The End

75 4 2
                                    

Imbas kembali

17012021 * 13:00

Selepas Aksara menerima panggilan daripada Idham dan mengetahui segala perancangan yang ingin dilakukan oleh Nabil , dia segera menghubungi Furqan.

Furqan ketika itu baru saja selesai membaca Al-Quran. Dia terus mendapat telefon yang berada di atas meja belajar.

Apabila melihat nama yang dipaparkan di skrin telefonnya, dia terus mengangkat panggilan tersebut.

"Nampaknya ada kecemasan."
ujarnya dalam hati.

"Assalammualaikum...Furqan. Buat masa terdekat nie, Furqan jangan ke mana-mana. Duduk je kat rumah. Bukan apa, akak risaukan keselamatan Furqan.
Tindakan Nabil kini semakin pantas mencari kelibat Furqan untuk dijadikan mangsa seterusnya."

kata Aksara dengan panjang lebarnya.

"Akak cuma tak nak kehilangan Furqan seperti akak kehilangan Shar dan Hafiz."

"Akak dah anggap Furqan sebagai adik akak sendiri."

Suara Aksara semakin lama semakin perlahan.

Furqan terdiam.

Dia teringat kembali perbualannya dengan panggilan misteri  semalam.

"Kau mesti datang walau apa pun berlaku terhadap diri kau.Kalau tak, kau tahu kan , apa yang aku akan lakukan kat Aksara, Illy dan Alya. Ala...macam nasib abang kau tuh...."

Nama-nama yang disebut oleh panggilan misteri itu menjadikan degupan jantung Furqan semakin laju.

" Kau sememangnya tiada pilihan Furqan... TIADA PILIHAN!!! Dan kau kena ingat nama aku , aku NABIL....

Tuttt ...tuttt...
Panggilan telefon tersebut terputus ,

tanpa sempat Furqan menanyakan sebarang soalan.

...

"Aku mesti berkorban untuk keselamatan mereka."
Luah Furqan.

Furqan kehairanan... "kenapa aku masih dapat hirup udara ciptaan Allah nie?" tanyanya dalam hati.

"Kau dah siap ke belum?" tanya Furqan kepada Nabil.

Tetapi matanya masih lagi tertutup.

"Jap...kenapa dengan kuasa aku nie?"kata hati Nabil kehairanan.

Tindakan Nabil terhenti membuatkan Furqan membuka matanya perlahan-lahan.

Dilihat wajah kecewa Nabil.

Namun begitu, Nabil meneruskan usahanya yang tergendala tadi .

Nabil kehairanan.

Usahanya tidak berhasil.

"Aku...aku...hilang sixth sensens aku...? tapi kenapa aku dan bukannya kau???"
Kata Nabil sambil melihat kedua-dua tapak tangannya.

Mukanya pucat serta-merta.

"Kau tak tahu ke???" tiba-tiba muncul Aksara, Illy dan Alya
dengan senyuman yang terukir indah.

Suara para pengunjung mulai riuh-rendah seperti ada sesuatu yang sedang berlaku ketika itu.

"Kau tengok tuh..."
Kata Alya kepada Nabil sambil menunjukkan kejadian gerhana matahari yang sedang berlaku saat itu.

Mereka semua terpegun melihat keindahan ciptaan Allah SWT termasuklah ...

Nabil yang masih lagi kehairanan.

"Kenapa...
.
Mengapa ...
.
Bagaimana ...
.
Bila ..."

???

Dia teringat akan pesanan terakhir yang cuba disampaikan oleh Hafiz dahulu kala tetapi dihiraukan olehnya.

"Kau perlu tahu bahawa ketika gerhana matahari berlaku, tidak bererti  matahari tiada, tetapi tersembunyi disebalik bulan."

|| H A F I Z ||

Rupa-rupanya dia juga terlupa yang sebenarnya, jika dia gunakan kelebihan yang terdapat pada dirinya ketika gerhana matahari hari berlaku , kuasanya akan lenyap serta-merta.

Tiba-tiba terdapat suatu suara yang berbisik di telinganya.

Nabil memusingkan kepalanya 360°tetapi dia tidak mendapati mana-mana kelibat di sekelilingnya.

Kehairanannya semakin bertambah.

"Hidup ini akan lebih bererti, pabila Tuhan tersemat di hati..."

Nabil terus beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah.

Dia menekupkan muka dengan tangannya apabila menyedari bahawa air mata mengalir deras di pipi.....

Dari kejauhan, Idham tersenyum kepuasan.

"Alhamdulillah Ya Allah, Engkau kabulkan doaku..."

Idham berkata-kata dalam hati.

               🍃THE END🍃

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 14, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

A Letter From AksaraWhere stories live. Discover now