irisa memerhatikan setiap gerak geri serangga kecil itu dengan fokus. dengan mata yang tajam bak burung helang, tidak sekalipun dia terlepas pandang.
zapp!
"huhh?!" irisa terpinga pinga apabila musuh ketatnya itu tetibe sahaja menghilang bagaikan kilat.
dia berpusing di sekitar bilik sambil memegang kejap batang penyapu. "jangan kau berani nak ganggu aku, mampus kau aku penyekkan."
zupp!
"ehh!" dia terjerit kecil apabila perasan seakan akan bayang hitam melintas laju di belakangnya. irisa masih lagi berlegar legar dengan wajah yang ketat walaupun dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.
irisa berlari anak ke sudut bilik. dia mengacukan hujung batang penyapu itu ke hadapan. "mana pulak natang tu." katanya seorang diri.
kadang dia terfikir bagaimana boleh wujudnya serangga kecil itu sedangkan dia sudah memastikan keadaan biliknya bersih seratus peratus dan terhindar dari sebarang kekotoran hatta sezarah sekalipun. sudahlah besar, boleh terbang pulak tu!
itu bukan lipas dah. tapi babi namanya.
gedegang!
"aRGHHHH"
adam yang sedang menonton televisyen sambil mulutnya enak mengunyah pizza makaroni yang sudah dipanaskan awal awal tadi tersentak apabila terdengar teriakan seseorang.
dia meletakkan kembali pizza yang sudah dimakan separuh ke atas pinggan. "siapa pulak melalak pagi pagi buta ni?" soalnya setelah mengelap tangannya menggunakan tisu.
langkah kakinya diatur ke halaman rumah. dia memandang rumah yang bersebelahan rumahnya. keningnya terangkat. "bunyi tu dari sini rasanya."
adam menolak daun pintu seusai sahaja dia memberi salam namun tiada siapa yang menjawab salamnya itu lalu dia pun mengambil keputusan untuk rempuh sahaja.
dia menaiki tangga naik ke tingkat atas. "mana mana manaㅡehh?" dia tercengang melihat irisa sedang duduk sambil wajahnya ditekup.
pap!
"aRGHH!"
"weh relaks relaks!"
adam cemas apabila irisa tiba tiba menjerit. dia menarik tangan irisa dari menekup wajahnya. "girl, relaks. aku ada." katanya perlahan.
irisa hanya terdiam sambil menunduk wajahnya. dia langsung tidak memandang adam hatta menjeling sekalipun. "aㅡada lipas." bisiknya.
"huh?" adam meliarkan matanya ke sekeliling bilik. dia pergi ke arah katil dan mengambil lipas itu sebelum dibuangnya ke dalam tong sampah.
"okey done." katanya puas hati.
irisa bangun dari bercangkung. dia menepuk nepuk punggungnya. "kau siapa dan bagaimana kau boleh masuk dalam bilik aku ni?" soalnya tegas.
pantang atok nenek moyang dia apabila seseorang yang tidak dikenali menerjah masuk ke dalam bilik tidurnya apatah lagi yang berjantina lelaki.
dia memandang atas bawah tubuh adam. not bad jugak mamat ni, ish! apa kau merepek ni iris. wake up!!! irisa menggelengkan kepalanya perlahan.
"em sorry tapi sebab aku dengar orang menjerit dari dalam rumah ni so sebab takut ada pencuri ke ha aku terjah ajelah." balas adam dengan wajah yang selamba. dia memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar lalu bergerak keluar dari bilik irisa.
"heyy! aku tak habis cakap dengan kau lagi lah! suka hati je masuk, suka hati je keluar. sekejap lah woi." seru irisa lalu terkocoh kocoh mengejar langkah adam.
adam hanya mengangkat keningnya. "aku cuma nak ucapkan terima kasih pasal tadi. thank you very muchhh! kalau bukan sebab kauㅡ"
jari telunjuknya diletak pada bibir irisa membuatkan gadis itu serta merta terdiam. "shhh, small matter lah girl. by the way, what's your name?" soal adam, tersenyum dan mengalihkan jarinya dari bibir irisa.
"em iriㅡ"
"IRIS, AKU DAH BALIKKKK"
irisa dan adam yang terkejut beruk mendengar jeritan dari bawah itu pantas memandang antara satu sama lain. "dAMN!" kata mereka berdua serentak.
tubuh adam dipusingkan oleh irisa lalu ditolak masuk semula ke dalam biliknya. "cepat masuk! kau duduk je dulu dalam bilik aku. aku settle kan abang aku sekejap tau."
tanpa sempat adam membalas kata katanya, daun pintu sudahpun tertutup rapat. irisa menarik nafas panjang lalu dihembusnya perlahan. "relaks relaks. act like nothing happened fuh fuh!"
dia kelam kabut membetulkan rambutnya yang serabai sebelum berlari ke tingkat bawah untuk berjumpa dengan irfan.
adam bergerak ke hulu dan ke hilir memikirnya nasibnya di dalam bilik seorang gadis yang tidak dikenalinya. "haih apalah nasib labu." keluhnya.
tatkala dia sibuk mencari tempat untuk melabuhkan punggungnya, seperti ada mentol tiba tiba sahaja menyala di atas kepalanya.
"eh wait, nama minah tadi tu bukan keㅡ" kata adam lalu otaknya dikerah untuk mengingatkan kembali sesuatu yang melibatkan nama perempuan yang dia jumpa sebentar tadi.
"aku cabar kau supaya buat irisa jiran sebelah rumah kau ni agar jatuh cinta dengan kau. alah kerja senang, kau hanya ayat budak perempuan tu sampai dia tangkap cintan dengan kau. bila dah dapat, kau tinggalkan jelah dia. senang cerita, kau game dia." ujar hariez panjang lebar.
matanya membulat. "takkanlahㅡ"
|||
to be continued
YOU ARE READING
OG | Sayang Awak
Teen Fictionㅡ andai aku diberikan dua pilihan, sama ada untuk memilih antara kau dan dia, aku pilih untuk hidup bersama dengan kau sampai bila-bila. status; on-going. a story made by @skidibangbang