" muhammad adam darwish! i said sit! " arah tan sri haider, ayah kandung adam. urat-urat hijau kelihatan timbul pada wajahnya. dia kemudiannya mengurut pelipisnya untuk mengurangkan rasa kusut dalam mindanya.
adam mendengus kasar namun tetap melabuhkan punggungnya di atas sofa berdekatan ayahnya. " apa lagi yang ayah nak? tak cukup lagi ke buat drama yang ayah sakit, and then adam kelam-kabut beli tiket kat melbourne untuk balik ke sini sebab ayah. rupa-rupanya, tu semua lakonan semata. heh! " katanya.
akibat ayahnya, dia begitu cemas sehingga terlupa untuk memberitahu shah dan juga irisa bahawa dia tiada di melbourne untuk beberapa hari sehinggalah masalah antara dia dan ayahnya reda kembali, mungkin.
" awish, ayah buat semua tu sebab nak kamu balik sini je. kalau nak harapkan kamu, ayah dah tak ada baru kamu nak balik malaysia agaknya. lagipun, ayah ada beberapa perkara nak dibincangkan dengan kamu sebelum kamu balik melbourne. tak lama pun, nak. " ujar tan sri haider sambil memandang wajah anak lelaki tunggalnya.
tan sri haider tahu bahawa tujuan adam untuk mengikut shah ke melbourne dahulu atas sebab protes namun dia tidak mampu untuk menghalang adam dan membiarkan sahaja anak lelakinya itu terbang ke melbourne, mungkin juga suatu hari nanti hati anak lelakinya itu terbuka untuk meneruskan legasi turun-temurun keluarga mereka.
" ayah... ayah tahu kan awish memang tak mahu gantikan tempat ayah kat sini. kan uncle wafi ada, kenapa ayah tak pilih dia je untuk gantikan ayah? kenapa awish pulak yang kena? awish tak nak, ayah. " balas adam berjauh hati, kecewa dengan sikap pentingkan sendiri ayahnya.
dari dia kecil lagi, ayahnya tidak selalu meluangkan masa dengan adam dan lebih mementingkan kerjayanya untuk menjana lebih banyak wang untuk keluarganya sedangkan anak lelakinya itu kurang kasih-sayang seorang ayah. oleh itu, adam lebih rapat dengan ibunya di melbourne berbanding ayahnya kerana sikap ayahnya nan satu itu. ketika adam memerlukan ayahnya, ibunya yang sentiasa menggantikan tempat ayahnya.
" ayah tak percayakan dia. berbanding awish, kamu anak ayah. so, ayah lebih mahukan kamu untuk ambil alih tugas ayah bila tiba masa. susah ke kamu nak tunaikan permintaan ayah ni? ayah tak minta banyak pun dari kamu, awish. " kata tan sri haider sedikit mendesak.
bibir adam meletuskan tawa kecil. " pfft! ayah dah lah tak pernah ada bila awish perlukan ayah and then ayah nak awish ikut telunjuk ayah? bila awish nak ayah luangkan masa dengan keluarga kita, ada je alasan keluar dari mulut ayah. ya, awish tahu simbol kekeluargaan ni tak penting pun bagi ayah kan? yang penting, duit ada. " balasnya sinis.
tan sri haider menghentak meja kopi yang berada di hadapan mereka berdua. " don't you dare to talk to me like that, son. ayah tak nak bekukan akaun bank kamu dan tarik segala nikmat yang ayah berikan untuk kamu so just listen to my order. " ugutnya sambil mengangkat jari telunjuknya ke wajah adam.
" just like the old time. ayah memang suka ugut awish bila awish tak mahu ikut arahan ayah. okay fine! awish ikut apa je ayah nak unless ayah jangan kawal hidup awish, dengan siapa awish nak berkawan, dengan siapa awish nak berkahwin sebab apa? ayah tak ada hak langsung untuk masuk campur dalam kehidupan awish. " kata adam mengalah.
dia ikutkan sahaja kehendak ayahnya kerana jauh dalam sudut hatinya, dia sayang akan ayahnya walaupun ayahnya mempunyai sikap yang tidak elok. shah sentiasa menasihati adam agar tidak menyimpan rasa dendam terhadap ayah kandungnya sendiri kerana walau seteruk mana pun ayah adam, dia kena terima juga ayahnya. kalau bukan sebab ayahnya, dia dan ibunya tidak akan boleh hidup sesenang ni.
tan sri haider lantas mengukirkan senyuman kemenangan kerana terlalu mudah untuk menundukkan anak lelakinya itu. " bagus, awish. bukan susah pun permintaan ayah ni, bukan? ayah bagi kamu masa sehingga tahun depan untuk kamu persiapkan mental dan fizikal kamu. jangan risau, ayah akan panggil tutor untuk ajar kamu selok-belok tentang perniagaan. " katanya puas.
adam mengeluh lemah. " whatever you say, dad. "
|||
I R I S A
huh? adam tak ada kat sini? dia balik malaysia ke? kenapa tak bagitahu aku langsung? eh, kenapa pulak aku peduli pasal dia. kami berdua cuma sekadar kawan biasa yang baru sahaja ingin mengenali hati budi masing-masing dan tidak boleh lebih dari itu. aku tak suka dia, langsung tak ada secebis rasa pun untuk dia.
" iris? " suara seseorang menyedarkan aku dari terus tenggelam dalam lamunanku. aku lantas menjulingkan mataku ke atas. " apa lagi awak nak, shah? " soalku geram. dia ni tak puas-puas ke ganggu aku. eihhh, penat lah!
shah mengangkat tangannya mengalah. " eh, bukan bukan! saya cuma nak perkenalkan kawan-kawan saya. " katanya lalu menarik seorang lelaki yang ketinggiannya lebih kurang sama dan mempunyai rupa paras yang menarik. " kenalkan, ini farish. awak ingat lagi tak? " soal shah.
aku mengecilkan mataku cuba untuk mengenal pasti lelaki yang berdiri di hadapanku ini. mataku automatik membulat. " ehhh! kau ni bukan ke boyfriend izati?! what are you doing here anyway? " sapaku sedikit mesra. farish tersenyum lebar sebelum izati muncul dari belakangnya pula. shah ingin membuka mulut tetapi, " WEHHH BILA MASA KAU DATANG SINI???!! " soalku teruja apabila wajah izati menghiasi kornea mataku.
perempuan itu tersengih. " malam kelmarin aku dah sampai sini dengan daniel. i thought nak jumpa dengan kau semalam tapi memandangkan kau pun macam tak ada mood so aku biarkan kau. tak sangka pulak boleh terserempak kat sini. " balasnya sambil tersengih seusai sahaja memelukku.
" by the way, kau kenal shah? " soalnya terpinga-pinga lalu memandang aku dan juga shah berulang kali. aku terdiam dan memikirkan jika aku patut beritahu tentang shah ataupun tidak kepada izati tetapi aku buat keputusan untuk mendiamkan sahaja perkara itu.
aku menganggukkan kepala perlahan. " mestilah! dia kawan sekolah aku kat sini. eh, kau dah jumpa afiq? dia rindu gila dengan kau wehhh! " kataku, menepuk-nepuk lengan kiri izati. dia sekadar menggelengkan kepalanya sambil tersengih. " aku pun rindu dia juga... "
" eh, ingat sikit boyfriend awak kat sini! " pintas farish ketika dia mendengar luahan izati. aku mengukir senyuman sinis dan mencekak pinggangku di depan lelaki itu. " possesive much, farish? " soalku padanya.
dia hanya menggaru kepalanya manakala izati pula menumbuk lengan farish perlahan. ceh, manja betul! tiba-tiba teringat pulak adam, kenapa dia balik malaysia eh? kelam-kabut pulak tu sampai lupa nak bagitahu aku. mataku menjeling sekilas wajah shah yang sedang berdiri di sebelahku.
" shah, awak tahu tak kenapa adam tiba-tiba balik malaysia? "
dia menggelengkan kepalanya. " tak tahu pula. "
aku menghembuskan nafas perlahan. " okey... " tetapi hatiku tidak berasa senang seakan-akan sesuatu yang tidak baik akan berlaku namun aku biarkan sahaja perasaan itu berlalu pergi lalu kembali memandang izati dan juga farish. aku menjemput mereka datang ke rumah manakala shah pulang ke rumahnya.
|||
to be continued
YOU ARE READING
OG | Sayang Awak
Teen Fictionㅡ andai aku diberikan dua pilihan, sama ada untuk memilih antara kau dan dia, aku pilih untuk hidup bersama dengan kau sampai bila-bila. status; on-going. a story made by @skidibangbang