung harap pada kau. She loves you."
Ujat Afie sekadar memberi kata semangat kepada Hud yang seakan sudah mengalah dengan dugaannya. Allah tak akan uji hambaNya diluar kemampuan mereka. So, tanam perkara tu dalam otak, dalam hati.
"Yeah i know she loves me."
Jawab Hud seraya tersenyum hambar.
"Aku rasa aku ada cadangan. Cadangan aku ni boleh kekalkan keselamatan Hanny untuk sementara waktu. Lepas tu kita fikir cara lain."
Celah Izz yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
"Ok. Aku terima apa saja cadangan kau as long as Hanny selamat walaupun untuk sementara waktu. "
Izz mengangguk faham.
"And both of you.. Andai kata ajal aku menjemput aku lebih awal aku amanahkan korang untuk jaga adik aku elok-elok"
Izz dan Afie sama-sama mengangguk sebelum menghadiahkan senyuman ikhlas kepada Hud. Bahu Hud Izz tepuk sebagai tanda yang dia dan Afie akan sentiasa menyokongnya tak kira walau apa pun yang terjadi.
YOU ARE READING
BODYGUARD
RomanceBukanlah kehidupan namanya kalau tiada cabaran. Walau apa pun taraf kehidupan, sentiasa ada rintangan. Dan bagi gadis muda yang masih mentah dia sudah kehilangan segalanya dalam hidup. "Aku rasakan dah cukup banyak aku kehilangan orang yang aku saya...