Aksara 45

34 1 0
                                    

Pada hari yang sama, usai Nabil membaca surat tersebut,

dia tersenyum dan senyumannya menampakkan ketamakannya,

yang diimpikannya selama ini,

akhirnya akan menjadi miliknya suatu ketika nanti.

Walaupun cara tidak mengizinkannya berbuat demikian,

dia sedari dirinya telah tersasar jauh dari pegangan agama.

"Korang mungkin terlepas, tetapi tidak pada pandangan 'benda lain'."

Pada saat itu, bukan hatinya yang berkata-kata tetapi EGO.

Yang sekian lama menguasai diri.
...

Usai solat, Idham 21 thn menghubungi Aksara.

Idham menceritakan segala-galanya tentang  perancangan Nabil.

Idham sebenarnya  ialah sepupu Aksara.

Nabil pula tidak mengetahui bahawa Aksara ialah sepupunya,

kerana setahu Nabil, dia mengenali Idham sejak kecil lagi ,

sewaktu mereka ditempatkan di Rumah Anak-anak Yatim Jalinan Kasih.

Ketika Idham berusia 13 tahun manakala Nabil , 18 tahun.

Mereka ditempatkan di SMK Muhammadi ,

sekolah yang terkenal dengan peraturannya yang  ketat,

dikenakan kepada para pelajar yang menuntut ilmu di sana.

sekolah ini banyak melahirkan para pelajar yang berakhlak mulia.

Mereka bersekolah di sekolah yang sama sehingalah berlakunya perselisihan faham.

Imbas kembali
28052013 * 09:00
*SMK Muhammadi Maher*

Nabil amat dikenali oleh para guru dan pelajar di sana.

Hal ini demikian kerana, dia amat dikenali dengan perilakunya yang warak.

Sehinggakan pelajar lelaki yang lain amat mencemburuinya.

Nabil dalam perjalanan untuk pergi ke tandas.

Idham tidak dapat menemaninya kerana dikehendaki menghantar rekod kehadiran para pelajar di pejabat.

Untuk ke tandas, Nabil terpaksa melalui sebuah pondok yang usang dan tidak berpenghuni.

Dalam perjalanan melalui pondok tadi,

dia terdengar sesuatu.

"Seperti suara manusia."

Dengan sifat ingin tahu, dia mengintai dari tingkap pondok tersebut.

Dia ternampak  seorang pelajar lelaki yang memonteng kelas sedang menghisap rokok dan benda najis yang lain.

"Astagfirullahaladzim..."
Nabil mengucap kecil.

"Aku mesti laporkan perkara ini." katanya.

Dengan perlahannya, dia melangkah dengan penuh berhati-hati agar jejak kakinya tidak didengari oleh pelajar tadi.

'Krekkkk...'
Tetapi malangnya, dia terpijak ranting kayu yang reput.

Dia terkejut,

seorang pelajar lelaki menariknya dari arah belakang .

"Kau nak pergi mane, ah?"

"Nak laporkan kat Abi , kenapa ?
anta takut ke?"

"Tak lah, aku cuma nak pesan yang, lain kali jangan masuk campur urusan orang lain."

Hafiz a.k.a. pelajar lelaki tadi menamatkan perbualan mereka dengan memukul Nabil dari arah belakang,

menyebabkan Nabil terpengsan di situ.

Suatu suara yang berbisik di telinga, menyerunya melakukan perkara yang jahat.

"Lagipun aku memang tak suka kau ada kat sekolah nie,
semenjak ada kau kat sini,
Abi dan Umi pandang aku sebelah mata.
Sedangkan kau baru je masuk kat sekolah nie.
Aku kat sini, semenjak berusia setahun jagung lagi.
Kau punca aku buat semua perkara terkutuk nie.
Kau nak tau kenapa?
Sebab kau lah, dodol...."

Hafiz bercakap dengan Nabil walaupun dia mengetahui yang Nabil telah pengsan.

A Letter From AksaraWhere stories live. Discover now