I R I S A
"okey dik, spill it out now." arah irfan. aku hanya memandang selamba wajahnya yang menagih sesuatu dari aku. aku hulurkan bekas berjenama tupperware yang di dalamnya berisi biskut coklat cip kepada irfan.
"chill dulu." kataku sambil mengunyah biskut. aku lap tepi mulutku yang sedikit comot kerana lebihan cip yang tersembur ketika aku bercakap.
aku tumbuk lembut bahu irfan apabila memandang adam yang menutup mulutnya kerana menahan tawa. " pfftt selekeh betul kau ni, iris " usiknya.
namun tangannya tetap menyeluk ke dalam bekas biskut lalu disuakan biskut yang diambilnya ke dalam mulut. " kau nak suruh aku cerita apa actually? " aku menyoalnya.
irfan terdiam seketika. " cerita apa jadi kat times square? " balasnya kembali. " aku syak kau terjumpa seseorang yang kau kenal? " sambungnya lagi.
kini, aku pula mendiamkan diri.
flashbacks
13 februari 2015, tarikh dimana aku dan dia buat pertama kalinya berjumpa. aku tersenyum sambil ibu jariku mengusap perlahan gambar polaroid seseorang.
" baby? what are you doing here alone? " seseorang menyapa aku dari arah belakang. aku menoleh memandang wajah kacaknya yang sedang tersenyum.
dia memutarkan fidget spinner di tangannya. " jom keluar petang ni nak? " soalnya. aku mengangguk perlahan mengiakan. " saya follow je " kataku.
dia pantas menarik tanganku agar bangun. kemudiannya tanganku dipautkan bersama tangannya. dia sekali lagi tersenyum memandangku.
tapi entah mengapa aku rasakan seperti sesuatu yang tidak baik sudah berlaku apabila aku memandang matanya yang redup. namun, perasaan itu aku cepat cepat tepis.
" shah, kita nak pergi mana ni? " aku selitkan beberapa helaian rambut yang terjuntai ke belakang telinga. shah pula hanya bersiul membiarkan soalanku terawang-awang di udara.
" shahhhh " seruku dengan nada suara meleret. " iyeee " shah menyahut dengan nada suara yang sama. " nak pergi manaa? " soalku lagi.
shah meletakkan jari telunjuk kanannya di bibir. " shhh diam je. akuㅡno i mean, saya tak culik awak pun, sayang " pujuknya sambil tangan shah mengusap pipi kiriku.
aku menggumam. " whatever " lalu aku lantas berjalan pergi meninggalkan shah yang terjerit-jerit memanggil nama aku. yelah aku tahulah nama aku ni terlalu fab sampaikan dia pun nak teriak nama aku kuat-kuat kat public adoi lah jantan ni, buat malu aku jelah.
aku menepuk dahi sambil berjalan, memandang selautan manusia yang sedang bergembira dengan aktiviti masing-masing sementara aku pula seperti loner yang kehausan kasih sayang hmzz.
" sayang! awak ni, tunggulah saya hmph! " kata shah, tercungap-cungap mengambil nafas setelah berlari mengejar aku dari belakang. aku hanya tersenyum memandang wajah kacak shah.
" tadi kata nak suprisekan saya, hah mana suprise awaknya? wah, dah pandai fakehope sekarang eh? " aku menyoalnya dengan nada seakan-akan marah, walaupun hakikatnya aku tidak marah langsung pada shah. duh, siapa je sanggup nak marah jantan ni heks.
shah mencebikkan bibirnya. " dah tak nak suprise awak dah hmph! nak merajuk dengan awak! " kata shah lalu memeluk tubuhnya. aku pula tergelak melihat perangai gedik shah yang mula terserlah. haih lah shah, nasib aku sayang kau tau!
end of flashbacks
" oi lembab! kau dengar tak apa aku cakap tadi? aish ni lah perempuan nowadays, bila orang mengelamun, dia magho. bila dia berangan, nak marah pun tak boleh " bebel irfan seorang diri, menyentakkan aku dari lamunan sebentar tadi.
aku menepuk kuat belakang kepalanya. " apa bodoh ke kau ni? nanti aku cerita lah kat kau, okeng? dah lah! aku lapar, nak makan ciao dulu, papehal jangan roger " aku lantas meninggalkan adam di ruang tamu.
|||
S H A H
ish! tak mungkin lah betul apa yang aku nampak tadi? tak akan dia pindah melbourne? aku memusingkan pen di atas meja sambil menongkat dagu.
aku perhatikan saja lagak adam yang sedang bertungkus lumus menghabiskan kerja kursus yang cikgunya bagi. lol padan muka, syukur lah aku tak ambil subjek biologi hehegegege. musuh ketat paling hebat dalam senarai musuh aku; biologi hmph!
" woi gila, tolong ah aku ni " kata adam, sempat pula dia jentik dahi aku yang serba peloles tanpa jerawat hatta sebiji sekalipun. aku mendengus perlahan lalu menggosok dahi aku yang dijentik hariq tadi.
" kau nak apa? jangan minta tolong pasal biologi, please. awal awal aku dah surrender ah bro! " balasku sambil mengangkat kedua-dua belah tangan ke udara. menyerah kalah terlebih dahulu kepada subjek membunuh itu.
adam menggosok rambutnya kasar. harini dah berapa kali dia kusutkan je rambut, aku tahulah rambut putih dia nampak swag tapi dah macam atuk tua pulakㅡpfftt jangan kutuk member dalam diam, shah. tak baik, tak baik.
" yelah! at least, belikan aku chocolate ice cream waffle ah. aku lapar ni, dah banyak keluarkan idea untuk subjek ni. dah cepat pergi, shuh kau wahai hamba abdi " kata adam, membuat isyarat tangan menghalau kucing. aku hanya menunjukkan jari tengah kepadanya sebelum berlalu pergi.
demi member yang kelaparan, apa salahnya keluarkan duit sikit untuk dia kan? kang mampus kat public, siapa nak tanam? ish ish.
|||
to be continued
YOU ARE READING
OG | Sayang Awak
Teen Fictionㅡ andai aku diberikan dua pilihan, sama ada untuk memilih antara kau dan dia, aku pilih untuk hidup bersama dengan kau sampai bila-bila. status; on-going. a story made by @skidibangbang