Aksara 20

43 1 0
                                    

Aku mungkin tampak muslimah pada matamu.
Tapi tidak bermakna aku benar-benar solehah.

10012017 * 22:30
Perpustakaan Negeri Kelantan

Sahabatku,

Aku mungkin tampak bersungguh-sungguh mengejar mujahadah.
Tapi tidak bermakna aku mampu mengekalkan istiqamah.

Aku mungkin tampak seakan-akan bidadari Jannah.
Tapi tidak bermakna aku benar-benar menurut syariah.

Kerana aku yang kau lihat hanyalah sekadar pandangan.
Bukan sebenar-benar kenyataan.

Aku yang kau lihat hanyalah insan yang lemah.
Bukan segagah bekalan kudrah.

Aku perlukan pimpinan.
Bukan sindiran.
Aku perlukan pautan.
Bukan kayu yang berjatuhan.
Aku perlukan dorongan.
Bukan perlian yang menyatakan simpati dari apa-apa yang ku tuliskan.

Dan jangan pernah anggap aku solehah atas asbab aku selalu berbincang berkaitan ilmiah.

Bantu aku.
Kerana aku masih rapuh.

......

Illy menggenggam surat yang usang itu.

Setelah sedemikian lama Illy selesai membacanya.

Hanya menunggu kedatangan Alya ke situ.

A Letter From AksaraWhere stories live. Discover now