24052019 * 19:50
Bukit Bendera, Pulau Pinang."Assalammualaikum, Kak Aksara ... Lamanya tak bertemu."
Kata Illy dan Alya serentak.
"Waalaikumsalam, wah dah besar panjang kamu berdua nie."
Mereka amat mengenali Aksara semenjak Aksara menyelamatkan Alya dan Illy daripada dilanggar oleh sebuah kereta.
Sebenarnya Aksara telah mengetahui tentang perkara yang akan berlaku terhadap Alya dan Illy melalui mimpi yang selalu dialami olehnya beberapa hari yang lepas.
Dia tidak mahu kehilangan mereka berdua seperti kehilangan Shar dan Hafiz.
Kalaulah masa lampau dapat diputarkan, sememangnya dia mahu menyelamatkan insan sepertinya ,
tetapi...
pada masa tu, dia masih keliru,
adakah ini mimpi atau realiti.
Lagipun dia memang mempercayai Alya dan Illy.
Sudah dianggap mereka berdua seperti adik-beradiknya.
Tidak hairanlah jika dia mengalami mimpi,
dia tidak teragak-agak untuk memberitahu mereka.
YOU ARE READING
A Letter From Aksara
Mystery / ThrillerDia diam . Aku tanya kenapa . dia tersenyum . "Tak ada apa apa" . tapi hakikat aku tahu dalam DIA hancur . " Hati. " ************* "Hafiz , aku terpaksa ambil nyawa kau." Nabil hanya selamba memberitahu Hafiz tentang perkara sebenarnya pada hari per...