Aksara 13

66 4 1
                                    

Aku perkenalkan diri aku . Nama aku Farhan . Panggil je aku " Han " . Aku menetap kat rumah sewa bersama 4 orang lagi kawan aku iaitu Faris , Idham , Amir dan Hafiz . Kami belajar di sekitar Kedah , Darul Aman .

Umur aku dan housemates aku tak jauh beza pun . Sebabtu kami boleh ' get along ' dan sekepala .

Aku dan Faris : 20 Tahun
Idham dan Amir : 21 Tahun
Hafiz : 18 Tahun

maknanya Hafiz adalah junior kami tapi dia ni agak pendiam sikit orangnya . Dia tak macam kami yang mulut nya boleh tahan riuh .

Macam biasa , jadual masing2 free setiap hari jumaat , sabtu dan ahad . 3 hari dalan seminggu kami takde class . So malam tu kami lepak kat ruang tamu sambil makan . Mujurlah idham keluar tadi pi tapau makanan untuk keluarga dia dalam rumah ni .

" Korang . aku bosan . Asyik mereput je kat rumah . macam takde life je " - Aku

" Haha . aku pun rasa macamtu . Kau ada idea nak gi mana mana ke ? " - Idham

" Aku rasa macam nak gi mandi sungai je . Lama dah tak merasa air terjun ni . peghh " - Faris

" Okay gak tu . boleh kita beli bahan mentah untuk buat barbeque . Makan kat situ mesti best sambil tengok keindahan alam yang memukau pandangab mata , bersama angin yang sepoi sepoi bahasa " - Amir berpuitis seraya ketawa

Aku menggeleng kepala dengan keletah Amir

Sementara itu ..

" Eh kejap . Hafiz mana ? dari tadi tak nampak dia " - Amir

" A'ah la . baru aku perasan . aku ingat dia ada kat sini tadi " - Idham

" bukan dia dalam rumah ke tadi ? bila dia keluar ? budak tu pun satu , keluar bukan nak bagitau ,buat orang risau je " - Aku

" Dah dah . jom cari dia . " - Faris ..

Kami masing-masing berpecah mencari Hafiz dalam rumah teres dua tingkat yg kami duduk ni . Langsung tak nampak kelibat Hafiz. Tak pernah pernah Hafiz balik lewat macamni . Hampir jam 12 malam ni .

' Ah . lantak dia la ' .

malam tu , kami tidur tanpa Hafiz.

Jam 3 pagi..

Faris bangun untuk ke tandas dan dia ternampak kelibat Hafiz di dapur .

" Eh Fiz . masak apa ni pagi pagi buta? pergi mana tadi ? " - Faris

" Tadi aku keluar kejap . sorry la . Aku lapar . tu aku masak . kau nak ? " - Hafiz

" Kau masak apa? boleh gak . aku pun lapar ni " - Faris

Hafiz tersenyum..

Aku terjaga jam 3:30 pagi . Aku terdengar suara orang bercakap di dapur . Rupanya Faris . Laa budak ni buat apa kat dapur .

Aku tersentak. " Fa...fa..ris dengan sape tu ? "
di mata aku , aku nampak seseorang berkapan duduk di hadapan Faris yang sedang makan .

Eh kejap. Faris makan apa tu?

Aku menggosok mata aku agar pandangan aku lebih jelas . Dari celah selimut ,aku memerhati . Mee ke tu?

' Biarlah dia makan tapi siapa kat depan dia tu? '

Keesokan paginya . Aku ke dapur dan aku terbau sesuatu yg sangat busuk .

" Weh bau apa busuk sangat ni ha? Ada orang tak jirus jamban ke ? " - Idham yang agak baran lantang bersuara

" Jap . aku nak check la ni " - Aku

Faris dan Amir turut mengikuti aku ke dapur untuk cari punca bau busuk tu .

A Letter From AksaraWhere stories live. Discover now