07 - Sayang Awak

830 33 0
                                    

I R I S A

good morning miss irisa
have a nice day

aku baca bait bait perkataan yang ditulis di atas kad ucapan bersaiz kecil itu lalu tersengih. tak lama itu, aku ambil pula coklat bar sederhana besar dan aku alihkan pula mata aku merenung kad berwarna biru laut itu.

ini siapa pula yang bagi eh? baru second day di sekolah baru sudah ada peminat dalam diam. hebat juga aku ni walaupun kadang-kadang insecure juga.

aku memandang kedua-dua barang di tangan silih berganti. " siapa pula secret admirer aku kalini? " gumamku seorang diri, memecah kesunyian yang mendiami koridor sekolah.

" oit "

suara seseorang lantas mengejutkan aku dari terus mengelamun memikirkan siapa gerangan yang memberikan hadiah kepadaku.

afiq menyandarkan sisi badannya ke loker. entah siapa punya loker aku tidak mahu ambil tahu. dia bersiul sementara menunggu aku yang sedang menyusun beberapa buah buku untuk dimasukkan ke dalam beg sandang.

setelah itu, aku menutup dan mengunci pintu loker. nafas aku lepaskan perlahan. pandangan aku lontarkan kepada afiq lalu mengangkat kening.

" saja nak tengok kau okey ke tak lepas dapat surat dari fans. " usiknya. afiq melingkarkan lengannya di bahuku. namun, aku biarkan sahaja tindakannya itu.

fikiran aku kembali menerawang memikirkan hal dua tiga hari yang lalu. bebelan afiq bagaikan angin lalu bagiku.

flashbacks

aku mengemam bibir sambil menguis kek blueberi di dalam pinggan. sesekali, aku mengeluh perlahan. aku angkat wajahku kembali memandang irfan.

" kau masih tak boleh move on pasal dia ke duh? " soalnya. aku menggelengkan kepala menidakkan soalan irfan.

iye, memang benar aku masih belum mampu untuk merelakan shah pergi dengan ikhlas. setiap kali aku pandang shah bersama pasangan barunya atau lebih tepat, pengganti aku setelah aku dan shah putus.

aku cukup tak puas hati apabila shah dengan mudahnya mendapat pengganti sementara aku pula bagaikan orang hilang tujuan hidup kerana kehilangannya.

cis, tulah salah kau jugak. siapa suruh taruh harapan tinggi sangat kat jantan tak guna tu. kan dah kena tinggal. inilah namanya dasar jantan babi.

siapa je tak bengang siot.

pada mulanya, aku fikirkan aku sudah seratus peratus boleh hidup tanpa shah. malangnya, nasib bagaikan tidak menyebelahi aku kerana tiap kali aku cuba memotivasikan diri untuk meneruskan kehidupan aku tanpa dia, pasti dia akan memunculkan dirinya kembali tanpa usul periksa.

kekadang pelik juga aku, sudah tiga tahun perkara pahit itu berlalu namun begitu susah untuk aku lupakan. walhal, aku sudah lama tidak lagi menjejakkan kaki di malaysia kalau tidak kenangan antara kami berdua pasti bertubi-tubi hinggap di minda.

tanpa sedar, aku mengeluh perlahan.

tappp!

tepukan sederhana kuat menyentakkan aku dari terus leka dalam dunia aku sendiri. aku menjengilkan mataku merenung sepasang mata milik irfan.

aku memotong kek membentuk kiub-kiub kecil lalu aku suapkan ke dalam mulut. aku menggelapkan pandanganku seketika menikmati rasa sensasi kek itu.

" kau dengar tak ni? " soal irfan lalu dia mengeluh perlahan.

aku tersenyum lemah. " dengarlah, kau tak nampak ke aku tengah makan kek ni? jangan ganggu saat saat macam ni boleh? aku tampar tampar kepala kau kang haaa " bidasku sambil acah nak tampar irfan padahal sembang je lebih.

" eleh sembang lebih je kau ni. dah lah pendek, cakap banyak tapi hasil pun takde. puih! " balas irfan. dia kembali memfokuskan matanya ke arah aku haihh mamat ni tak faham ke yang aku tak suka kalau orang tenung muka aku ni...

rasa insecure hang tahu dakkk!

" kau setuju tak dengan plan aku tadi??? jangan risaulah, aku belanja apa-apa barang yang kau nak. asalkan kau setuju dengan plan aku sebelum ni. tak lama pun, untuk sementara waktu je, iris. " katanya sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.

babinya mamat ni, geli betul lah. aku menolak wajah irfan jauh dariku. " kau tak payah nak kelip kelip macam tu boleh? nak kena lempang? sabarlah, bagi aku masa boleh? " aku menyoalnya.

irfan menunduk sambil menguis kek di atas pinggannya. " yelaaaaa, tapi janji ehh! anything just call me, okay sayang aDUH WOI SAKIT SAKIT "

aku menjelingnya. " nak lagi? "

" tak mahu lah, nak gurau pun tak oyeh HMPH! " rajuk irfan lantas memalingkan wajahnya.

" kau ni kan dah aku anggap macam abang aku, ipan. kenapa pula aku nak kena ikut rancangan gila kau? kau nak aku kena rembat sekali dengan kau kalau kantoi dengan ayah? ", aku tergelak kecil mengenangkan kenangan pahit dimana dia dan irfan dilibas dengan getah paip ayah mereka hanya kerana ponteng kelas bersama.

irfan mengeluh perlahan. kedengarannya dia seperti buntu dan terdesak ingin pertolonganku. dia tidak berkata apa-apa dan hanya mendiamkan diri. aku pula yang rasa serba salah walaupun aku rasa plan gila dia memang tak masuk akal.

bahu abang tiriku aku tepuk, " okay fine, aku ikut rancangan kau. tapi jangan lama sangat. aku dah serik kena libas dengan ayah dulu tau! " aku akhirnya tersenyum lalu mengangguk bersetuju dengan idea gila irfan.

irfan sudah tersengih menampakkan susunan giginya yang kemas. " tak apa, iris. hidup ini hanya sekali. let's enjoy it while it lasts. " balasnya, ceria.

betul, hidup ini hanya sekali.

end of flashbacks

|||

to be continued

OG | Sayang AwakWhere stories live. Discover now