dari jauh, irisa memerhatikan gerak-geri seseorang yang sedang berlari di central park. irisa mengecilkan matanya apabila dia tersedar akan wajah lelaki itu yang sangat pucat ketika berlari. dia ni dah lama sangat ke joging? hatinya mendesak agar irisa pergi ke arah dimana lelaki itu berada.
semakin langkahnya mendekati lelaki tak dikenali itu, irisa terkejut apabila mendapati bahawa lelaki itu sebenarnya shah. tetapi dia menapis perasaan bencinya lalu menegur bekas kekasihnya itu.
" shah, awak okay tak? eHHH! " sebelum dia ingin menyapa shah, lelaki itu hampir rebah. tangannya pantas memaut tubuh tegap lelaki itu dari jatuh menyembah rumput. " aㅡawak okay tak ni, shah?! " soalnya terkejut.
shah hanya tersenyum lemah memandang irisa. " saya okay je.. " balasnya lembut. matanya kian kabur akibat terlalu memaksa dirinya untuk berlari sedangkan dia tahu kesihatannya tidak elok pada waktu ini.
" sini, saya bawa awak pergi kereta. kita balik, ya? " soal irisa prihatin. dia berjalan sambil memaut lengan shah di sebelahnya. " muka awak pucat sangat ni! " katanya lagi. wajahnya yang cukup risau itu menyenangkan hati shah yang leka merenungnya tanpa disedari irisa.
" nak pergi klinik? " soal irisa ketika dia menghidupkan enjin kereta lelaki di sebelahnya. dia tidak usah risau dengan keretanya dan hanya menyuruh afiq sahaja yang datang mengambil keretanya nanti. dia mengerling shah di kerusi sebelah.
shah menggeleng sambil menutup wajahnya dengan lengan. dia tidak mahu irisa tahu tentang penyakitnya. cukuplah dia seorang sahaja yang tahu, dia tidak mahu irisa risau akan dirinya pula. " kita balik rumah saya je. " katanya.
" okay lah kalau itu yang awak nak. " ujar irisa ringkas, tidak memaksa lelaki itu. dia memberhentikan kereta di kedai runcit yang berdekatan. " saya pergi beli barang sekejap ya? " kata irisa lalu melangkah keluar.
shah menghantar irisa melalui ekor matanya. " aku minta maaf, awish. aku tak berniat nak tikam belakang kau tapi aku pun perlukan irisa di sisi aku. aku tahu aku pentingkan diri tapi aku kena utamakan keinginan aku juga. i need her more than you do, awish. " ujarnya seorang diri.
dia pantas menutup matanya kembali apabila irisa mendekati kereta. " saya hantar awak balik rumah, nanti awak rehat je tau. saya suruh adik saya je ambil saya nanti. yang penting, awak kena rest jugak. " bebelnya kepada shah.
shah meletuskan tawa kecil dari mulutnya. " kalau saya tak mahu rehat, macam mana? " soalnya mengusik. dia tergelak apabila melihat tangan irisa dikepalkan di hadapan wajahnya. " awak ni kenapa, sayang? " katanya menutup matanya kembali.
irisa tersentak apabila mendengar perkataan keramat itu keluar dari mulut shah. " tak perlu kot nak panggil saya sayang. better save it for someone else better than me. " balasnya perlahan lalu memfokuskan matanya memandang jalan.
sejurus itu, shah mengeluh perlahan. " what if i say that you are the one? you are the someone that i need in my life? what will you do? " soalnya bagaikan peluru berdas-das kepada gadis di sebelahnya.
irisa menjulingkan matanya. " don't talk nonsense, shah. you are sick as well as your mind, huh? tolong faham kisah kita dah lama tamat, when will you realize about that? " katanya secara jujur.
ya, memang dia dah tiada perasaan untuk diberikan kepada lelaki di sebelahnya. dia menolong lelaki itu pun atas dasar kasihan dan sebagai seorang kawan, tak akan dia mahu membiarkan lelaki itu terbaring tidak sedarkan diri di atas rumput di tengah-tengah central park itu? dia masih ada lagi hati perut untuk mempedulikan shah walaupun dia rasa menyampah untuk memandang lelaki itu.
YOU ARE READING
OG | Sayang Awak
Teen Fictionㅡ andai aku diberikan dua pilihan, sama ada untuk memilih antara kau dan dia, aku pilih untuk hidup bersama dengan kau sampai bila-bila. status; on-going. a story made by @skidibangbang