09 - Sayang Awak

982 40 0
                                    

irisa memandu keretanya dalam keadaan bingung dan marah. dia seakan-akan tidak mengerti permainan apakah yang shah sedang rangkakan untuk dia. apa lagi yang dia mahu? tak cukup lagi ke semua seksaan yang dia bagi untuk 3 tahun sebelum ni, sungguh dia merana untuk meneruskan hidupnya apatah lagi tanpa lelaki itu disisinya.

serentak itu, telefon pintarnya berdering nyaring. irisa mendengus kuat lalu dia hanya membiarkan panggilan itu terawang-awang di udara sebelum mati begitu sahaja. kalau bukan kerana perasaan marahnya, tentu sahaja dia menjawab panggilan itu tetapi melihatkan perasaannya yang tidak berapa stabil, dia biarkan sahaja.

malangnya, pemanggil itu tidak berputus asa untuk membuat panggilan kedua. irisa mengeluh. " what the hell? " keluhnya lalu menyumbatkan earphone ke telinga kanannya dan mengangkat panggilan itu. " hellㅡ "

" woi! apahal kau matikan panggilan aku tadi hah? " dahinya berkerut menahan perit gegendang telinganya yang hendak terkoyak mendengar suara nyaring izati di talian. irisa mencarut dalam diam.

" sorry. "

" kau kenapa ni? is there something wrong? so girl, tell me. what the fuck is wrong with you? " soalnya dengan nada prihatin.

irisa mengeluh. " tak ada apalah. jangan risau, aku just nak kosongkan minda aku sekejap. i will call you back as soon as possible, okay? bye. " katanya ringkas lalu mematikan panggilan tanpa sempat izati membalas semula.

on the other side, izati memandang skrin telefonnya yang sudah gelap. dia berdecit menahan sumpah-suranah yang ditujukan untuk irisya dalam hatinya. " perempuan ni kalau tak buat hal bukan irisa lah nama dia. " bebelnya.

izati kembali memfokuskan pemanduannya membelah kota raya melbourne sebelum membuka signal untuk membuat u-turn. dia ingin ke sana dengan tujuan untuk berjumpa dengan irisa  dan memberi kejutan bahawa dia telah tiba di melbourne tetapi memandangkan kawan baiknya itu pun seperti dalam masalah, dia lupakan sahaja niatnya itu.

" ni mesti ada kaitan dengan mamat namanya shah tu, tak sudah-sudah nak cari gaduh dengan iris. dah jadi ex, ex jelah. tak faham bahasa ataupun tak boleh terima kenyataan yang iris bukan milik dia lagi? urghh kiddos. " katanya sendiri.

volume radio dikuatkan untuk menghilangkan perasaan kusutnya memikirkan irisa di sebelah sana. lagu anpanman by bangtan boys berdentum kuat di dalam kereta sport pemberian ayahnya ketika dia mendarat di lapangan terbang australia malam semalam. izati menggerakkan kepalanya kiri kanan mengikut rentak lagu itu.

sedikit demi sedikit, kekusutan yang dialami tadinya sudahpun hilang tanpa dia sedar.

|||

tayar kereta berjenama irisa mengeluarkan bunyi kuat apabila dia menghentikan keretanya di hadapan sebuah kafe. irisa kemudian keluar dari keretanya lalu menyarungkan jaket kulitnya pada tubuhnya yang memakai t-shirt putih digabungkan pula dengan sepasang seluar jean hitam.

seusai mengemas dirinya, dia melangkah masuk ke dalam kafe itu bersama beg sandangnya. dia mengangkat tangannya apabila matanya bertemu dengan wajah jackson, seorang waiter di dalam kafe itu. " senorita, long time no see ya'. whatcha doing? " tegurnya dengan slang pekat afrikanya.

irisa tersengih. " as you can see right now, i'm good. thank you for asking, jack. "

setelah memberi pesanan kepada jackson, dia mengeluarkan laptopnya dari beg sandang dan mulai melayari internet dengan bantuan wifi di dalam kafe itu. irisa pantas mendongak apabila seseorang duduk di hadapannya.

" excuse me, can i sit here? " soal lelaki itu.

irisa menjeling tajam. " siapa bagi kau duduk sini? pergi tempat lain, aku malas nak tengok muka kau kat sini. aku ada banyak kerja nak buatlah. " katanya namun kata-kata dia terhenti apabila jackson tiba dengan pesanannya sebentar tadi. " thank you! " balasnya mesra.

namun, shah tetap berkeras untuk duduk di depan irisya juga walaupun irisya sudah menghalaunya tadi. wajah irisa memaparkan riak menyampah. " macam mana kau tahu aku kat sini? " soalnya lalu menghirup air caramel latte yang dipesannya. dia menutup matanya membiarkan rasa manis dan hangat itu turun ke kerongkongnya.

" awak lupa ke? ini kan tempat kita selalu hang out dulu? "

irisa membuka matanya sepantas kilat bagaikan the flash. satu demi satu memori dia bersama lelaki itu di dalam kafe yang sama kembali mengusik jiwanya yang menyimpan pelbagai rasa sejak 3 tahun perkara itu berlalu. irisa menunduk membiarkan pelbagai rasa itu kembali mencucuk sanubarinya.

flashbacks

" sayang... "

" iye? "

irisa memandang wajah shah. matanya memancarkan pelbagai perasaan terutamanya perasaan bahagia. sungguh, dia rasa amat bahagia dan disayangi apabila bersama dengan lelaki itu. pada saat itu, masa seakan terhenti dan bagaikan dunia mereka berdua yang punya.

banyak juga masa irisa luangkan bersama shah. setiap satunya dia simpan kemas-kemas dalam mindanya dan dia berjanji tidak akan melupakannya. irisya menaruh harapan yang tinggi terhadap shah bahawa shah sangat serius dengan hubungan mereka berdua memandangkan lelaki itu melayannya dengan sangat baik. apatah lagi, shah mempunyai keberanian untuk berjumpa dengan ibu ayahnya.

" sayangggg! " seru shah manja.

" iya, sayang? you dah kenapa? " balas irisa, tersenyum manis.

" tak ada apa, saja nak manja manja. tak boleh ke? " kata shah sambil mencebik. dia menyilangkan tangannya ke dada seperti dia kecil hati dengan balasan irisa, perempuan yang disayanginya itu.

irisa menyentuh bahu shah. " alah sayang, janganlah merajuk. tak comel tau lelaki merajuk ni. i belanja you aiskrim, nak tak? janji jangan merajuk lagi tau? " pujuk irisa lalu memusingkan tubuh shah menghadapnya.

wajah shah yang tersengih menjamu mata irisa. " janji, sayang! i love you, baby! "

irisa terkejut. " eh eh! jangan lah jerit-jerit kat sini. nanti orang dengarlah, sayang. sudah sudah, jom pergi kafe yang you minat sangat tu. " balasnya sebelum menolak tubuh shah agar lelaki itu terus berjalan namun shah kembali memandang irisa.

dia memegang tangan irisa secara mengejut. " balas dulu i love you.. "

irisa mencekak pinggangnya lalu tersenyum. dia menurunkan tangannya ke sisi. " i love you too, my pretty boy. " katanya sambil mencekup pipi shah. " how can i not fall in love with this pretty boy..? " soalnya.

shah membalas senyuman irisa. " promise me that you will stay with me no matter what happen, okay sayang? " pintanya dengan mata yang bercahaya mengharapkan balasan positif dari perempuan yang dikasihinya itu.

" i promise. " irisa menjawab yakin. " how about you? " soal irisa kembali.

" i promise too, sayang.. " balas shah juga yakin.

sayangnya, janji shah hanya sekadar janji. dia juga yang mengangkat kaki meninggalkan irisa yang setia menunggunya di belakang. irisya sentiasa berfikiran positif bahawa lelaki itu akan datang kembali tetapi setelah 6 bulan menunggu bagaikan tiada apa-apa balasan dari shah di akaun sosialnya, irisa mengambil keputusan untuk melupakan shah sebagaimana shah buat terhadapnya.

end of flashbacks

tanpa sedar, irisa teresak-esak menahan tangis apabila mengingatkan memori pahit itu. shah memandangnya dengan perasaan yang bercampur-baur. antara sedih dan menyesal, dua-dua itu seakan-akan bercampur. dia ingin menarik perempuan itu ke dalam pelukannya tetapi tindakannya itu bagaikan mustahil.

hatinya retak apabila hanya mampu memandang irisa yang menahan sedih akibat perbuatannya dahulu. saya datang sini semula sebab saya nak tebus balik kesalahan saya, sayang... if only you know. hatinya berbisik.

|||

to be continued

OG | Sayang AwakWhere stories live. Discover now