Dah 3 minggu ayah tinggalkan aku dan abang Hud. Rindu? Gila lah kalau aku cakap yang aku tak rindu. Ayah.. Penjaga aku sejak dari kecil hinggalah aku dewasa. Walaupun ayah seorang ahli corporate, ayah tak pernah abaikan aku dan abang Hud. Selalu dia cuba cari masa untuk bersama-sama kami kat rumah ataupun bawa pergi jalan-jalan. Mana ibu aku? Huh. Malas aku nak cerita pasal dia. Buat sakit hati aku.
Hanny berjalan perlahan di sekitar track jogging yang agak tersorok. Nak tenangkan diri, tempat-tempat macam ni je yang dia cari. Huh..
Tiba-tiba tangannya direntap dari belakang. Belum sempat dia nak pusing, mulutnya ditekup dengan kain.
Sesak nafas. Hanny meronta-ronta dengan harapan dapat melonggarkan pelukan dan terus melarikan diri. Tapi hampeh. Makin lama badannya terasa lemah.
Hanny kuat Hanny. Tak ada siapa boleh tolong kau sekarang ni. Hanya kau yang boleh tolong diri sendiri. Kau mesti lawan!
Kaki orang dibelakangnya dipijak namun tak terkesan walau sikit pun. Yelah. Apalah sangat kekuatan dia nak dibandingkan dengan lelaki ni. Badan Hanny semakin lemah. Tapi tetap digagahkan.
Dush! Pelukan dan tekupan pada Hanny terlerai. Dengar macam ada orang tumbuk lelaki ni tadi. Siapa?
Walaupun dalam keadaan separuh sedar, matanya tetap mencari wajah yang baru je menyelamatkannya. Abang..
Pandangannya terus kelam.
0_0_0_
"Saya minta maaf encik Hud. Saya tak perasan pula Hanny terus hilang selepas melawat kubur Tan Sri tadi. Saya terlalu leka. Saya minta maaf."
Kepala Izz menunduk sedikit sebagai tanda hormat. Walaupun Tan Sri Muzakir dah meninggal, Hud tetap juga perlu Izz hormat sebagai anak majikannya.
Bahu Izz ditepuk.
"It's okay la Izz. Bukan salah kau pun. And one more thing, kau boleh panggil aku Hud je. Layan aku macam member kau. Rasa macam tak best pula kau panggil aku encik Hud. Aku tak kahwin lagi la. "
Mereka tersenyum dan Izz mengangguk faham.
Kalau dah itu yang Hud nak, aku ikutkan je. Tapi tetap hormat aku tak akan hilang.
"Tadi jumpa Hanny kat mana eh Hud?"
Panggilan dah berubah. Izz cuba untuk sesuaikan diri.
"Aku jumpa dia kat jogging track biasa yang dia selalu pergi tu. Mungkin dia masih rindukan arwah ayah. Yelah. Anak mana yang tak rindukan penjaga. Tambah pula Hanny tu memang rapat dengan ayah sejak kecil. Kalau terpisah lama sikit je mula lah nak risau lah, nak rindu lah. Hanny.. Manja dia hanya dengan ayah. Tapi tak tahu lah kalau one day ada lelaki lain yang berjaya buat dia manja macam mana dia manja dengan ayah. Maybe soon."
Izz cuma mengangguk. Penjaga diorang ni memang Tan Sri je ke? Puan Srinya mana? Tak pernah nampak pun. Malas lah aku nak tanya. Nanti karang dicopnya penyibuk.
"Tapi kan.. "
Bila dah dengar ayat tergantung Hud, terus wajah Izz terangkat. Tepat memandang wajah Hud yang agak serius.
"Tadi masa aku sampai, ada orang cuba nak culik Hanny. Setahu aku, dah lama sangat dah family kami ni tak diganggu orang lain sebab bodyguard keliling pinggang. Ayah pula. Polis kata ayah ni dah masuk kes langgar lari."
Memang. Tan Sri Muzakir dilanggar kereta range rover hitam. Dah langgar, terus pecut. Tak guna punya manusia!
Pihak polis cuba nak buat pengesahan wajah pemandu melalui kamera CCTV tapi agak susah sebab cermin kereta tu di tinted. Gelap sangat dan ianya menyalahi undang-undang. Huh.. Kalau dah penjahat, buat apa pun memang tak elok.
Bila difikir-fikir semula pasal kejadian tu, memang rasa nak marah. Marah kat diri sendiri sebab tak menjalankan tugas sebagai bodyguard. Walaupun tugasnya bukanlah menjaga Tan Sri Muzakir tapi Tan Sri juga merupakan tanggungjawabnya juga. Rasa nak marah juga dengan penyangak bahlul yang langgar Tan Sri tu. Kalau aku jumpa dia, memang makan penumbuk sulung aku.
"Izz rasa.. Orang yang nak culik Hanny dan orang yang langgar ayah tu orang yang sama ke?"
Izz teragak -agak nak jawab. Takut nanti jadi fitnah. Saja-saja dapat dosa.
"Kita tak boleh nak buat andaian. Tapi kalau Hud nak, kita berdua boleh siasat sendiri tanpa libatkan polis. Kita biar polis siasat hal Tan Sri. Kita siasat orang yang nak culik Hanny. Untung-untung dapat kita tangkap dan mana tau orang yang sama langgar Tan Sri kan. "
Laju Hud mengangguk setuju. Belum sempat dia meneruskan percakapan, Hanny mencelah.
"Abang.. Adik dahaga. "
Kata Hanny dari arah pintu bilik. Tak tunggu lama, Hud terus bangun dan bergerak ke dapur. Dia datang semula dengan segelas air masak.
"Meh sini. Duduk dengan kami. "
Perlahan Hanny bergerak menuju Hud dan Izz di sofa. Tempat di sebelah Hud diambil dan terus kepalanya diletakkan dibahu Hud. Lengan Hud dipeluk.
"Adik bukannya dahagakan air. Adik dahagakan kasih sayang abang. Hahaha.. Aduh. "
Tengah sedap-sedap ketawakan Hud yang dah berkerut muka, tiba-tiba kepala rasa berdenyut. Hud meletakkan air tadi di atas meja kemudian terus mengurut kepala Hanny.
"Ha tu lah. Main-main lagi. Abang hempuk juga karang. "
Dalam sakit-sakit pun Hanny sempat gelakkan Hud lagi.
"Eh.. Izz kau tolong hempuk minah ni. Otak dia dah tak centre agaknya. Biul kejap. "
Mata Hanny menjegil Izz sebagai amaran don't-you-dare. Izz pula dah tayang muka ada-aku-kisah.
"No hal lah. Aku boleh tolong. Takut-takut nanti kita penat nak layan orang gila. "
Bantal kecil diambil dan dibaling ke arah Hanny. Tapi bukannya Hanny seorang yang kena. Dah memang Hud pun duduk agak rapat dengan Hanny. So dengan Hud sekali kena.
"Woi. Yang gila tu adik aku je. Yang kau hempuk aku tu dah kenapa? "
Bantal tadi dibaling semula kepada Izz dan disambut baik.
"Sebab abang pun sama gila. "
"Sebab kau pun sama gila. "
Serentak Hanny dan Izz bercakap. Ayat yang sama pula tu. Cuma yang beza, panggilan je.
Izz pandang Hanny. Hanny pandang Hud pula. Lepas tu terus.."HAHAHAHAHA"
Bergema ruang tamu dengan gelak tawa mereka je. Sampai Hanny pun dah lupa sakit kepalanya tadi.
Fuh.. Duduk kat rumah ni 3 orang je. Tapi dia punya riuh macam ada satu family besar datang je.
Tanpa mereka sedar, dari luar rumah mereka diperhatikan. Sebenarnya, dari tadi diperhatikan. Sejak Hud dan Hanny di jogging track lagi.
"Enjoy your life today. Because there will be no happiness for you in the future. I'll make you suffer. "
'Dia' tersenyum sinis sebelum menghidupkan engine kereta dan terus pergi.
YOU ARE READING
BODYGUARD
RomanceBukanlah kehidupan namanya kalau tiada cabaran. Walau apa pun taraf kehidupan, sentiasa ada rintangan. Dan bagi gadis muda yang masih mentah dia sudah kehilangan segalanya dalam hidup. "Aku rasakan dah cukup banyak aku kehilangan orang yang aku saya...