"Ayah, boleh berhenti kat Padang Kota Lama? Furqan dah janji ngan kawan nak jumpa kat sana...." tanya Furqan kepada ayah.
Tempat itu sudah banyak kali dikunjungi oleh keluarganya setiap kali hari cuti minggu.
Bagi Furqan, tempat itu merupakan tempat kedua untuk menenangkan fikirannya .
Tetapi kedatangannya kali ini ke Padang Kota Lama bukannya untuk menenangkan fikiran, tetapi untuk membongkarkan segala tanda tanya yang menghantui diri.
Setelah sampai ke destinasi, Furqan turun dari kereta selepas bersalaman dengan kedua-dua ibubapanya.
"Ibu...ayah...Furqan minta maaf dan halalkan makan minum Furqan yer?" ujar Furqan kepada mereka.
"Furqan kenapa tiba-tiba jer...nie?" tanya ibu. Ibubapa Furqan saling berpandangan dan kemudiannya mengalihkan semula pandangan mereka kepada Furqan.
Mereka kehairanan.
Furqan kemudian tersenyum.
Tetapi dalam hatinya terasa sangat pedih.
"Tak de ...pape lah ibu...ayah...
sekali sekala apa salahnya kan?" balas Furqan."Maafkan kami jugak, eah...sebab selalu sibuk..."
Entah mengapa rasa sebak hadir tanpa dipinta secara tiba-tiba berada dalam hati kedua-dua ibubapa Furqan.
Furqan terus tersenyum lalu melambai-lambaikan tangannya takkala kereta itu meluncur laju meninggalkan Padang Kota Lama.
...
"Dah sampai pun kau..."
tegur seorang pemuda a.k.a Nabil .Pada hari itu, pakaian yang dikenakan oleh mereka berdua sama iaitu hoodie tetapi warna yang berbeza.
Nabil mengenakan hoodie berwarna hitam manakala warna merah menjadi pilihan Furqan.
"Cam ne hidup kau...oke..." tanya Nabil tetapi segera dipintas oleh Furqan.
"Okey...hidup aku memang bahagia pun.." pintas Furqan.
"Kau...amacam hidup?terlajak happy sampai lupa orang sekeliling???"
sambung Furqan lagi tetapi dalam nada sinis.
"Perangai kau tak ubah macam abang kau ,tak sangka lak aku."
kata Nabil kemudian dia duduk di tempat duduk yang disediakan di situ.
"Aku ingatkan, kalau mampuslah si Hafiz tuh... kau pun turut sama gak..."
Sindir Nabil tanpa, mempedulikan Furqan yang baru berusia setahun jagung itu.
Furqan tak cepat melatah... dia terus tersenyum.
"Alahhh... macamlah kau tak tahu cam ne perangai abang kau dulu... takkan mak bapak kau tak citer kot...perangai si Hafiz tuh sebijik macam...."
"Cukup... aku datang sini bukan untuk bukak buku lama. Tapi untuk selesaikan benda nie sekarang jugak." sekali lagi Furqan memintas percakapan Nabil.
"Aku pun tak nak tunggu lama. Baguslah kalau kau dah bersedia."
ujar Nabil lalu membetulkan rambutnya yang ditiup oleh angin."Nampaknya masa yang di nanti-nantikan sudah tiba." kata Furqan tetapi di dalam hati.
Tangan Furqan disilangkan oleh Nabil. Itu satu-satunya cara bagi mengambil alih kuasa Furqan lalu melenyapkannya daripada terus bernyawa di atas muka bumi ini.
Furqan tidak gentar. Dia tahu Allah SWT ialah sebaik-baik perancang.
Dia menutupkan mata .
Dengan tenangnya , dia mengucap dua kalimah syahadah.
Dia terimbas kembali perbualannya dengan Aksara.
YOU ARE READING
A Letter From Aksara
Mystery / ThrillerDia diam . Aku tanya kenapa . dia tersenyum . "Tak ada apa apa" . tapi hakikat aku tahu dalam DIA hancur . " Hati. " ************* "Hafiz , aku terpaksa ambil nyawa kau." Nabil hanya selamba memberitahu Hafiz tentang perkara sebenarnya pada hari per...