Aksara 43

34 1 0
                                    

dengan penuh pengharapan.

'Ayah aku dalam perjalanan, sempatkah aku?
Tapi kenapa mereka pilih aku?
Sempat lagi kot.'

Kata hati Furqan.

"Boleh... "
Balas Furqan.

"Ok, jom kita pergi kat tempat duduk sana"
Kata Alya sambil jarinya menunjukkan suatu tempat duduk di bawah sebuah pokok yang rimbun.

Kini tibalah masa untuk mereka bertanding.

Aksara menjadi pesaing kepada Furqan.

Manakala, Alya dan Illy sebagai pemerhati terhadap persaingan mereka.

'Wow...hebatnya akak nie, tak terlintas lak aku teknik yang dia guna dalam permainan nie hebat kot.'

Kata hati Furqan.

Furqan semakin gelisah kerana persaingan semakin sengit.

Akhirnya...

Aksara memenangi pertandingan kecil ini.

Furqan tergamam.

Diperhati perlakuan tiga orang remaja perempuan tadi.

Dia baru teringat yang tiga orang remaja perempuan ini pernah muncul dalam hampir setiap mimpi yang dialaminya.

Sehingga menimbulkan persoalan yang memerlukan sebuah jawapan yang lengkap.

"Siapa akak bertiga nie?"
Tanya Furqan dengan penuh tanda tanya.

Aksara, Alya dan Illy hanya tersenyum.

"Sebenarnya kitaorang...."
Balas Illy tetapi tidak lengkap.

"Korang jom kita tinggalkan tempat nie, aku rasa sesuatu."
Sambungnya lagi.

Wajah Illy menjadi pucat.

Jawapannya tergantung .

Furqan kehairanan.

Tanpa membuang masa, Alya dan Aksara pergi meninggalkan mereka.

'Kenapa tiba-tiba nie?'

Furqan juga turut menuruti mereka walaupun fikirannya dibelenggu dengan pelbagai persoalan.

Mereka menuju ke tempat menunggu bas yang berada di depan sekolah,

tetapi jauh dari pokok yang rimbun tadi.

"Apa yang kau nampak tadi, tetiba jer, terkejut aku dibuatnya." kata Alya.

"Jap, biar akak teka,
Illy nampak benda tu, kan ?"
kata Aksara pula.

"Ha'ah , akak dah boleh nampak ke?" Illy kehairanan.

"Tak lah , akak ada termimpi tentang perkara ini.
Jadi tak hairanlah kita dah jumpa 'insan' seperti kita, kan."

Jawab Aksara lalu memandang Furqan dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan oleh Furqan.

Persoalan yang timbul dibenak fikirannya  akhirnya terjawab tetapi masih tidak lengkap.

"Boleh tak terangkan perkara sebenar..."
Furqan kesempitan masa kerana dia dapat rasakan bahawa ayahnya akan tiba bila-bila masa untuk mengambilnya.

Aksara nampak keresahan yang dialami oleh Furqan yang berusia setahun jagung itu.

Sikap Furqan yang lebih matang berbanding budak-budak yang seusianya menjadikan mereka berasa senang dengan sikapnya.

Tanpa membuang masa, Aksara, Alya disertai Illy menceritakan segalanya dari A hingga Z.

Pada hari itu, hampir segala persoalan yang membelenggu dirinya terjawab,

tetapi tidak semua.

Justeru, hari itu juga merupakan perkenalan kepada Furqan tentang segala-galanya.

A Letter From AksaraWhere stories live. Discover now