20022021* 17:00
*Rumah Furqan*Hari menunjukkan hampir senja.
Perkenalan singkat Furqan saban hari,
mengubah segala-galanya.
Tadi, dia menerima panggilan daripada Aksara tentang rancangan mereka untuk menamatkan segala kejadian misteri yang menyelubungi diri.
"Esok?mampukah aku?"
"Aku redha dengan ketentuan Ilahi , kerana aku tahu ada hikmahnya"Furqan termenung seketika di beranda bilik.
"Ayah ...."
Dia baru teringat , dia sudah berjanji untuk menemani ayahnya ke masjid yang berada tidak jauh dari rumahnya .
Dia pun segera bersiap untuk solat berjemaah.
.....Dalam perjalanan pulang dari masjid,
ditemani bunyi-bunyian serangga kecil beserta pemandangan malam.
Membuatkan hati Furqan tenang.
Disertai angin sepoi-sepoi bahasa, lalu dia mendepakan kedua-dua belah tangan.
Kebetulan ayahnya yang berada di tepi Furqan,
tercuit hati dengan gelagat kecil anaknya.
Dia teringat akan arwah anak sulungnya, Hafiz.
Punca kematian anak sulungnya masih lagi tidak diketahui.
Sampailah sekarang.
Sehinggakan penyiasat yang handal juga tidak mengetahui apakah penyebab kematian itu.
"Haaaaaa....."
Keluh kecil ayahnya."Furqan, sibuk tak esok?"
Ayahnya memulakan perbualan."Kenapa ayah?"
Tanya Furqan."Esok, mak dengan ayah hendak pergi ziarah kubur Hafiz, nak ikut tak?"
Kata ayah dengan penuh pengharapan, dia tahu Furqan amat merindui abangnya, Hafiz.
Furqan terdiam sejenak,
dia memikirkan sesuatu."Sempatkah aku?"
Dia bertanya."Furqan nak ikut ayah."
Jawabnya."Tapi jangan lama sangat sebab Furqan ada hal.Furqan rindu sangat kat Hafiz."
Kata Furqan."Kalau Furqan pergi kat sana, dapatlah Furqan doa kat abang banyak-banyak.Walaupun Furqan tau yang doa nie, boleh minta kat mana-mana saja kita pergi, tapi Furqan nak abang Hafiz dengar doa Furqan..."
"Abang dengar , kan ayah?"
Sambungannya lagi.Tanpa disedari air matanya mengalir dengan deras.
Suaranya semakin lama semakin perlahan.
Ayah menyedari perubahan perilaku anaknya segera memeluk tubuh kecil Furqan .
"Furqan....tabahlah nak..."
"Ayah... Furqan tau ayah sangat rindukan Hafiz. Furqan amat mengagumi ayah sebab ayah dapat menahan kesedihan yang selama ini menyelubungi diri ayah. Ayah... Furqan tau. Dan Furqan dapat rasakan ...ayah..."
Kata Furqan tetapi dalam hati.
YOU ARE READING
A Letter From Aksara
Mystery / ThrillerDia diam . Aku tanya kenapa . dia tersenyum . "Tak ada apa apa" . tapi hakikat aku tahu dalam DIA hancur . " Hati. " ************* "Hafiz , aku terpaksa ambil nyawa kau." Nabil hanya selamba memberitahu Hafiz tentang perkara sebenarnya pada hari per...