Pap!
Ni nyamuk yang ke 16 aku tampar.Mana Luna ni?Ni yang aku malas kalau teman dia date.
Jumpa jantan terus tinggal member.Inilah member.Dah lah tinggal aku sorang-sorang dekat belakang restoran ni.Banyak nyamuk pulak tu.
Pap!Heish,tak boleh jadi ni.Sebelum aku jadi salah seorang daripada suspek denggi,baik aku masuk.
Walaupun tadi Luna dah bagi amaran keras sekerasnya supaya aku tidak menjadi pengacau semasa date dia,aku tetap nak masuk!
Dengan penuh bersemangat aku melangkah masuk ke dalam restoran yang mana menjadi tempat 'maksiat' member bertuah aku tu.Mata aku melilau ke setiap ruang tapi kan,asal lenggang je restoran ni?
"Dik,restoran dah nak tutup ni.Adik nak pesan apa-apa ke?"sapa lelaki yang sedang mengelap meja di sebelah aku berdiri.
"Oh ye ke?Bang,tadi nampak tak perempuan muka ala-ala minah arab dengan lelaki pakai spec yang duduk dekat sana?"
"Ooo.Awek cun tadi tu.Dah lama dia balik dik.Err..Kenapa dik?"soal lelaki tadi bila sedar perubahan air muka aku.
"Tak ada pape lah bang.Cuma esok konfem member saya hilang kepala."
Tak ada salam,tak ada hai aku terus keluar.
Toktok'
Luna
➡Weh,kau siap tak lagi homework Dr.Khalid?Me
➡Kau kat mana.Aku still dekat restoran tadi.Luna
➡Aik,kau tak balik lagi?
➡Laaa,aku ingatkan kau dah balik sebab aku tengok kau tak ada dekat depan restoran,so aku balik lah.Shit.Aku nak habis dengan apa ni?Dah ah tadi aku datang tumpang dengan Luna.Aduh.Nak call uber tak reti nak guna.Haih.Nak call umi dengan abah karang kena bebel pulak.Haih.
Tak pe lah.Oleh kerana aku ni dalam proses nak kuruskan badan.Jadi,marilah kita berjalan kaki.Ketika di pertengahan jalan,aku nampak ada geng mat rempit berkumpul dekat bustop di simpang jalan.
Sebelah kanan aku lihat,ada lorong tempat parking kenderaan diantara bangunan.Tapi pada pandangan aku jalan tersebut agak menyeramkan sebab tiada lampu di laluan tersebut.Oleh kerana aku tidak mahu diganggu,aku memilih jalan yang menyeramkan ini.Aku men'on'kan flashlight telefon pintar aku.
Aku berjalan dengan senyap.Ye lah.Takkan nak bising pulak kan halamak.Kang muncul pontianak buat peace sebelah aku kang.Demam seminggu aku.Tapi kan,alah.Asal jalan ni sunyi sangat?Tempat hantu lepak ke apa ni?
Mulut aku ni.Memang kena sekolahkan balik ni.Tapi,serius do.Kepala aku dah imagine dah kain buruk terbang ni.Tak ada ke orang lalu ke?Orang gila ke?Anjing ke?
Woof!
MashaAllah mulut aku masin.Aku toleh belakang ada anjing yang ku kira agak besar sedang berlari ke arah aku dengan air liur yang meleleh.Eiuww.
Sah anjing gila ni.
Maka,berhindustanlah aku dengan anjing pada malam ini.
YOU ARE READING
The Great Seducer
RomanceBiasa nya perempuan yang goda lelaki tapi kali ni lelaki yang jadi penggoda. "Kalau awak betul-betul dah jatuh cinta dengan saya,usahalah sampai saya suka kat awak." Kemudian Noah senyum dan.... "Wife,tolong lapkan aiskrim kat dada abang." Ya Tu...