Aksara 46

30 1 0
                                    

Nabil dijumpai pengsan di dalam pondok usang tersebut bersama dengan benda najis yang lain oleh para pelajar dan  guru.

Tanpa sebarang perbicaraan, Walid a.k.a Guru Besar sekolah terpaksa mengeluarkan Nabil dari sekolah tersebut.

Atas alasan hanya ingin menjaga nama baik sekolah.

Nabil kecewa.

Dia juga telah dikeluarkan dari Rumah Anak-anak Yatim Jalinan Kasih tanpa sebarang sebab.

"Nabil, kau kena ingat yang aku percayakan kau. Kau tak buat semua benda tuh ,kan? Aku harap kau tabah.Ini semua dugaan... setiap dugaan ada hikmahnya..."
Kata Idham kepada Nabil.

Nabil sudah dianggapnya sebagai abang.

"Bro Idham, aku harap kau pun tidak keseorangan jika aku pergi tinggalkan kau.
Mungkin disebabkan oleh aku, kau dipinggirkan oleh orang ramai."

Balas Nabil.

Entah mengapa semenjak hari itu, Nabil memanggil Idham  dengan panggilan bro Idham, sedangkan Idham 4 tahun lagi muda daripadanya.

Sejak hari tu, Idham tidak pernah bertemu dengan Nabil sehinggalah sekarang.

Pada tahun 2021.

Pada hari pertama pertemuannya dengan Nabil ,
Idham amat terkejut kerana perubahan Nabil yang sangat ketara.

Nabil yang dikenalinya dahulu seorang yang ceria ,
kini menyendiri.

Pakaiannya juga bertukar 360° darjah daripada berjubah  putih iaitu ,

kepada berhoodie serba hitam.

A Letter From AksaraWhere stories live. Discover now