Aksara 41

37 1 0
                                    


#Continued
#Nur Aksara 41

perlakuannya itu terbantut akibat terdapat sepucuk surat yang diterbangkan oleh angin yang kencang,

lalu memasuki bilik tidurnya melalui pintu tadi.

Tanpa membuang masa, dia terus gagahi diri untuk melihat siapakah 'gerangan' yang berada di beranda tersebut,

disebabkan oleh angin yang bertiup terlalu kencang,

pintu tersebut tertutup sendiri.

"Aku dapat rasakan ada seseorang di luar sana..."

"Dan hanya menunggu aku untuk mengambil surat tadi..."

Furqan tidak menghiraukan 'gerangan' yang berada diluar sana.

Dia sudah lali dengan semua perkara yang berlaku tadi.

Sememangnya sebelum ini, dia banyak menerima surat melalui hantaran yang misteri.

Surat tadi kini berada di dalam genggamannya.

Hanya menunggu untuk dibaca.

Dia membuka surat itu  dan terus membaca isi kandungan surat tersebut.

Surat 5,

Neon neon indah
Hiasi hibuk kota
Candu malam ini
Rasuk garit pilu.

Pada siapa siapa
Pada dia mereka
Pada alam rimba
Pada jumantara setia
Pada bundar rembulan
Pada cerah mentari
Pada kerlip bintang
Ku bentang hampar
Sebuah jelas perasaan
Yang tak tergambar
Pada indah lukisan
Pada bait tulisan
Pada petah bicara.

Kerana hati merasa
Kerana jiwa berkelana
Kerana dia
Kerana mereka
Kerana siapa siapa
Yang hadir
Menghantar pilu cuma.

Potret janji
Retak seribu.

|| S I A P A ||






Siapa , eah?
Anything leave you comment.

A Letter From AksaraWhere stories live. Discover now