Hud's pov
Aku cuba untuk membuka mata apabila terdengar pintu bilik kurungan aku dibuka. Bunyi suara menyapa telinga aku.
Aku angkat kepala perlahan-lahan memandang ke arah pintu dan cahaya dari luar bilik yang sangat terang menyengat mata aku. Kepala yang masih terasa berat semakin sakit.
Aku pejam mata rapat-rapat sebelum kembali mencelik. Walaupun masih terasa silau tapi lebih baik berbanding tadi.
Anak mata aku tepat memandang wajah wanita yang baru saja melangkah masuk menerusi pintu. Dia memegang dulang yang aku agak berisi makanan. Dalam beberapa hari aku di sini memang itu saja laa kerja dia. Datang untuk membawa makanan atau kadang-kadang dia curi-curi datang ke sini untuk melepaskan ikatan tangan dan kaki aku dan berikan sejadah. Aku bersyukur sebab masih dapat tunaikan tanggungjawab pada-Nya.
Sepatutnya aku boleh ambil peluang tu untuk lari dari sini tapi tak boleh. Dengan keadaan badan aku yang lemah, luka sana sini, pengawal mengacukan senjata pada aku walaupun aku sedang solat menyebabkan aku pasrah. Memang dah tak boleh nak buat apa.
Sejurus wajahnya menyapa pandangan aku merentap tangan aku yang bergari pada katil. Rusuk kanan aku yang aku agak dah patah akibat dibelasah terasa sakit namun tak aku hiraukan. Rasa marah dan kecewa bercampur dalam hati aku.
Ya. Kecewa dan marah pada wanita yang kini sedang melutut di depan aku. Dulang diletakkan ke bawah dan dia duduk bersimpuh sebelum mengangkat semangkuk bubur dari dulang. Aku perhatikan setiap geraknya dengan pandangan yang tajam. Mata yang penuh dengan rasa marah. Rasa kecewa aku sorok dalam hati.
"Makan sikit awak. Dah berapa hari awak tak makan." Dia menyua sesudu bubur ke bibir aku. Wajah aku sikit pun tak dipandang.
Aku tidak bergerak walaupun sikit. Mata masih terkunci pada wajahnya. Wajah yang dulunya mampu membuatkan aku angau. Wajah yang mampu menggetarkan jiwa aku. Wajah yang membuatkan tidur aku tak lena. Tapi saat ini wajah ini yang aku tatap dengan penuh kebencian. Seakan akan nak diterkam terus ketika ini. Tapi apalah daya aku.
"Buka laa mulut tu awak. Kalau awak tak makan nanti sakit. Saya tak nak awak sakit." Sudu tadi masih disuakan ke mulut aku.
"Kau kisah apa aku sakit ke tak? Apa yang kau buat ni, kau fikir aku tak sakit? Hati aku ni. Kau ingat tak sakit?!" Herdik aku lantang. Bergema suara aku di segenap ruang bilik.
Wanita tadi tersentak. Riak wajahnya berubah sedih. Buat pertama kalinya sejak dia melangkah masuk ke dalam bilik ini dia memandang tepat wajah aku dengan mata yang berair. Heh ingat aku nak beli ke drama murahan dia ni?
"S-saya minta maaf. Saya bukan.."
"Eh tak gunalah nak minta maaf, Adlin. Kau dah heret aku sampai sini, dah belasah aku sampai macam ni sekali, kau hancurkan hati aku lumat-lumat lepas tu kau minta maaf? Bullshit!" Aku ludah ke lantai terasa jijik mendengar kata maaf dari Adlin, kekasih aku yang pernah berjanji susah senang sama-sama.
Dada aku berombak menahan amarah, nafas aku menjadi tak teratur. Pandangan aku lagi sekali menikam wajahnya. Jelas di mata aku beberapa mutiara jernih gugur dari kelopak matanya. Kalau dulu mungkin aku akan menjadi lembut setiap kali mutiara itu gugur tapi bukan kali ni. Aku berhak nak marah, berhak nak kecewa!
"Kenapa Adlin? Kenapa buat semua ni?" Aku terus bersuara apabila Adlin cuma mendiamkan diri. Suara aku seakan-akan terdesak.
"Apa salah saya? Saya sayang awak, awak tau tak? Apa yang awak buat ni.. Saya kecewa." Dua perkataan itu cukup untuk membuatkan anak mata terarah pada wajah aku.
Tipu lah kalau aku kata aku tak sedih. Sebak hati bila orang yang kita sayang tikam belakang. Perit tu tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.
"Awak.. Saya betul-betul minta maaf. Sumpah saya tak berniat nak buat awak macam ni. Saya pun sayang awak. Saya sayangkan awak sangat." Adlin memandang aku dengan harapan aku maafkan dia.
Aku tersenyum sinis sebelum tertawa hanya untuk menutup rasa di hati.
"Sayang? Eh dah lah. Tak payah lah nak pura-pura sayang aku. Sakit tahu tak? Kau mana tahu rasa sakit yang aku rasa tu macam mana. Tolong lah jangan jadikan perkataan sayang tu murah. Mulut kau yang jadikan perkataan tu murah. So stop." Perlahan aku bertutur dan aku tak pasti sama ada sampai atau tak pada pendengarannya. Aku tunduk menekur lantai, tak mahu bertentang mata dengannya.
"Keluar lah. Tak ingin nak tengok muka kau dah. Tak perlu susahkan diri bawa makanan kalau akhirnya nasib aku masih sama. Pesan pada bos kau tu bunuhlah aku terus. Tak perlu kot nak seksa aku dah. Aku pun dah muak nak tengok muka iblis-iblis macam kau orang ni! Bunuh je lah aku." Aku menjeling Adlin.
Perlahan-lahan dia mengangkat dulang yang dibawa masuk tadi. Esakannya masih jelas di telinga aku. Pandai betul berlakon. Agaknya kalau masuk pertandingan dapat award kot.
"Not so fast dear." Satu suara lembut menjengah telinga aku.
Refleks menyebabkan mata aku terus terarah pada pintu. Seorang wanita bertudung masuk bersama dua orang pengawal.
Bibirnya mengukir senyum. Dia melangkah ke arah Adlin kemudian tubuh kecil itu dipeluk. Aku hairan.
"Aw adik. Are you crying? Simpan lah dulu air mata tu untuk majlis tahlil Hud nanti." Wanita tadi tertawa puas sebelum menolak tubuh Adlin kasar.
Dia mengatur langkah ke arah aku. Wajahnya masih tersenyum. Aku mengetap gigi, terasa tegang wajah aku tika ini. Bahang amarah membara dalam hati aku. Kalau boleh aku koyakkan bibirnya, dah lama aku buat. Senyumannya itu cukup membuatkan hati aku semakin membara.
Tangannya disua dihadapan salah seorang pengawal seolah-olah meminta sesuatu. Pengawal itu menyeluk sarung dibahagian pinggang kanannya. Sepucuk pistol Barretta model 90 menyapa pandangan aku. Walaupun kecil tetap membuatkan badan aku menggeletar ketakutan. Aku cuba menahan rasa takut supaya tak terlalu jelas di matanya tapi aku gagal. Badan aku menggeletar teruk. Wanita tadi mengacukan muncung pistol tersebut tepat di dahi aku
"Kau yang nak mati tadi kan? Kau dah puas hidup? Aku baru je nak enjoy seksa badan kau. Hm." Dia mencebik sedih.
Otak aku tak mampu fikirkan apa-apa bila sepucuk pistol dihalakan pada aku. Yang aku tahu apa nak jadi, jadi lah. Salah aku juga mulut terlalu celupar minta yang bukan bukan. Nasi dah jadi bubur.
Kini satu badan aku menjadi sejuk. Mata aku tak lari dari memandang jarinya yang perlahan-lahan menarik picu.
Bangg!!
*-*-*-*-
Watak Adlin tu dah lama hilang kan? Syok sangat duk buat watak Izz dgn Hanny sampai lupa watak lain😅. Ada lagi watak yang dilupakan sebenarnya. Kalau korang tak ingat Adlin pernah muncul kat mana, pergi tengok part 9. Kejap je dia muncul haa. Enjoy gais!😣
YOU ARE READING
BODYGUARD
RomanceBukanlah kehidupan namanya kalau tiada cabaran. Walau apa pun taraf kehidupan, sentiasa ada rintangan. Dan bagi gadis muda yang masih mentah dia sudah kehilangan segalanya dalam hidup. "Aku rasakan dah cukup banyak aku kehilangan orang yang aku saya...