14 - Sayang Awak

958 31 0
                                    

I R I S A

aku menghempaskan tubuhku di atas katil yang empuk lalu mendesah kuat. arghhh! akhirnya dapat juga aku balik selepas seharian menemani izati meronda kota melbourne. tak, tipu je tu. kami berdua cuma pergi menghabiskan masa bersama-sama sebelum berpisah mengikut haluan masing-masing. well, you know... girls stuff like shopping, gossips and blablabla.

tenonet net net

damn! siapa berani ganggu masa aku bersama cinta pertama aku ni?! aku mengeluh kuat sebelum memanjangkan tanganku untuk mengambil telefon pintarku di atas meja kecil yang terletak di tepi katil.

i swear kalau mesej tak penting, i'm gonna throw this damn phone away. aku menggerakkan ibu jariku menekan-nekan kata kekunci dan menyentuh ikon mesej. nama izati tertera di dalam inbox lalu aku membukanya.

pepijat messages you ;

girl, malam ni aku nak ajak keluar. prepare yourself, love!

dabeliutiyef?! aku menjerit kecil lalu menekan nombor izati sambil berjalan menuju ke almari baju. " wehhh! tadi kan dah keluar? apahal nak keluar lagi malam ni?! " kataku apabila suara izati kedengaran di dalam talian.

" rileks lahhh! bukan selalu aku ajak kau keluar kan. lagipun, aku nak spend time dengan kau sebelum aku pulang ke malaysia semula. " balasnya perlahan.

aku tersentak.

" dafuk? kau baru sampai and then nak balik malaysia semula? what the hell is going on? kenapa kau tak stay sini je terus weh... teman aku kat sini. " kataku dengan nada memujuk.

izati berdecit. " malas lah. nanti aku lupa diri pulak. "

" biadab kau perli aku. " balasku geram.

" hehehe, sorry. tapi, aku memang malas nak stay sini lama-lama. aku kan datang sini ikut daniel, so aku kenalah ikut dia jugak kalau dia nak balik malaysia. tak ada sebab aku nak tinggal sini. " ujarnya.

" dah macam suami isteri pulak, lahai. "

" well, kau hado? "

" fine fine! aku siap-siap nanti. " balasku segera.

" okay! nanti aku ambil kau. "

aku pun memutuskan talian seusai kami berdua habis berbual. aku mengeluarkan sehelai dress lengan panjang berwarna kuning yang bercorak polka dot pada bahagian pinggang serta hujung dress manakala aku memilih sepasang kasut boot bertumit tinggi yang berwarna coklat.

" haih, bosan betul tak ada abang adam lah. " keluhku lalu menyusun alat solek yang berselerak di atas meja. aku mengambil tuala sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.

tepat pukul 8, aku berdiri di hadapan cermin sebentar dan pantas mengambil tas tangan di atas katil lalu turun ke bawah. aku melihat afiq sedang berbual dengan izati sambil menunggu aku bersiap. lel, bukannya lama pun aku siap.

" seronok nampak? " perliku.

afiq tersenyum apabila memandangku. sejak aku dapat tahu dia simpan perasaan terhadap aku, aku terus rasa janggal nak berbual apatah lagi bermesra bersama dia seperti dahulu. ishhh! siapa je tak pelik bila adik sendiri, okay aku tambah adik 'angkat' minat kakak dia. walaupun ayah ambil afiq sewaktu umurnya sudah 14 tahun tapi aku tetap anggap dia macam adik kandung aku sendiri.

" hai afiya. " sapanya lalu menarik tanganku kemudiannya melangkah menuju ke tempat izati. aku lantas menarik tanganku kembali. " apani, mikha? " bisikku di telinga afiq namun dia hanya mengukirkan senyuman manis.

" salah ke nak manja dengan kakak sendiri? "

aku tercengang mendengar kata-katanya lalu menggeleng.

" akak kena pergi ni, jaga diri. " kataku, tidak membalas soalannya.

" akak pun jagalah diri jugak. mikha lepak rumah member je lepas ni. " balasnya menekan perkataan akak di hadapan. aku tak fahamlah apa yang dia nak sebenarnya. afiq dah banyak berubah setelah aku kantoi dengan dia pasal shah dahulu.

aku mengangguk lalu melangkah keluar membiarkan izati berbual dengan afiq. mereka berdua kelihatan rapat walaupun jarang sekali berjumpa. mungkin sebab izati selalu datang berkunjung ke rumah untuk lepak dengan aku kat malaysia, dari situlah dia kenal afiq.

aku rindu afiq mikhael yang dulu, yang selalu ceriakan aku waktu aku sedih, yang sentiasa ada dengan aku dikala aku susah dan senang, yang nasihatkan aku pasal shah, yang sanggup keluarkan duit untuk belanja aku makan bila aku merajuk, bersengkang mata teman aku tengok netflix sampai pagi dan sanggup pertahankan aku.

aku mengelap air jernih yang mengalir di pipi tanpa aku sedar sebelum izati masuk ke dalam kereta. dia memandang wajahku sekilas kemudian mula memandu. " ready to go, girl? " soalnya.

" yup. " aku membalas mengeluarkan bunyi 'pop' lalu menyimpan kembali telefon pintarku di dalam tas tangan setelah membalas mesej daripada irfan. katanya, setelah aku memastikan bahawa ayah bakal baik-baik sahaja di rumah memandangkan aku tak perlu risau sebab irfan pun ada untuk menjaganya.

|||

to be continued

OG | Sayang AwakWhere stories live. Discover now