Kalau

25 1 0
                                    

Kalau ditanya aku kenapa asyik bermodalkan kenangan lama,
Akan aku ketawa sedikit,
Bukan apa,
Cuma sekarang aku kurang melakar kenangan,
.
Kalau ditanya lagi kenapa tidak dilakar sahaja tika ini,
Akan aku senyum bersahaja,
Bukan apa,
Cuma lakaran aku tak berapa jadi tanpa mereka.
.
Kalau terus ditanya kenapa lakaran itu terus memburuk,
Akan aku berpaling menahan deraian ku,
Bukan apa,
Cuma ironinya,
Merekalah pensil yang membantu lakaran ku menjadi indah.

KeKataWhere stories live. Discover now