PART 29

653 44 10
                                    

Izz's pov

Aku terbaring di atas katil menanti Hanny yang sedang bersiap di dalam bilik air. Kalau orang perempuan bersiap tahu jelah lama mana. Aku ni pun kira beruntung Hanny ni bukan jenis perempuan yang suka pakai mekap. Kalau tak memang sempat laa aku nak tidur dulu, mimpi kena kejar hantu, bangun, tidur balik mimpi dapat anak haa. Bersyukur juga laa ni.

"Honey dah ke belum?" Aku bersuara, bosan menunggu. 

Kepala aku alaskan dengan lengan aku yang tak berapa nak sasa ni. Mata tepat merenung siling. Sambil-sambil tu otak ligat memikirkan perancangan untuk petang ni.

Jam di tangan kiri aku kerling sekilas. Dah pukul 5 ni sempat ke nak melencong pergi mana-mana. Bunyi pintu bilik air yang dibuka membuatkan aku terus bangun dari katil. Excited nak luangkan masa ni.

"Dah? Okay jom." Tanpa menunggu jawapan dari Hanny, tangannya yang masih lagi sedang membetulkan shawl aku tarik sehingga menyebabkan tubuhnya terdorong ke hadapan.

Aku dengar Hanny berdecit tapi tak aku endahkan. Kalau aku tak tarik ni sampai malam karang pun tak sempat nak pergi keluar jalan-jalan.

"Alaa abang sekejap laa. Tudung tak betul lagi ni." Hanny merungut sambil mengatur langkah ke hadapan cermin yang terletak di meja bersolek yang telah disediakan. 

Giliran aku pula berdecit. Aku memusingkan tubuh menghadap Hanny yang sedang tekun membetulkan tudung. Sesekali bibirnya terjuih ketika melipat bahagian tepi tudung. Tak lama lepas tu tangannya naik membetulkan lilitan bahagian atas tudung pula.

Aku tergelak melihat perbuatan Hanny yang pada pandangan aku tersangatlah comel.

"Dah laa tu. Dah cukup cantik dah pun haa. Tak payah laa melawa sangat. Nanti orang lain terpikat dah satu hal pula abang nak kena rebut awak. Jom." Aku menyandarkan tubuh pada dinding sebelum tangan kanan aku hulurkan pada Hanny untuk disambut.

Hanny memusingkan tubuhnya menghadap aku pula. Tangan yang aku hulurkan dipandang sepi sebelum bibirnya memuncung. Dia menggeleng pantas. Dahi aku dah berkerut seribu. Dah kenapa pula ni?

"Abang.." Hanny memanggil aku manja. Bibirnya masih memuncung.

Dada aku bergetar hebat mendengar suara manjanya memanggil aku. Aku cuba sabarkan rasa yang menyelinap di hati. Kalau diikutkan rasa hati ada yang tak keluar dari bilik sampai esok karang.

Aku tenangkan hati sebelum melangkah ke arah beg pakaian aku yang bersaiz sederhana itu dan mengeluarkan topi yang sentiasa aku bawa ke mana sahaja. Aku mendekati Hanny yang sedang memandang aku pelik. Topi tadi aku sarungkan ke kepalanya, menutup bahagian atas tudungnya.

"Ambillah topi abang ni. Abang kasi peluang sayang pakai hari ni. Jarang tau abang izinkan orang lain pakai topi kesayangan abang ni. Kiranya awak ni lucky person laa." Melihat senyuman Hanny yang tiba-tiba terukir membuatkan aku tersenyum bangga. Bangga kerana aku mampu membuat dia tersenyum.

Hanny pandang semula cermin untuk mengemaskan pemakaiannya. Aku hanya memerhatikan gerakannya.

Baju t-shirt berbelang hitam putih dipasangkan bersama sehelai jeans hitam dan shawl hitam sangat menarik pada pandangan aku. Bagi lelaki lain mungkin dia orang lebih ke arah wanita yang berpakaian lebih elegant dan lebih cantik. Mungkin sekadar ingin menayang kepada orang lain bahawa perempuan cantik yang sedang berjalan dengan mereka tu milik mereka.

Tapi bagi aku, aku suka yang macam ni. Simple. Aku suka Hanny aku yang sangat simple. Aku tersenyum tanpa aku sedari.

"Antara topi dan saya yang mana abang lagi sayang?" Suara Hanny menghentikan lamunan aku.

Wajahnya yang ceria aku tatap dalam dalam. Matanya bersinar bagaikan mengharap jawapan aku untuk soalan dia tadi ialah aku sayang dia lebih dari topi. 

"Hm.." Aku menyilangkan tangan di dada sebelum tangan kanan aku naik memegang dagu seolah-olah sedang berfikir. Dahi aku berkerut. Sambil itu mata aku memandang topi dan wajah Hanny silih-berganti.

Wajah Hanny masih menunjukkan pengharapan. Haih comel betul laa dia ni. Setelah beberapa lama aku mendiamkan diri sambil membelek topi dan wajahnya, aku tersenyum sinis. Aku mendekatkan bibirku ke telinganya. Aku agak je kedudukan telinga dia di mana.

"Of course laa abang sayang topi abang sangat sangat. Dari dulu topi ni ada dengan abang. Susah senang sama-sama. Menangis ketawa pun sama-sama." Sengaja aku bersikap dramatik.

Hanny pandang muka aku tak puas hati. Dada aku ditolak menjauhi dirinya sebelum dia mengatur langkah laju ke arah pintu.

"Hahaha sayang. Marah ke?" Aku perhatikan langkahnya yg laju keluar dari bilik. Sempat aku menangkap perkataan 'tak' yang meluncur keluar dari mulutnya.

"Yang! Sampai hati tinggalkan abang. Abang gurau je baby!" Aku jerit dari dalam bilik, risau Hanny yang dah pun berada diluar tu tak dengar.

"Eee tak payah baby baby sangat laa! Tadi kata dah lambat! Jom laa. Saya ubah fikiran karang haa!" Giliran Hanny pula terjerit dari luar.

Aku capai wallet dan telefon bimbit aku sebelum aku bergerak ke arah beg pakaian dan mengeluarkan Terzuola Survival Rescue knife sepanjang 234.95 mm dan masukkan ke dalam poket jacket sebagai langkah berjaga-jaga.

Aku melangkah keluar untuk memujuk Hanny tapi malangnya Hanny dah pergi dulu.

"Hehe merajuk lattew." Kata aku pada diri sendiri sebelum menutup pintu bilik dan terus turun ke bawah.

BODYGUARDWhere stories live. Discover now