PART 3

3K 99 7
                                    

First day kerja. Tak sangka pula aku dapat majikan yang paling famous macam tu.

Aku tak kisah kalau aku kena jaga keselamatan Tan Sri. Yang jadi masalah sekarang, aku kena jaga anak dia. What the heck nak kena jaga perempuan tu?

Perempuan? Pftt.. Dengar istilah tu pun kau boleh tau macam mana perangai seorang makhluk yang complicated tu.

Kalau boleh, aku nak clients aku semua lelaki. Tak susah nak jaga apa. Aku boleh buat diorang macam member aku je. Lagipun lelaki takde mood swing macam perempuan.

Hah. Kalau nak cerita pasal perempuan ni, sampai tahun depan pun tak habis. Dah la. Lebih baik aku bersiap sebelum aku lambat datang kerja.

*-*-*-
Em.. Hari ni nak buat apa pulak eh? Kalau semalam dah lepak dengan Afie, takkan la hari ni pun nak lepak dengan dia lagi.

Malas la nak ganggu dia bekerja. Walaupun kedai tu kedai bapak dia tapi dia tetap tak boleh suka-suka hati nak ponteng kerja kan.

Hanny mengikat rambut lurusnya yang separas bahu kepada gaya pony tail . Baru sejuk sikit leher ni. Kalau tak rimas je.

Iphonenya dicapai dari atas meja dan terus mengatur langkah ke tingkat bawah. Lapar la pula.

Tudung saji dibuka. Nasib baik ayah ada buat roti bakar. Dua keping pun jadi la. Asalkan perut aku berisi.

Selesai makan, Hanny memasang televisyen. Entah cerita apa entah. Terus tutup tv. Bosannya!

Hanny dah terbaring atas karpet berbulu di ruang tamu. Bergolek ke kiri, ke kanan, ke kiri dan ke kanan. Masih sama. Bosan.

Tak boleh jadi ni. Aku kena fikir juga perancangan untuk hari ni. Em..

Sedang aku mengelamun, tiba-tiba terasa sakit di dahiku .

"Aduh.. "

Terus aku menghadap ke belakang. Hud, satu-satunya abang yang dia ada, tengah sedap gelakkan dia. Kurang asam jawa punya abang.

Laju je tangan Hanny hinggap pada bahu Hud. Haa.. Mula lah meraung sakit.

"Aduh.. Duh ..sorry adik. Abang bergurau je."

Terus terlepas jari Hanny dari bahu Hud. Agak merah la. Dah tu. Sape suruh cari pasal.

"Alah.. Orang bergurau je pun tak boleh ke? Sakit tau tak. "

Hud mengusap bahunya sambil membuat muka kesian. Alahai abang aku yang sorang ni. Dah tua bangka pun perangai still macam kanak-kanak ribena.

Aku mengusap kesan cubitan aku tadi. Terus terukir senyuman di wajah Hud.

"Dah ok dah ke? " tanya Hanny.

Hud yang masih tersenyum cuma mengangguk. Tapi dibalas jelingan dari Hanny.

"Mengada lah abang ni. Dari dulu sampai sekarang manja. Sepatutnya adik yang manja dengan abang. Haish. Patutlah abang tak kahwin lagi. Asyik nak manja dengan adik je. Cuba kalau abang tak... "

Terus mulut Hanny ditekup.

"Woah. Chill. Adik ni dah kenapa membebel macam nenek. Look. Kalau ada jodoh abang nikah juga. Kalau boleh nak nikah dengan orang macam adik. "

Kepala aku diusap. Aku tersenyum.

"Tak bosan ke asyik jumpa dengan orang macam adik je?"

Kata Hanny sambil kakinya diatur menuju ke arah dapur. Nak buatkan minuman untuk Hud dan dirinya sendiri. Hud pun ikut sekali.

"Kalau dah sayang, mana ada perasaan bosan . Kan adik kan. "

Hanya mampu sengih. Kalau dengan Hud, bibir aku ni memang tak boleh berhenti senyum. Sebab Hud ni manja yang amat. Kadang-kadang aku rasa Hud ni dah tersalah pilih tahun untuk lahir kot. Sepatutnya aku lahir dulu. Kehkehkeh..

Kedua-duanya bergerak ke meja pula. Perut dah macam buat konsert.

"Abang tak kerja ke hari ni? Nampak relaks semacam je. "

Hud hanya menggeleng. Fokusnya hanya pada makanan. Huhuhu roti ada dua je. Mesti abang bantai habis roti tu. Habis aku nak makan apa? Aku ni mana boleh tak makan. Nanti lapar. Dah la ada gastric . Mau merananya aku nanti. Mana aku nak cekau makanan?

"Hoi! Berangan. Makan la tu. Adik ingat abang nak habiskan ke? Dah. Makan. Tak elok termenung depan rezeki.

Terus roti tadi disumbat ke dalam mulut Hanny.

Selesai makan, masing-masing bawa haluan sendiri. Hud pun entah ke mana dia pergi.

Awal pagi lagi ni. Hm.. Pergi jogging dulu la. Taman bandar, tempat favourite  aku setiap kali nak buat aktiviti. Tak ada la special mana tempat tu. Cuma sebab ramai orang, aku rasa selamat. Bodyguard? Biaq pi dia la. Malas aku nak bagitau dia mana aku pergi.

*-*-*-
Sampai je, terus aku warm up. Dalam 5 minit, aku dah mula slow jog. Tak ramai hari ni . Mungkin sebab awal pagi lagi kot.

Tudung, awal-awal lagi aku dah masukkan dalam sweater. Ye lah. Nanti tak pasal-pasal tudung aku terlibas orang belakang. Orang kata tak payah nak berjanam janam sangat la kan.

Lama juga aku jog. Nak dekat 3 pusingan dah. Fuh. Tak sangka. Biasanya tak ada la serajin ni .

Tapi hari ni rasa lain macam sikit. Rasa macam ada orang ikut aku. Tiba-tiba rasa macam satu taman ni ada orang jahat. Huhu.. Perasaan je tu.

Makin laju langkah aku. Dah tak ada gaya jogging dah haa. Dah macam nak buat marathon pun ada.

Tiba-tiba terasa perut aku menyengat. Langkah makin perlahan. Mula-mula aku tak layan sangat rasa sakit tu and just keep on jogging.

Tapi makin senak perut ni. Terus aku terduduk kat tepi trek. Perut aku tekan. Senaknya..

"Adik ok? Macam sakit je. Nak akak tolong? "

Hanny mengangkat kepalanya menghadap seorang wanita bertudung di depan. Terus dia menggeleng. Malas la nak menyusahkan orang. Kakak menghadiahkan senyuman sebelum pergi.

Ya Allah sakitnya! Gastrik la ni.

"Eh. Kau kenapa ni?"

Suara tu.

Hanny cuma duduk sambil menekan perut. Tak layan dah soalan tadi.

"Weh. Ok tak ni? Kau kenapa? Sakit perut?" Izz tanya lagi.

Geram juga bila soalannya tak berjawab. Tapi kurang sikit geramnya bila nampak Hanny mengangguk kepalanya.

"Jom balik lah. Kau boleh jalan tak?"

Hanny mengangguk kemudian menggeleng.

"Hish! Cakap betul-betullah. Boleh jalan ke tak? Kalau tak boleh aku nak tolong ni. "

Laju je Hanny mengangguk. Tak nak la aku Izz ni sentuh aku walaupun berlapik. Hey hey. Pantang tau orang yang bukan muhrim sentuh aku.

Perlahan-lahan Hanny bangun. Langkah diatur di belakang Izz. Berjalan pun dah macam zombi tak cukup makan. Lambat kemain.

Dah masuk kereta porsche milik Izz, terus Izz pandu tanpa banyak cakap.

"Sakit lagi? Nak pergi klinik? "

Hanny menggeleng. Suasana kembali krik krik. Dengan radionya tak dipasang. Kereta selesa dah. Cuma penyeri je tak ada. Kalau orang yang dah nikah, penyeri nya anak-anak la. Tak gitu? Hehehe..

Izz tak terus balik rumah, dia singgah kedai makan dan membeli nasi lemak. Masuk je kereta, Hanny dah pandang dia pelik.

"Aku tau kau gastrik. So, aku beli ni. Nasi lemak. Kita makan sama-sama."

Lagi pelik Hanny pandang. Makan sama-sama?

"Apa? Aku pun tak makan lagi kot. Kau nak aku kebulur? "

Dah puas dengan jawapan, Hanny terus tutup mata. Tak larat. Dah dapat naik kereta mahal macam ni, apa salahnya kita uji mimpi  kan. Peluang bukan selalu datang. Hehehe

BODYGUARDWhere stories live. Discover now