langkah adam perlahan mendekati shah, yang kelihatannya sedang leka termenung seorang diri di depan cermin. shah tidak perasan akan kehadiran adam di belakangnya sebelum adam menepuk kuat bahu shah menyebabkan lelaki itu mencarut kuat.
" babi! " sepatah carutan keluar dari bibir merah lelaki itu menandakan bahawa dia tidak merokok dan tidak akan sesekali mencemarkan bibirnya dengan perbuatan tidak bermoral itu. shah memusingkan tubuhnya lalu menghadap adam.
" cibs kau! nak apa, setan?! " katanya lalu menumbuk bahu adam untuk membalas perbuatan kawan baiknya itu. adam tergelak besar sambil memegang perutnya, dia mengelap air matanya yang terkeluar akibat ketawa terlalu kuat.
" bro, you should look at your face earlier! kelakar gila siot. haih, rugi tak bawak handphone tadi kalau tidak boleh buat bahan. " balasnya, mengusik shah yang sudah memerah mukanya akibat melatah di depan adam. dia menunjukkan buku limanya pada adam yang tersengih.
adam menggosok bahu shah. " shah, kenapa dengan kau ni? asyik termenung sana, termenung sini. dah macam perempuan pulak, eh macam orang putus cinta pun ada. tapi... kau kan loner, wujud mana pulak pasangan kau ekkk? " soalnya sambil mencuit dagunya. " takpun! pasangan one night stand kau? ada yang menarik perhatian kau ke sampai angau ni? " sambungnya mengusik.
belakang kepala adam ditepuk menyebabkan lelaki itu hampir tersungkur. " kepala otak kau! itu semua tak ada kena mengena dengan diorang lah! aku cuma... fikir pasal family aku kat malaysia je. dah lama tak balik sana, rindu pulak rendang daging mama aku. " dia mengelap tepi bibirnya yang sedikit basah, mungkin terliur?
" sial kau. tak payah lah main kepala. kau fikir bapak aku tak bayar zakat ke? " balas adam lalu menggosok belakang kepalanya. " apa kata kalau kita balik sana bulan disember nanti? lagipun tahun ni kan tahun akhir kita. so, why not? " cadangnya.
shah mengangguk. " aku setuju jugak dengan idea kau. "
" eh dah lah, jom pergi restoran yang aku pernah cerita kat kau sebelum ni. restoran tu baru bukak tapi dah famous nampaknya, harga pun berpatutan. apa kata kau? " soal adam sambil menepuk-nepuk belakang shah beberapa kali.
" sure, why not. kau tunggu dulu kat bawah. aku on the way. " balas shah.
" jangan on the way kau tu sembang pulak! "
" aku tahulah, hanattt! " lalu pintu bilik shah ditutup.
shah mengeluh perlahan memikirkan irisa. hakikatnya, dia termenung tadi kerana memikirkan tentang irisa dan bagaimana untuk mengambil hatinya kembali. alasan bahawa dia merindui keluarganya hanya sekadar untuk mengaburi adam walaupun jauh di sudut hatinya, dia juga rindu untuk bertemu keluarganya di malaysia.
dia mengambil sehelai t-shirt lengan panjang berwarna biru muda dan juga seluar jean berwarna hitam. setelah itu, dia menggayakan rambutnya dengan gaya side-swept brush up memandangkan style itu menarik perhatian dan senang. seusai itu, shah menyarungkan jaket bomber pada badannya.
shah berjalan menuruni tangga dan melihat adam yang tersengih menekan-nekan skrin telefon pintarnya. " woi, chat awek ke? " katanya. dia mengambil kunci kereta yang tersadai di atas meja lalu melangkah keluar dari rumah mereka berdua.
adam yang kemudiannya menyusul dari belakang memasuki range rover shah. " ha ah, aku chat awek aku. " balas adam dengan nada bahagia. shah terkejut apabila mendengar balasan dari adam. " what? fikir aku tak laku ke? " adam memandang jengkel wajah shah.
YOU ARE READING
OG | Sayang Awak
Teen Fictionㅡ andai aku diberikan dua pilihan, sama ada untuk memilih antara kau dan dia, aku pilih untuk hidup bersama dengan kau sampai bila-bila. status; on-going. a story made by @skidibangbang