I R I S A
" kau tahu kan aku dengan kau ni baru je kenal? dan kau nak aku kawan dengan kau? sorry but my momma said that i can't talk or even get to know to strangers. so bye bye and jangan tegur aku lepas ni, ya? pasal lipas itupun dah berlalu, anggap jelah ini.. " aku hulurkan kotak sederhana besar yang dibalutkan dengan pembalut hadiah bercorak geometri. " sebagai hadiah untuk balas jasa kau. "
adam hanya membiarkan hadiah itu tanpa mengambilnya. aku mendengus halus, dia nak terima ke tak nak. at least, bersyukur lah sikit aku ada hati nak keluarkan duit sikit untuk balas jasa dia hapuskan lipas durjana tu. sombong betul lah mamat ni.
" wehhhh, kau nak ke tidak hadiah ni? kalau tak nak takpe, aku letak je kat depan rumah kau nanti ya. sekurang-kurangnya terimalah pemberian khas daripada aku ni. tak baik tau tolak rezeki, wahai abang adam. " keluhku. eh wait, aku baru panggil dia abang ke tadi?
kelihatan wajah adam memerah sebelum dia cepat-cepat menghapuskan reaksinya sebentar tadi. oooOOHHH dia malu hehehe. comel pulak tengok lelaki blushing ni lagi-lagi si adam ni. nampak je sombong rupanya... " kau jangan nak fikir bukan-bukan, muka aku merah tadi sebab kat luar ni panas. kau tak mahu jemput aku masuk dalam ke? bahang sangat dah ni, berlecak ketiak aku. "
aku mengerutkan dahiku. " euww gross. hah sorry sorry, jemputlah masuk. " kesian pulak tengok peluh dia mengalir kat tepi dahi. mamat ni jenis tak tahan panas kot. " buat lah macam rumah sendiri dan jangan SESEKALI tutup pintu tu kalau tak mahu kahwin awal. " bebelku sambil menekan perkataan 'sesekali' sebagai tanda peringatan untuk adam.
adam sekadar menjeling. " tch, ingat aku nak sangat ke kahwin awal? lagi-lagi dengan kau? cita rasa aku lagi high okay dari kau, budak. " balasnya. ceit, berani dia panggil aku budak. dasar orang tua hMPH!
" fine! tunggu sekejap, aku buatkan air. "
" eh sekejap! " adam menghentikan langkah aku yang baru sahaja ingin ke dapur.
" apahal? " aku mengangkat kening.
" abang dan ayah kau mana? "
" oh, diorang berdua kerja... "
" okay! "
aku kembali memusingkan tubuhku lalu menuju ke dapur untuk menghidangkan air kepada adam. nampak tak elok lah kalau dia datang rumah tapi aku tak hidang apa-apa pulak untuk dia. aku mengambil dua gelas panjang di atas rak lalu mula membancuh air.
" nah, sorry lah air bujang je mampu. " kataku lalu meletakkan dulang di atas meja kopi.
" boleh lah air anggur ni daripada tak ada. aku dah macam ikan kat sini tunggu kau buat air. by the way, terima kasih. susah-susah je buat air, hidang bagai ni. " balasnya semula dengan nada yang perlahan.
aku tersengih. " tak apalah, aku dah biasa hidangkan air untuk tetamu ni. pasal awal tadi tu aku minta maaf ya? okay lah kita boleh kawan. apa salahnya, bukan? " aku menghulurkan tanganku ke arah adam.
dia termangu sebelum memandang tanganku dan wajahku berulang kali. " kau ni mengigau ke? kau setuju nak kawan dengan aku? " dia menghirup air di dalam gelas. aku perhatikan halkumnya bergerak-gerak ketika dia sedang menelan air. okay, this is weird.
kenapa pulak aku perhati anak jantan orang ni? creepy.
kemudian, adam mengelap bibirnya yang basah. " betul ni? "
aku tersentak dari terus memerhatikannya. kelam-kabut aku mengangguk.
dia tersenyum sinis. " kau tengok aku ke dari tadi? "
" mANA ADA! " dengan pantas, aku menafikannya lalu menunduk membiarkan rambut depanku menutup separa dari wajahku yang memerah.
kedengaran gelak tawa adam memecah suasana sepi di dalam rumah. " aduh, relaks lah. aku tak kisah pun kalau kau nak usha aku sekalipun, irisa... " dia menuturkan kata-katanya setelah puas mentertawakan aku.
cis!
" tak apalah... eh? "
jari-jemari adam mengalihkan helaian rambut yang terjuntai di wajahku dan menyelitkannya di belakang telinga aku. lalu, dia tersenyum. " kan cantik macam ni, aku suka. " pujinya.
nani the fUCC
" ahhh... okkkeeyyy. " aku tergagap-gagap menyusun kata apabila adam memerhatikan wajahku tanpa berkelip. aduhhh, mamat ni memang suka buat aku malu ke? " tak payah pandang aku macam tu, boleh tak? " balasku lalu menolak wajahnya ke tepi.
sempat juga aku menghembuskan nafas lega.
" kau tak suka aku pandang kau? " soalnya.
aku terdiam. " ya. aku rasa ada something kat muka aku kalau orang pandang lama-lama and confident level aku automatik menurun, sorry. aku betul-betul tak biasa. " ujarku.
" jangan risau, you are pretty just the way you are. "
jantung aku serentak berdegup kencang. " is that a compliment?? "
" i guess yes? "
aku tersenyum. " thanks. "
adam serta-merta bangun membuatkan aku terkejut. " aku kena pergi dah ni, nak jaga mak aku kat rumah. nanti kesian pulak bila dia bangun, tengok aku tak ada kat rumah. " katanya lalu melangkah ke luar rumah aku.
aku mengangguk perlahan. " baiklah.. kirim salam kat mak kau ya? lain kali aku pulak datang rumah kau eh? " aku mengenyitkan mata kiriku sambil memandang tepat ke wajah adam.
dia menunduk lalu menggelengkan kepalanya. " aish kau ni macam-macamlah. datanglah bila-bila masa kau nak, aku tak kisah. semoga jumpa lagi, kawan... " katanya dan melambaikan tangannya sebelum masuk ke dalam rumahnya.
hatiku berbunga dalam diam. " bye juga, kawan... "
|||
to be continued
YOU ARE READING
OG | Sayang Awak
Novela Juvenilㅡ andai aku diberikan dua pilihan, sama ada untuk memilih antara kau dan dia, aku pilih untuk hidup bersama dengan kau sampai bila-bila. status; on-going. a story made by @skidibangbang