adam tunduk lalu menyalam tangan ibu tirinya, puan sri maria dan juga bapanya, tan sri haider. dia menyorong bagasi birunya bersama-sama ibu bapanya. " shah tak boleh ikut sekali sebab ada kerja banyak di melbourne, mummy. " katanya menjawab persoalan dari ibunya.
puan sri maria menggosok belakang badan adam sambil langkahnya mengikut anak lelakinya itu. " tak apa, awish. biarkan je shah belajar, mama tak mahu ganggu pelajaran dia. " balasnya. wanita itu memakai sepasang jubah labuh yang mengikut potongan badan serta taburan permata kecil di hujung kain yang beralun ketika dia berjalan menampakkan dia seorang wanita yang sofistikated dan bergaya di mata orang sekeliling.
adam mencebik. " mummy sengaja eh suruh adam balik seorang tinggalkan shah kat sana tu? "
" kawan-kawan kamu yang lain kan ada, awish. " kata puan sri maria. dia menggelengkan kepalanya melihat perangai kebudak-budakan adam yang jelas di depan matanya walaupun anak lelakinya itu sudah berumur 22 tahun. tetapi, jiwanya masih lagi keanak-anakan.
adam tersengih menunjukkan giginya yang putih tersusun rata. dia menghentikan langkahnya lalu memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta manakala ibu bapanya memboloskan diri di dalam kereta. dia kemudiannya melangkah ke tempat pemandu menggantikan bapanya.
" macam mana dengan kesihatan papa lately ni? " soal adam mengerling ayahnya di sebelah yang sedang menekan-nekan skrin telefon pintarnya. entah apa yang dicari di dalam telefon itu, adam pun tidak tahu.
" papa okay je, awish. kamu jangan lah risau. lagipun, mummy kamu ada jaga papa kat sini. " balas tan sri haider lalu tersenyum. dia menjeling isterinya di tempat duduk belakang. puan sri maria membalas senyuman suaminya itu.
" aippp! ingat sikit ada budak kecil dalam ni. " kata adam, saja bergurau.
" budak kecil? " tan sri haider mengangkat keningnya.
" awish lah, siapa lagi. " balas adam hampir tergelak.
" perasan je kamu ni, awish. dah tua bangka pun ada hati nak gelar diri kamu budak kecil. " kata tan sri haider menegur anak lelaki sulungnya itu. walaupun dia sudah berumur lewat 40-an, tetapi wajahnya bagaikan tidak dimamah usia dan sentiasa awet muda seperti isterinya. dia memilih t-shirt polo berbelang hitam putih dan seluar jean manakala rambutnya pula digayakan mengikut trend anak muda zaman sekarang.
adam menghamburkan tawanya sambil matanya tetap fokus memandu. " alahhh, gurau je pun... papa ni tak boleh orang gurau sikit mesti ada je dia potong hmph! " balas adam seolah-olah berjauh hati.
" dah, tak payah nak merajuk sangat. kamu dah tua pun sedar diri sikit. " bidas tan sri haider.
" fine! " kata adam mengalah lalu meneruskan pemanduannya menuju ke mahligai keluarga mereka. hatinya tidak sabar ingin merasai air tangan puan sri maria sejak dia balik ke melbourne walaupun wanita itu hanya sekadar ibu tirinya namun pertalian kekeluargaan mereka erat bagaikan kelurga kandung. " tak sabarnya nak makan makanan mummy! " ujarnya, terlebih teruja membuatkan tan sri haider dan puan sri maria tergelak kecil.
|||
shah tersentak apabila mendengar kata-kata doktor itu sebentar tadi. otaknya cuba memproses maklumat yang disampaikan oleh doktor wanita itu kepadanya. dia menunduk sebelum menggelengkan kepalanya.
" saya...saya tak percaya cakap doktor. "
" saya minta maaf, shah. " balas doktor itu lalu menghulurkan fail asing kepada shah.
seterusnya, shah membuka fail itu dan menyemak kertas-kertas itu untuk beberapa kali dan kali ini semuanya kelihatan benar dan nyata. dia tertunduk kembali sambil menekup wajahnya lalu memandang wajah doktor wanita itu sekali lagi.
jelas ternyata bahawa namanya yang tertulis di atas kertas itu dan bukannya nama orang lain ataupun berlaku sebarang kesilapan teknikal. shah mengeluh perlahan membiarkan kertas-kertas itu berselerak di atas meja.
" doktor, ada cara lain tak? " soalnya dengan suara yang hampir tidak terkeluar. nadanya jelas cuba untuk menahan tangis di hadapan doktor wanita itu. walaupun dia sedih, tetapi egonya masih lagi tinggi untuk tidak mencalarkan maruah lelakinya di luar.
doktor wanita itu mengangguk. " ada, shah. tapi kos untuk rawatan tu terlalu tinggi. saya tak pasti kalau awak mampu untuk... " sebelum sempat doktor itu meneruskan kata-katanya, shah menepis kasar. " saya mampu, doktor! jangan ingat saya nampak je miskin papa kedana tapi saya ada duit untuk sembuhkan penyakit saya ni, doktor! " katanya sambil mendengus kuat.
lalu shah menghempaskan belakang badannya pada kerusi. " berapa yang doktor perlukan, bagitahu saya. esok, saya akan sediakan cek untuk rawatan tu. saya tak mahu mati awal, doktor! masih banyak lagi perkara yang belum saya capai... " ujarnya.
walaupun dia seperti sudah putus harapan apabila matanya merenung sehelai kertas di atas meja itu, tetapi dia tidak akan mudah berputus asa untuk biarkan kehidupannya tamat dengan sia-sia. jika betul hayatnya tidak lama, dia mahu melakukan sesuatu yang berharga dalam hidupnya.
" kalau begitu, saya akan sediakan borang rawatan itu dan beri pada shah nanti. "
" berapa masa tinggal untuk saya, doktor? "
" 6 bulan, shah... "
sekelip mata, dunianya kelam. shah rebah apabila mendengar kata-kata doktor itu. dia menutup matanya lalu berfikir sebentar. " beri saya masa, doktor. " katanya perlahan. kemudian dia bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari bilik yang menyesakkan dada itu.
dia melurutkan tubuhnya pada dinding. " astaghfirullahalazim... " shah beristighfar beberapa kali agar hatinya kuat untuk menerima kenyataan yang berlaku tadi. dia menggosok matanya yang hampir mengeluarkan air mata. aku kuat, aku kena kuat demi keluarga aku...hatinya bermonolog.
fikiran shah tiba-tiba merewang mengingatkan tentang irisa. kemudian, dia tersenyum apabila satu demi satu memorinya bersama irisa kembali mengisi mindanya. beberapa saat kemudian, shah mengeluh.
berat untuk dia katakan apatah lagi untuk dia ragui, bahawa dia sebenarnya...
masih ada rasa sayang terhadap irisa, gadis yang pernah bertakhta di dalam hatinya sehingga sekarang. cuma, dia takut untuk berhadapan dengan irisa. terlalu banyak kesilapan yang dia lakukan terhadap gadis itu, menyebabkan irisa begitu membencikan dirinya.
alangkah bagus kalau aku boleh putar kembali masa... hatinya bermonolog sekali lagi.
|||
to be continued
YOU ARE READING
OG | Sayang Awak
Teen Fictionㅡ andai aku diberikan dua pilihan, sama ada untuk memilih antara kau dan dia, aku pilih untuk hidup bersama dengan kau sampai bila-bila. status; on-going. a story made by @skidibangbang