21022021 * 09:00
*Tanah Perkuburan Islam*Keesokkan harinya, pada waktu pagi yang indah,
ditambah lagi dengan kehadiran matahari yang menyinari hari,
Furqan dan ibubapanya telah sampai ke tanah perkuburan,
dimana Hafiz dikuburkan.
Usai Furqan turun dari kereta,
dia berlari anak menuju ke kubur arwah abangnya, Hafiz.Surah Yassin yang berada ditangan digenggamnya erat.
"Furqan... hati-hati, nanti terjatuh..." pesan ibu.
Ibubapa Furqan sudah terbiasa dengan kelakuan Furqan setiap kali datang ke situ.
Perangainya tidak ubah semenjak pertama kali mereka membawa Furqan ketika dia berumur 3 tahun , iaitu pada 2 tahun yang lepas.
Mereka juga sebenarnya berasa kesal kerana sejak akhir-akhir ini, kesibukan mereka dengan kerjaya menyebabkan masa yang diluangkan kepada anak tunggalnya, Furqan amat sedikit.
Furqan sering ditinggalkan bersama Nek Mah iaitu jiran mereka.
Walau bagaimanapun, mereka tidak perlu risau akan keselamatan Furqan kerana Nek Mah sememangnya orang yang dipercayai.
Usai mereka membaca Surah Yassin, tiba masanya untuk mendoakan si mati.
Furqan menadah tangan untuk mengaminkan doa.
"Abang...hari ini ialah hari penentuan bagi segala-galanya,
In Shaa Allah, semuanya akan dipermudahkan oleh-Nya."
Furqan berkata-kata dalam doa.Furqan kini menuju ke kereta untuk pulang, kakinya bagai tidak berdaya meninggalkan tanah perkuburan tersebut.
"Furqan... terima...kasih...kerana ...sentiasa...ingat...abang..."
Tetapi langkahnya terhenti dek kerana terdengar suara yang mendayu-dayu dari arah yang tidak diketahuinya.
Furqan terdiam sejenak, dia mengamati suara tersebut. Dia amat pasti bahawa pemilik suara tadi ialah abangnya, Hafiz.
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT."
Furqan hanya membalasnya dengan sekuntum senyuman.
Kemudian meneruskan langkahnya yang tergendala tadi.
Keretanya kini bergerak meninggalkan tanah perkuburan tersebut.
Dia perlu pantas, agar dirinya tidak ketinggalan dalam sebuah perjuangan.
YOU ARE READING
A Letter From Aksara
Mystery / ThrillerDia diam . Aku tanya kenapa . dia tersenyum . "Tak ada apa apa" . tapi hakikat aku tahu dalam DIA hancur . " Hati. " ************* "Hafiz , aku terpaksa ambil nyawa kau." Nabil hanya selamba memberitahu Hafiz tentang perkara sebenarnya pada hari per...